A Little Bit Busy


Sudah lama aku tidak menulis di entri ini, sejak kebelakangan ini memang aku busy sedikit dengan kerja- kerja aku. Sampaikan tiada masa untuk menulis, selepas ini kemungkinan aku akan jarang untuk menulis lagi kerana aku akan di tukarkan kerja di Shah Alam. . Memang tidak di duga kerana begitu cepat aku menukar kerja yang baru. Di tempat kerja yang lama pasti aku akan rindu sebab ada kawan dan juga staff2 yang baik terhadap aku.


Aku berharap, dengan di tempat yang baru itu nanti, aku dapat menyesuaikan diri dan senang dengan kerja yang bakal aku terima. Dan harap2 juga, orang2 di sana dapat menerima aku sebagai orang baru dan menunjuk ajar jikalau aku tidak tahu tentang kerja aku nanti. Aku tahu, walaupun aku orang baru di sana, kemungkinan ada yang tidak suka terhadap aku, ye lah mereka sudah di anggap 'Senior' bagi diri mereka manakala aku pula 'Junior' di sana, kehadiran aku mungkin tidak selesa di mata mereka.

Walau apa pun nanti, aku berharap tiada masalah bagi aku mahupun mereka terhadap kerja baru aku nanti. Dan sikap bekerjasama di kalangan mereka sangat aku harapkan juga, Aku tidak mahu di sesebuah tempat kerja itu di ibaratkan macam 'pulau' tetapi seperti sebuah 'keluarga' yang saling tolong menolong, beramah mesra dan tiada perasaan dengki di antara satu sama yang lain. Barulah hidup ini sentiasa aman dan damai tanpa pertelingkahan sesama sendiri.

Peace without Jealousy bebeh...... HaHa :-p


0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen