Menanti dengan seribu tanda tanya, apakah ia datang kesini menemaniku? setelah bertahun2 dia meninggalkan ku sendirian tanpa khabar berita. Adakah dia masih ingin bersamaku setelah kian lama dia pergi membawa diri. Kekasih, walaupun dikau jauh di mataku, namun kau tetap di hatiku ini buat selamanya. Kanku semat cinta kita ini dalam jiwa dan ragaku sampai ke hujung nyawaku. Seandainya perjalanan cinta kita hanya sampai disini, aku redha, aku ikhlas melepaskan mu..tetapi ingatlah, ku tidak pernah melupakan mu walau sesaat, ku tidak akan membencimu walau dikau memilih yang lain dariku.. ini kerana ku sangat sayang padamu, sangat cinta padamu dan ku tidak akan membuat mu rasa bersalah, percayalah....ku tahu, aku bukanlah yang terbaik buatmu, namun cintaku terhadapmu ini tidak akan terkubur, akan sentiasa wujud didalam hatiku sampai bila2...



p/s : pergh jiwang plak kan? kan? nie dr kata2 uncle ah chong..cian die.....


0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen