Fasting

Sudah 4 hari aku berpuasa, alhamdulillah masih segar lagi..huhu.. Harap- harap puasa tahun ni teringin full fasting, yelah rase malas mahu ganti balik.. nak dihitung dengan puasa2 tahun yang lalu ada yang dapat ganti ada yang tidak, kalau asyik tangguh je sampai bila? tak naklah kena bayar beras je kat anak2 yatim...huhuhu.. tapi hati aku mengatakan tidak kisah, memang aku suka bersedekah pada fakir miskin atau rumah kebajikan..

Kerja di shah alam ni pula, ok la tapi rasa boring sebab tidak banyak pelanggan yang datang membeli, almaklum la bulan puasa katakan siapa la yang larat sangat mahu berjalan kan. Tapi tidak mengapa, aku harus bersabar sebab mana tahu lepas ini rezeki datang tak menjangka, haa tak menang tangan di buatnya.. Sales marketing, ada naik dan ada turun nya, tengok pada musim- musim nya, sekarang ini musim orang membeli oven, yelah nak buat kuih raya nanti, kek atau macam- macam lagi yang mereka nak di siapkan.. Alhamdulillah walau hanya beberapa orang aku tetap bersyukur kerana ada juga jualan..

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen