Dugaan Hidupku


Hidup ini penuh dugaan dan rintangan
Hidup ini juga penuh dengan cabaran
Kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri,
bagaimanakah aku harus menempuhi semua masalah itu ?

Aku ini hanyalah seorang manusia yang lemah
Kadang-kadang aku tidaklah tabah untuk menghadapi
semua dugaan yang tuhan telah berikan kepada aku
kerana......
Hati aku akan menjadi luka
Hatiku akan menjadi sakit dan,
Hatiku juga akan menjadi sedih kerana
aku mudah mengalah dan berputus asa

Kadang-kadang aku terfikir,
Kenapa aku ini tidak sekuat seperti setengah
manusia-manusia yang lain ?
Mereka menhadapinya dengan penuh ketabahan,
kesabaran,
dan menpunyai kekuatan semangat yang tinggi
untuk merempuh tiang halangan yang sangat kebal
dan sangat keras itu

Tuhan,
Aku tahu,
dan Aku mengerti,
Aku ini hanyalah manusia yang kerdil
lagi hina di matamu,
Tetapi, aku mohon kepadamu,
Kau berikanlah aku kekuatan
untuk aku tempuhi setiap dugaan-dugaan mu kepadaku
supaya hatiku ini menjadi sangat tenang...aminn.

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen