Idaman kaum Lelaki

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .


" Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….a
langkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.. "

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen