Selamat Tahun baru 2011

2010 telah melabuh tirainya, kini tibalah tahun 2011 yang bakal mewarnai lagi kehidupan kita, dan harap-harap dengan kelahiran tahun baru ini dapat membuatkan kita lebih bersemangat dan membawa keazaman yang lebih semangat waja.

Panjatkanlah kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kita masih dipanjangkan umur, dan di beri kesempatan untuk melihat dunia yang penuh warna warni, dunia yang makin maju serta kemudahan- kemudahan yang sangat selesa..Syukur alhamdulillah.

Pirates of the Caribbean 4

Salam semua, korang pe kaba? sihat? baguslah yang mana tak sihat sebab demam ke selsema ke cepat2lah makan ubat yer..
Hari nie aku nak cita sikit pasal movie yang bakal ditayangkan tak lama lagi pada 20 mei 2010..fuh lama beb, kematu kot nak tunggu cita baru pirates of the caribbean 4 tu..

Aku ade tertengok trailer cita tuh, fuh gempak doh, jalan cita pon dah menarik bagi aku,
lagi membuatkan aku tak sabar-sabar nak tengok cerita tuh.
Kalau korang ada pernah tengok movie-movie pirates of caribbean nie, cita yang baru ni adalah kesinambungan cita2 nya yang lama, yang dulu-dulu pon best gak, ada yang kelaka
yelah watak Johny Deep always kelaka..haha.

kat bawah nie aku nak share kat korang trailer movie tersebut, aku harap korang pon teruja macam aku gak ye..ahakss






untuk kesan yang drastik, speaker anda mesti ada bass untuk kepuasan maksimun


Nota kaki : lepas nie nak kumpul duit bebanyak bia sampai bukit sbb nak tengok cita tu

Mengamuk sebab WIFI dicuri


Zaman sekarang ni, macam-macam ragam aku dapat lihat dari setengah-setengah manusia yang kurang bijak atau kata kasar nya 'bodoh', sory yer bukan bermaskud nak cakap macam itu tapi itu ialah realiti yang aku lihat sekarang dengan memarahi orang lain yang sedang menggunakan wifi peribadi miliknya. Ada cara lain yang boleh membantu supaya WIFI tidak akan sesekali digunakan orang lain dengan cara menggunakan kata laluan (Password), dengan itu Wifi kita tidak akan sewenang-wenangnya digunakan oleh orang lain..ha bijak kan cara itu??

setelah membeli wifi dari mana-mana brand er maksud aku macam tmnet atau digi atau celcom ke maxis ke kan, mintak password kepada operator atau orang yang memasang wifi tersebut di rumah anda supaya wifi anda tidak akan dicuri



Jadi sekiranya tidak berbuat demekian, biarpun nama wifi ditukar dengan cacian mana pon, orang lain tetap akan gunakannya secara percuma, dulangi PERCUMA!!
Kalau tak mahu dicuri, jadilah orang yang bijak ok..huhu
tepuk dada tanyalah otak..hehehe..

Kisah Ibu Pelupa

Assalamualaikum


46 semua, you oll cihat tak? gud... aku ada cita skit nak kongsi bersama, ala cita biasa2 ja kot, dah lama aku tak nulis dah sejak-sejak bz kerja ja manjang, aku rasa dah berhabuk, sawan mawang dah aku tengok..ya allah buwuk kot.
52 huhuhuhuhu....ish ish ish...


Ok tanpa buang masa, meh dengar cita dari ladang yang aku dapat yer..

Cerita ini mengisahkan seorang anak tunggal bersama ibu tunggal yang tinggal jauh dari pekan di sebuah penempatan di kampung gadong, mereka anak beranak hidup bersederhana di situ, Mellah ibu kepada zamrin merasa kasihan kepada anakya itu, anaknya mahu baju baru tapi dia tak dapat belikan sebab duit tidak mencukupi, anaknya mahu makan yang sedap-sedap tapi dia tidak mampu...

Oleh kerana semua keinginan zamrin tidak tercapai, zamrin memarahinya sebab apa yang diminta semua tidak ada, dikata miskin kah kita ini? maka mellah pon menjawab "kita tak miskin nak, cuma apa yang zam nak mak tak dapat nak bagi, duit mak pon tak cukup" katanya, sambil menitiskan air mata, hatinya sebak.

Anaknya merajuk, mogok tidak mahu bercakap atau berkata apa-apa terhadap ibunya, dan dilihat anaknya keluar dari rumah sambil mukanya masam mencuka, detik hati kecilnya mula bersuara, kemanakah agaknya dia mahu pergi? Mellah mula risau, dan seketika terkenangkan kata-kata anaknya, 'Miskinkah kita mak?'. Sejak kematian suaminya, semua keperluan yang dia mampu miliki kini semakin terbatas, kewangan makin lama makin menipis, beras, gula, garam, dan semua keperluan di dapur makin habis, bil-bil air, elektrik makin tertunggak, dan hanya tunggu masa sahaja untuk di potong..

Hati mellah makin lama makin tidak tenang, makin risau akan anaknya yang tidak pulang-pulang lagi ke rumah, hari sudah pon hampir petang, dia risau kalau-kalau anakya itu tidak mahu pulang langsung ke rumah, hatinya pon berkata, 'takkan sampai petang pon kau nak merajuk nak? baliklah zam, baliklah', hatinya merintih, merayu agar anaknya pulang kerumah.

Sesudah maghrib mellah masih menanti-nanti akan kepulangan anaknya, risau kalau-kalau terjadi apa-apa terhadap anakya itu, dia ke hulu ke hilir sambil menjenguk ke jendela,

Seketika itu mellah mendengar ada suara memberi salam dan mellah sangat kenal akan suara itu, mellah pon berlari -lari anak untuk membuka pintu, dan mellah pon menjerit kesyukuran kerana anankya, zam akhirnya pulang jugak kerumah, dan melah pon berkata, " kemana je kau pergi zam? kau buat mak risau je lah..mana kau pergi? kau masih marahkan mak lagi ke?" kata mellah sambil menyapu peluh anaknya itu, dan anaknya pon bersuara " ala mak ni, zam tak marah la kat mak, mana de zam merajuk, cuma..." zamrin terdiam seketika da sambil senyum-senyum, mellah hairan dan pelik melihat gelagat nanya itu, lalu dia berkata, " cuma apa zam? cakap tu biala habis.."

Zamrin tersengih sengih macam kerang busuk, lalu dia berkata " cuma zam geram jer ngan mak, dah tau barang dapur semua habis, bil-bil air tertunggak kenapa mak tak guna duit pencen abah?? apa la mak ni..tadi zam gi keluarkan duit kat atm, nah RM 1000 nih, mak pegi langsaikan semua bil-bil tertunggak tuh yer, pastu jangan lupe beli makanan yang sedap-sedap an and baju seluar skali tau mak..tau tau.." kata zam sambil tersengih penuh bermakna.

Mellah menggaru-garu kepala sekejap dan memikirkan tentang wang pencen arwah suaminya, "ya allah, macam mana mak boleh lupa ek? mak telupa pasal duit abah kau tu zam, nape lah mak kau ni boleh lupe sampai macam tu sekali, dah 4 bulan zam mak tak guna duit abah kau tuh.." kata melah sambil tertawa.

Dia ada menyimpan duit pencen arwah suaminya semasa suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang polis, tapi malangnya, selepas saja pencen suaminya meninggal dunia, sebabya gara-gara dia ada penyakit lupa melampau, kejadian itu berlaku semasa mellah menyediakan minuman petang terhadap suaminya , selepas suaminya minum tiba-tiba dia merasakan ada tidak kena dan tidak tiba-tiba badan suaminya rebah, lalu dia berkata kepada suaminya, "eh bang bang, napa nie bang? " mellha kerisauan melihat keadaan suaminya itu lalu suaminya berkata " air apa yang kau buat ni mellah? lain macam je?... mellah hairan dan menjawab " air teh la bang air apa lagi. balas suaminya sambik terbatuk-batuk " masa mellah masak air tadi mellah ingat tak air apa yang mellah masak? atau mellah ada tertukar ke dengan botol air yang mellah isi kat perigi hujung depan umah kita? "

Mellah mula hairan dan terkial-kial, dan mula mengingat kembali semasa dia mengisi air di dalam botol tadi. " tak salah mellah, lepas mellah isi air kat perigi hujung depan umah tu tadi, mellah ada letak kat sebelah botol yang isi racun rumput, sebab nak ambik kain-kain jemuran yang dah kering, pastu masa mellah nak ambik botol air tadi mellah tak ingat lah bang mana satu air racun rumput dengan air perigi " kata mellah ingat-ingat lupa.. " mellah pon tak tau yang mana jadi mellah ambik dan tuangkan ke dalam cerek, masa tu hidung mellah sumbat tak dapat nak bau. " kata mellah sambil memangku suaminya yang kelemahan. Maka denga kesal hati suaminya berkata " ya allah mellah, botol air yang kau masak tu air racun rumput la mellah, kau nak bunuh abang ke??" katanya yang semakin nazak.. Mellah kerisauan, dan terketar-ketar, " astagfirullahhalazim, apa ang aku dah buat nih? mellah tak ada niat pon nak bunuh abang, mellah tak sengaja bang, mellah tak tau.." selepas mengucap kalimah Allah, maka suaminya menghembus nafas terakhir, mellah menjerit kesedihan, meronta-ronta kerana tidak dapat menahan sebak di hatinya, dia kecewa kerana penyakit nya itu menyebabkan kematian suaminya.

Mellah teringat akan kejadian malang itu dan sangat kecewa sekali, nasibnya baik kerana memiliki anak yang sangat memahami dan penyabar walau ada seketika merajuk akan penyakitnya. Maka mereka anak beranak kembali normal setelah semua bil-bil tertunggak di lunaskan dan mereka hidup dalam keadaan aman sentosa.

THE END



haaa amacam? layan tak cita tuh? huhuhu, moral of the story, segala apa yang kita lakukan jangan sambil lewa, dan ingat betul-betul tau, jangan jadi macam makcik mellah tu tau, sampai suami sendiri meninggal gara-gara dia pelupa..haishhhh..



Notakaki : susah kalau ada penyakit lupa macam 2, kalau ada cepat2 jumpa doktor kalau tak mahu di gelar pelupa terlampau..

2

Alviss Kong suicide?

Assalamualaikum


Aku ada cerita nak dikongsikan bersama tentang Alviss Kong, ha sapa pulak Alviss kong nih? korang semua sudah baca artikel tentang seorang laki cina yang bunuh diri disebabkan gagal dalam percintaannya? kalau sudah baca tu tak pe lah, kalau ada sapa-sapa yang belum baca tu, meh dekat-dekat sikit, nak habaq mai kat korang pasai mamat nih, kesian aku dengar tentang kisah dia frust dengan awek dia sebab kena reject, bukan 1-2 kali, tapi dah 5 kali kena reject..



Disebabkan oleh hal itu lah kan, maka beliau mengambil keputusan untuk apa? untuk membunuh dirinya secara terjun dari bangunan yang tinggi kat ketumbar heigh, cheras..fuh, mamat nih berani betui erk sampai nak terjun dari bangunan bagai..ish ish..pastu kena kat atas kereta dia sendiri...eeii..seram kot..macam mana ye orang mati macam itu?

ok-ok, kat bawah ni, aku nak bagi sikit kisah-kisah mendiang Alviss kong sebelum beliau pergi meninggalkan dunia nya.. Hasil bahan yang aku nak kongsi ni pun dari email kawan aku.. ok-ok aku malaih nak chakap bebanyak, korang baca la yer, jangan malas pulak!


click untuk gemox-gemoxkan




nanti ada lagi bro, kat facebook dia sempat meninggalkan nota terakhir nya di saat-saat akhir,


klik kat gambar untuk tumbesaran yang sehat



Dan beliau sekali lagi update status terkini lagi di Facebook sebelum beliau membuat keputusan untuk membunuh diri..


klik untuk tumbesaran yang memuaskan



selepas daripada update status beliu, die juga sempat meninggalkan nota terakhir sekali lagi yang berbunyi


klik kat gambar untuk menggem0kkannya




First time i take a pic when i were crying, look sucks..anyway thats the last pic of my mine before i gg =)


the pic when u were slepping today..i really love u



Terharu rasanya setelah mendengar luahan isi hati beliau, kalau korang semua nak tahu nama kekasih hati beliau ialah BinLuii tak silap aku la.. Dan belia(Alviss) ada meninggalkan nota terakhirnya juga di blog beliau sendiri sekaligus memberitahu la kenapa beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri :


klik untuk pembesaran yang drastik


Begitulah cerita yang ditinggalkan oleh nya, dan selepas itu korang tau kan apa jadi?? makna nya dah -------------------------!! Ish ish ish, sampai begitu sekali kan..takkan gagal bercinta je buat keputusan nak bunuh diri.


Binluii+R.I.P Alviss Kong



Aku nak pesan la kat korang, kita sebagai orang islam dilarang sama sekali untuk membunuh diri, korang nak ke masuk neraka? ishh! janganlah, perkara bodoh kot mati kerana seorang perempuan atau lelaki, banyak cara lagi untuk menyelesaikan masalah percintaan itu, tapi orang kata kalau kita dah tak ada jodoh dengan pasangan kita, terima aja lah jodoh pertemuan atau maut semua di tangan Allah kan... Jadi fikir-fikirkan lah ye wahai kawan-kawan ku sekalian!


Notakaki : aku pernah gak frust menonggeng sebab putus cinta tapi tak ade la sampai nak bunuh diri bagai!! GILA+BODOH namanya!!

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Ok aku nak join contest nieh, korang pon nak join? boleh jer ikut syarat2 dia ok :)


Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia. ( op coz ade blog and warganegara malaysia)

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! ( Done)

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". ( dah follow)

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya. (Done)

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.


6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini. (Done)

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011


Nak tau apa hadiah-hadiah nyer, ok scroll down bebeh

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Hadiah pertama :
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah kedua :
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah ketiga : Telekung Travel


Sumpah beb, hadiah semua sangat cantik weh, kalau dapat satu bleh bagi mak aku pakai dulu...huhu

jadi jangan lupa join la ok, sudi-sudi ler ^_^

Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah

Filem : Hantu kak limah balik rumah
Pengarah : Mamat Khalid.
Pelakon-pelakon : Azwan Annuar, Awie Search, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Sofi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian, Azman.

Tak rugi duit aku tengok filem arahan Mamat Khalid, semua filem yang di buat memang best dan gempak! kot, tajuk filem tak lain tak bukan Hantu kak limah balik rumah.

Korang semua dah tengok dah movie ni? sapa belom, angkat dua-dua tangan, pat! haha, yang belom tengok rugi kot, yelah sebab sepanjang cerita nya ada unsur-unsur lawak, ketawa tak kering air li0r..haha sory kalau geli dengar nye :P

Kepada sesiapa yang belom tengok cerita nye lagi, aku bagi sinopsis sikit la tentan itu cerita wokeh..gud.

Sinopsis :

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah




Pelakon dan penyanyi lagenda iaitu awie memang pandai berlakon, miming muka die dah pon buat aku tergelak, lagi best masa die cuak tengok hantu mak/kak limah, haha memang tak boleh blah ar..

Korang kena tengok cita nie weh, janji tak akan menyesal punye, percayalah lah cakap aku nih, tarak tipu la der.

Ni nak promo sikit video filem cerita nih, harap enjoy yer..ahaks


Black Mentor dengan Shila OIAM ??


Panas, panas, panas, !!! Panas apa? bukan panas disebabkan terkena cahaya matahari, tapi panas mendengar cerita konon-kononnya Black Mentor pemenang realiti Tv terkenal iaitu Mentor tunjuk ajar ku sifu tu ada hubungan dengan anak penyanyi tak kurang popular jugak la, iaitu Andy lala, korang semua kenal sapa ana si Andy Lala?? haa sapa lagi Shila OIAM tu lah, Program realiti jugak tapi beliau hanya mendapat tempat ke 3, *(kot)

Hubungan apa tu?? haa denga cerita la bukan aku yang buat cerita nie tau, daripada kawan-kawan aku jugak, mereka cakap black dengan shila ni bercouple, ha couple dah ker? wah black, habis macam mana dengan kekasih hati black tu? dah clash ker? ish3, biasa la kan , dah terkenal di tanah air mesti boleh berpasangan dengan sapa sahaja, kebanyakkan artis-artis memang macam tue, tak hairan la kes yang terjadi pada Erma hashim yang clash dengan Nabil (Raja lawak) disebabkan orang ketiga.. Korang tau sebab apa mereka putus hubungan kan kan? so aku tak mahu lah membebel dah pasal hal mereka.

Nak dikatakan mesra juga la hubungan Black dengan shila nie, sampaikan tengok wayang pon bersama-sama, tapi mereka tak berdua saja, shila ada juga bawa ibu dan adiknya manakala black invite kawannya turut sekali tengok wayang.

Ada satu topik lagi ha nak tau apa? Di restorant mc'Donald Midvalley megamall, masa mereka bersama untuk meng'oder makanan sempat mak shila amanahkan untuk menengok-nengokkan anaknya pada si black, dan si black dengan bangganya menjawab ''ok mak, jangan risau''
haaa 'mak'??? ceng ceng ceng...tettttttt!! hahaa..oh my gosh, betul ke ni apa yang ku dengar??
bukan main lagi ko ye black, belum jadi menantu si Andy lala jangan pulak ko berangan yer..hahaha.. yang si shila ni pulak sempat mencuit manja kat lengan black gitu, wah mesra ye korang, jangan lupa korang tu artis, kalau lebih-lebih orang akan fikir korang ada apa-apa, nanti ada pula masuk paper tentang korang berdua, atau korang memang suka publisiti macam itu?? haha..

Entahlah aku hanya mendengar sotset orang bercerita kepada aku, terpulang kepada anda semua mahu percaya atau tidak, sama ada fakta atau auta aku pon tak tahu jugak...

ok la semua, sekian saja cerita aku nie, kalau ada apa-apa yang tak puas hati, jangan segan silu untuk komen kat box komen di bawah ini yer...salam, bye2.. peace no war!

Award Follower



yang ni aku dihadiahkan oleh bella sebab aku follow blog die, yelah lebih 100 follwer die cakap nak hadiahkan award nie kat sapa2 yang dah follow, faham tak ape yang aku cakap nih?? kalau faham gud ^_^ v !

Lepas itu di sediakan soalan pula der, ok tak apa aku sedia menjawabnyer ea

Slogan untuk blog dia ialah : Blog kamu memang cantik di mata sayer, dan saye nak3 lawat blog kamu sentiasa, kalau boleh tiap-tiap hari :P

Tag Lagi

Kali ini aku di tag lagi by Feqah or Tqah, thanks beb ^_^


'' Once you have been tagged, you are suppose to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know about you.''


~Nama saya Nana~
~dilahirkan di Malaysia yang makmur~
~suka senyum~
~suka ketawa~
~suka bergurau~
~suka menyanyi~
~suka melancong~
suka memasak~
~suka photografi~
~suka tengok wayang~
~suka bershopping~
~suka surf dan online internet~
~sayang negara tercinta~
~sayang keluarga~
~sayang kucing dan binatang jinak~
~sayang kawan-kawan~
~sayang diri sendiri~ haha
~seorang peramah~
~seorang ceria~
~seorang yang degil~
~seorang yang nakal~ ye kew?? :P
~tak suka menunggu~
tak suka bangga diri~
~tak suka orang penipu~
~tak suka orang berlagak sombong/bodoh~



Ok done semua ke 25 tentang aku..rasa macam ada lagi tuh but dia kata nak 25 jer, tak apa cukuplah nanti lebih-lebih marah pulak kan..haha

eerm nak tag sapa erk? aduh malas pulak aku, aku tag yang selalu Bw aku je lah yer..huhu

Sambutan Hari Jadi Sayep


Di raikan hanya ala kadar bersama Ibu saya yang terchinta dengan adik laki-laki ku yang mushuk bebeno..haha :P


2 December 2010, genaplah umo sayep yang ke 23, haih apsal la copat betul masa belalu ni jang? ese ase ese mudo je ase kan kan..haha. Aduy dah tu-o aku gupenyew, pojam celik pojam celik nampak antu eh eh bukan pojam celik pojam celik dah bulan december, tahun dopan dah 2011, nape tak 2009 ke? 2008 ker? hahaha..tetibe je nak umo makin ke bawah, ( *tak sodar diri lagi dah tu-a)

Tahun ini tak de la sambut dengan besar-besar macam dahulu kala yang satu jiran dan satu rumah dan satu saudara mara sepupu sepapat datang meraikan hari kelahiran ku, walaubagaimanapun sambutan tahun ini kira syukur alhamdulillah la, ada juga adikku yang sudi mudi mengingati tarikh lahir ku pada 2 december(semalam).

Walau hanya kek saja dihadiahkan oleh nye namun aku merasa sangat gumbira yang tak terkata kata. Thanks ye dik sayang k0 walau sebenarnye k0 tak sayang aku pon..haaha ( cedey)



ini dia kek diberi nama Blackforest Cheese cake
dr Secret's Recipe

(sooooo delicious wehhhh)




Lagi satu nih, aduy pantang betol aku bile tetibe mengspoilkan mood aku nih kan..x beradab betiuh huh nyampak gedikses pon ader gak si adik aku nih
dok best tangkap gamba di nyeb0k pulak nak bergambaq, haih rimas ese di bueknyo..aduy

ni gamba dia sebelum aku belum tiup lilin kek lagi, nyampases !


ko lapow ker dek?? aduy ponin aku


Haaha, macam-macam pe'eL betul la adik ku sorang nie, takpe lah asalkan aku dan dia happy go yeppy ye dek? huhu.
Aku harap tahun nie dan tahun depan dapatlah menjadi seorang yang lebih matang dan sukses dengan apa yang aku lakukan, lebih maju, lebih berkeyakinan, lebih bermotivasi..cewahhh wah wah..huhu



My _ Minutes Survey

Oh, tagging tag Tagged

1st time di tag untuk jawab soklan dari cik Rara yg ciut miut tuh..haha
so tanpa membuang waktu or masa, aku kena lah menjawab soklan-soklan yang diberi

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions
honestly. No lying or cheating.
Starting time : 4.11 pm



Name : Farhana

Brother(s) : 2

Eye color : Brown dark
Shoe size : 9 (sandal size: 10) haha (besar betoL)
Hair : Half long
Piercings : yes (ear)
Height : 166cm
What are you wearing right now : T-Shirt and short pants
Where do you live : Kuala Lumpur, pantai dalam
Favorite number : 3
Favorite drink : Milo and Ice lemon tea
Favorite month : December
Favorite breakfast : Tuna Sandwich


-Have you ever-

Broken a bone : No

Been in a police car : No

Fallen for a friend : YES
Fallen for a guy/girl in a short period of time : No
Swam in the ocean : Tak pandai sangat
Fallen asleep in school : Sometimes
Broken someone's heart : Twice
Cried when someone died : Sometimes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : No
Saved e-mails : Yes
Been cheated on : Sometimes


-What-

Your room look like : Messy
What is right beside you : Sofa
What is the last thing you ate : Toast bread


-Who-


Who did you last yell at? : My brother (adik bongsu aku, haha)
Who was the last person you danced with? : No body
Who last made you smile? : My Mom ^_^


-Final Questions-


What are you listening to right now? : Hujan songs-Inspector Remos
What did you do today? : Chatting.Online.reading.Listening music.Karaoke
Are you the oldest? : Tertua? Not really
Indoors or outdoors? : Both


-Today did you-

Talk to someone you like? : No
Kiss anyone? : No
Sing? : 3 hour ago
Talk to an ex? : Never
Miss someone ? : Yes
Eat? : Fried rice


-Last person who-


You talked to on the phone? : Best Friend
Made you cry? : My Ex Boyfriends
Went to the movies with? : Family
You went to the mall with? : Friends
Who cheered you up? : Mother


-Have you-


Been to Mexico? : Never
Been to USA? : Never


-Random-


Have a crush on someone? : Not yet
What books are you reading right now? :Love is Amazing by Sophie
Best feeling in the world : Fall in love
Future kids name? : Dont know ( belum fikirkan pon)
Do you sleep with a stuffed animal? : Nop
What's under your bed? : Tiles
Favourite sport(s) : Badminton
Favourite place : Oceans
Who do you really hate? : Bitchy
Do you have a job? : Yes (tanam anggur, haha)
What time is it now? : 4.45 PM


With however long it took you to complete this,
post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people.



Orait, Done all that, now please take this tag ye kenkawan Cik shabah, najihah, Eika, emieysandra, dak eina, cik asyraf, eira, diea, daisy, Marlina roslee, mia liana, mr nakal, nawa, nora, cik belalang

Jawapan haruslah jujur dan benar yer kengkawan..don't lie-lie taw :)


Panas3, Cerita Blue ramai-ramai

nak tau apa yang panas apa yang blue tue? tapi tekan ctrl+A dulu....













dah tengok? ok jom comment :D

Single Terbaru Hujan


Akhirnya hujan telah pon mengeluarkan Album single terbarunya iaitu Inspektor Remos kian menjadi bualan ramai dan hangat di pasaran,

1st time mendengar lagu ini, waa sangat best, rancak dan happening, *happening kew?? haha..
Jadi korang pon patut mendengar juga lagu dari hujan nie, khususnya bagi peminat-peminat hujan, Tak rugi pon kalau anda membeli single terbaru hujan nie, lagu nya pon best.

Oh ya, lupa pulak nak kasi tau, aku ada juga buat editing video tersebut khas untuk peminat lagu hujan la k..haha yang tak minat pon kalau nak dengar pon boleh jugak, di alu-alukan..hehe





Selamat menonton dan leave ur comments k..tata :)

The Frog Prince




Haa, cerita dongeng ni akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang di channel berapa?? op coz la channel tv3... Sinopsis cerita ni pon dah menarik tau,
aku tak sabar nak tengok cerita tu, barisan pelakon pon hebat-hebat jugak tau

ok aku sediakan sinopsis cerita ni ok guys :


->>'Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.

Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.'


Manakala, cerita Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.


Jangan lupe tau kawan-kawan untuk menyaksikan slot samarinda tu tau, kalau yang mana tak bekerja atau student-student yang tengah cuti sem ker boleh la tonton..huhuhu



Excited

Today at 9.00 Pm, aku akan bertolak ke kelantan.
Mungkin dijangka tiba disana pada pukul 7.00 Pagi..x sabar rasanya mahu
shopping kat sana..mesti murah-murah harganya.
Mugkin aku tak aktif untuk sementara waktu untuk mengupdate post terkini.
Insyaallah balik dari Kuala Lumpur,
aku akan update post seperti biasa dan disertakan gamba-gambar yang mungkin sempat ditangkap untuk dikongsi bersama..


ok la see u next time...bye bye



Dapat Award lagi

Hari Raya Qorban mesti kita sibuk nak tolong mak kita masak kan?
ada yang masak rendang daging ker, kari daging ker, kurma daging ker, asam pedas daging ker kan yelah dah kata qorbang daging, lembu pulak kan..
Jadi tak kisah lah masakan apa.
Tak complete kalau tak disertakan dengan nasi empet and kuah kacang atau lontong ker, ketupat palas or ketupat nasi ker, dodol ker..
wahh raya sakan gitu ...hehe

Di kesibukkan itu jugak aku mengambil kesempatan untuk 'mengusha' blog aku,
mula-mula macam biasa jer..
Tapi jenguk kat shoutbox tetibe aku di tag oleh si gadis yang comei nie kan..
ala si budak cekelat tu..korank mesti kenal kan kan kan? hehe
kalau ada sesiapa tak kenal tu, buat-buat kenal je lah tak pon pergi je kat blog si budak cekelat tu.

Hoyeh dapat lagi award, fuh macam x caya jer..hikhik..tenkiu la sanad eh bahasa per tu?? bukan sanad tapi sangat..haha..teruk punya tatabahasa..
tenkiu la sangat-sangat ye budak cekelat sebab bagi award kat nana



jeng jen jeng ini la dia


ok sekarang nana nak tag pulak kat kawan-kawan nana :

Alia Laila
Maya
Asy
Imah
Yuna

So dah penat dah menaip and tag mentag nie, nana nak sambung kerja lagi.
banyak kot kerja-kerja kat dapur nak kena finish already..pinggan mangkuk nak kena cuci.
baju nak kena basuh lagi..
Ok la, korank jaga diri elok-elok yer, makan-makan jugak, sembang-sembang jugak kesihatan pon kena diutamakan.. ok bye-bye dear all..muaahh :)

I SUPPORT NUR SOLEHAH


I SUPPORT NUR SOLEHAH

Harap-harap beliau memenangi contest ini, para bloggers anda nak menang cabutan bertuah juga?? jom undi nur solehah sekarang!

Bahayanya Letusan Gunung Merapi, Yogyakarta




Semakin hari kita dapat merasakan penderitaan yang harus dihadapi oleh masyarakat Yogyakarta akibat letusan gunung merapi baru-baru ini. Ini adalah cabaran hidup mereka yang harus mereka tempuh kerana tuhan mahu menguji keimanan mereka.

Letusan Gunung Merapi yang terus terjadi tidak hanya mengancam kehidupan mereka yang tinggal di sekitar kaki gunung. Dampak dari bencana mulai dirasakan oleh masyarakat yang lebih luas. Kegiatan ekonomi di Yogyakarta misalnya, menurun tajam akibat condition alam yang sangat tidak bersahabat.

Dari itu kebanyakkan mereka terpaksa berlapar kerana hasil tanaman mereka musnah manakala penternak-penternak haiwan mati akibat letusan tersebut.Debu vulkanik yang dilepaskan ke udara, dilaporkan sudah menyebar jauh keluar Yogyakarta. Bahkan dilaporkan debu membawa angin sampai jauh ke Bogor. Ini tentunya boleh mengancam keselamatan penerbangan, kerana debu-debu itu boleh merosakkan mesin pesawat terbang.

Ramai juga penempatan yang meninggal dunia akibat letusan tersebut dan juga kulit melecur terkena tempias lava itu. Majalah 3 ada menyiarkan kisah letusan gunung merapi semalam (14 November). Sungguh menyayah hati aku melihatnya. Ada yang hangus, melecur dan ada yang mayat merata-rata..

Kita dibumi Malaysia ini harus bersyukur kerana dapat hidup lama dan sentiasa aman damai walaupun ada di setengah negeri mengalami banjir yang amat teruk..

Al-fatihah kepada orang-orang yang meninggal di Yokyakarta akibat letusan Gunung Merapi itu.

10 About COCA COLA




wahai kawan-kawanku sekalian, di harap baca satu kenyataan tentang minuman bergas COCA COLA di bawah ini, mungkin selepas ini anda akan stop minum terus air bikarbonat ini.....

Kadang-kadang atau di waktu panas mesti aku nak minum air coca cola ni. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ada yang suka air ni kan. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yang x disangka-sangka. Aku dapat benda ni dari emel yang member aku bagi. Ape lagi!! check it out :-

"Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. > > > > > >

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? > > > > > > Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : > > > > > >

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! > > > > > >

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? > > > > > >

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! > > > > > >

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. > > > > > >

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. > > > > > >

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke. > > > > > >

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni! > > > > > >

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi??

> Disampaikan oleh seorang sahabat....
Assalamualaikum kengkawan...
last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat,
mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia
nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah
diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia
beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk
hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di
dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &women.
menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb
diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama
keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima
forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve
tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if
you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran
umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,
pls stop drinking & buying coke & pepsi.


p/s : Minum air mineral or air putih aja setiap hari, baru sihat dan kulit pun akan jadi cantik dan lembab

happy suda kenyang

Thursday
11:40 pm



Cartoons Myspace Comments Nyum-nyum.. sedap jugak erk makan mee segera maggie tadi. Lapar punya pasal semua sedap kan, bet0l tak?? hehe...
Kadang-kadang bila sudah rasa malas, perkara yang terpikir di kepala otak aku ialah mee maggie..ya mee maggie..ulang lagi...mee maggiee...haha :P
Adoy, lantak la asalkan dapat makan sudah, tak ada lah rasa kelaparan je.
Nyenyak jugak tido kan? ehhe..
Erm, apa lagi ek? haih sudah tak ada idea di saat -saat waktu macam ni..
Diluar angin bertiup agak kuat jugak...
sebab tadi baru lepas hujan renyai-renyai...uu sangat sejuk di buatnya.
Rasa macam angin peluk tubuh aku sampai ke tulang jer..uu..
mana selimut nih?? haaaaa, itu dia.....aaa baru rasa hangat sedikit...hehe

Ok lah, mata sudah mengantuk...um esok-esok je lah update lagi cerita....
Bye-bye,


s a y a v h a n y ak f h e n a t i n i h a l i

Haih....pening kepala memikirkan tentang kerja tadi, bagai nak pecah kepala.
Customer pula banyak ragam..
ada yang tak kena sini lah, sana lah, haih macam-macam.
Bile tak ada cutomer,
mula la rasa mengantuk di buatnya,
nasib baiklah teman sekerja pandai mengcover kan aku..
huhu so tak ada lah kantoi dengan bos..huahua



Hari ini jualan boleh tahan juga lah,
walau target yang sepatutnya dalam tangan tak tercapai,
namun puas hati sebab hasil memuaskan.
Rezeki hari ini Alhamdulillah,
harap-harap biarlah berekekalan macam hari ini...aminn..


Beautiful Blogger Award

Huh?? apa? biar betul ni...macam tak percaye je apa yang aku dapat ni..eh eh tetibe je kan kan..haha..
Terharu pulak rasanya bile mendapat award yang sememangnye tak pernah dapat award langsung..

Tapi nak dipikrkan balik, Beautiful Blogger Award, hum jap jap..cantik ke blog aku nie ek?? aku tengok macam biase saje...
huhu..tak kisah lah orang dah bagi terime je lah kan..karang tak terima kata apa pulak..oh no tak nak tak nakk..huhu




jeng jen jenggggg!!!
ini lah dia, sebuah award yang ku terima

hehe~~~~

Dah dapat award ni kena la jawab soalan-soalan yang diberikan, kalau main ambik sesaja tak boleh jugak, okay saya akan menjalankan tugas saya ek....ehem2 (batuk kecik)



Thanks the person who gave you this award & link them
oh ye, syukran la sesangat kat cik hanis kerana sudi mentag saya, x sangka anda memang baik hati, uuu cediy plak..huhu.. *rasa macam femes plak..hakhak


Spread the award to 15 bloggers who you like & you think their blogs are awesome!
erm, baiklah, aku rasa ada kot blogger-blogger yang aku suka jadi sebagai penghargaan aku, aku akan tag mereka supaya mereka akan ingat aku sampai bila-bila..Insyaallah..hehe :)

mirra

asy

maya

keen

Mama yuyu yoyet

ellen

ezan

anastasyea

shakina

fadxieza

elyana

chokilala

alia faizal

miera blog

deya



Tell 7 hell things about yourself?
ok, perkara "JAHAT" ek maksudnya?? hum apa perkara jahat yang sememangya ada pada diri aku ek ek?? oh ye, ada ada :-

1- Aku dah dilahirkan sebagai seorang yang suka perli-perli manusia mahupun haiwan, kalau ada benda yang tak kena je pada mata aku ni, mula la aku akan perli macam-macam, perli sana perli sini sampaikan mak dengan ayah aku, adik-adik aku cakap ''sudah-sudah la perli-perli 2, ko 2 bukan nye baik sangat pon'' hahaha...lantaklah janji aku puas bila perli orang.

2- Setiap kali waktu makan, akulah orang pertama yang memulakan dulu makan makanan lauk yang aku rasa cantik di mata aku, lebih-lebih lagi kalau sedap... sampai lauk yang aku makan tinggal separuh..haha..kesian mereka sebab tak sempat nak merasa lauk tersebut..haha

3- Kalau aku bersama dengan kawan-kawan aku, aku ni suka menyakat sikit, kalau dorang terleka sikit pasti aku terperanjatkan dorang macam 'HOI'..mula la dorang terkejut..ada sorang kawan aku sampai sound-sound atau maki aku..hahaha, aku tak kisah kalau dorang sound atau maki aku pun...janji aku happy bile nampak muka dorang cuak..haha..Rasa best kot buat macam tu.. :P

3- Satu perkara yang selama ini tak ada sapa atau tak ada sorang pun yang tahu aku ini sebenarnya kalau mandi setiap 1 kali sehari kalau waktu cuti kerja atau cuti umum aku akan mandi...hahahha...memang mak aku, adik-adik aku cakap aku nie pemalas tapi entahlah, kalau tak ada aktiviti kat luar mesti sekali sehari aja aku akan mandi...hahaha...teruk kan..haha

4- Aku kadang-kadang kalau bercakap mesti ada sikit laser kot, entahlah memang dah macam tu sifat aku, benda ni luar jangkaan juga tapi kalau di control mungkin tak akan cakap macam tu kan..kawan-kawan aku sendiri kata, aku kalau bercakap tak geti nak berlapis, ada je word yang menyinggung perasaan orang..tapi aku sedar, aku tak sepatutnya cakap tak berlapis sebab aku pikir aku ni perempuan so tidak manis kalau orang-orang tua dengar..

5- Benda yang selalu akan jadi mangsa aku time aku boring ialah, microfon...hahaha.. tak kira siang atau malam, aku akan melalak sepenuh jiwa dan hati aku bile aku didalam keboringan.. aku akan pasang lagu kesukaan aku itu dengan volum yang kuat dan high kan volum bass biar aku rasa satu rumah berdengung...baru gempak...Salah satu kesukaan aku ialah menyanyi... kalau ada sapa-sapa yang invite aku karaoke, of coz aku akan ikut, malah kalau ada kawan aku ajak berkaraoke pon aku akan ikut, kalau time itu aku penat bekerja, secara automatik semangat nak karaoke datang secara tiba-tiba...hahaha.. Itulah aku...

6- Kawan-kawan aku sering kata aku ini 'jahat', hah?? kenapa? nak tahu sebab? ha sebab nye setiap kali kalau aku ajak mereka keluar contohnya pada hari ini la kan, aku mesti mengcancelkan di saat-saat akhir..hahaha..bukan apa, time itu kalau aku sudah rasa malas atau kepenatan mana lah larat nak keluar..kalau paksa pun tak guna jugak sebab nampak sangat aku ni muka penat, so tak syok pulak nanti kan...orang tengah bergumbira, aku pula kepenatan dengan muka mengantuknya..huhu.. Jadi kalau mereka rasa tak puas hati mereka sound direct aje kat aku dan aku jenis terima luahan rasa hati mereka.. sebagai tanda maaf, aku akan buat suprise kat mereka dengan membeli barangan kesukaan mereka...*wink

7- Kalau jalan-jalan kat sebuah mall, aku memang suka tengok barang-barang yang menarik perhatian aku contohnya, gelang, rantai, kasut, baju dan seluar, jam tangan, make up dan aksoseri rambut....dan aku ni pula suka mengtest barang tersebut...kalau baju yang berlipat aku akan buka sampai nampak keseluruhan baju itu, kalau ada promoter baru melipat baju-baju itu, aku akan bukak balik biar dia rasa fedup..hahahaha..aku nak tengok jugak kalau-kalau baju yang dia lipat tu cantik ke tidak kan?? kalau aku rasa tak lawa aku biarkan aje lah..huhuhu.. kalau rasa cantik dan padan dengan badan aku, baru aku beli....hehehe....kesian pulak kat promoter tu....kena lipat balik baju-baju tu..hahaha..padan muka dia....dah tugas dia kan kan? kira aku bagi dia kerja jugak tu...nanti tak ada kerja bos dia bising pulak kan kan?? haha..


erm dah?? habis dah soklan die ker?? aiseh ingat baru nak jawab lagi kan kan..tapi soklan die cakap 7 perkara je, karang lebih-lebih kena reject pulak..hehehehe..
apa-apa pun thanks bangat kat cik hanis kerana tag saya kat award..
lurve u ketat ketat la dear..hikhik