Berbuka time

( Date : 19/7/2010 )

Alhamdulillah, lega nya bila dah berbuka puasa di bulan sya'ban yg mulia ini, puasa yang aku buat ini adalah puasa ganti yang mana aku pernah 'cuti' masa bulan Ramadhan tahun lepas. Baru bulan tahun ini aku nak gantikan..adehh, punya la malas aku..haha... At least aku dah gantikkan puasa, kalau tak ganti sampai bila lagi nak buat, betul tak ?

Yang penting, untuk berbuka aku dah masak dengan air tanganku sendiri, baru puas nak
makan.. sememangnya aku memang pandai masak....hehe..turun menurun dari mak aku, arwah nenek aku, moyang aku..huhu... Walaupun makanan ni bukan dari masakan asal melayu, tapi ada secret resepi nya yang di turunkan dari mak aku..haaaa..... Biarlah Rahsiaaaa...cehhh..huhu


Lauk : Gulai kepala ikan
Ikan goreng berempah
Kuih : Goreng pisang
Minuman : hanya air sirap ais(huhu)



Walaupun makanan yang aku sediakan terlalu simple dan ringkas, tapi cukuplah hanya aku dan mak aku sahaja yang makan, sebab dah aku dengan beliau yang berpuasa ganti...adik2 aku?, huh jangan harap la nak puasa. . sama la dengan ayah aku, di ajak tapi buat muka tak tahu ja..ish3... entah lah labu ( bukan nama). Apa lagi, mereka sibuk2 ja nak join sekali padahal tak puasa pon kan...Lantak la... makan je la sebab aku tak kisah, sebab mereka ialah keluarga kandung aku :)



P/s : lupa pulak nak buat sambal belacan kegemaran mama, sebab lagi sedap kalau ada sambal belacan..kasi berapi sikit itu telinga..haha


2 kaki komen

KiKo Berdendang said...

Berselera je tekak nih tengok mamaman..huhu

Hanis Azla said...

aduh, sedapnya lauk. terliur i.
goreng pisang tu mengancam sungguh.

Klik Sini Untuk Komen