Bahayanya Letusan Gunung Merapi, Yogyakarta




Semakin hari kita dapat merasakan penderitaan yang harus dihadapi oleh masyarakat Yogyakarta akibat letusan gunung merapi baru-baru ini. Ini adalah cabaran hidup mereka yang harus mereka tempuh kerana tuhan mahu menguji keimanan mereka.

Letusan Gunung Merapi yang terus terjadi tidak hanya mengancam kehidupan mereka yang tinggal di sekitar kaki gunung. Dampak dari bencana mulai dirasakan oleh masyarakat yang lebih luas. Kegiatan ekonomi di Yogyakarta misalnya, menurun tajam akibat condition alam yang sangat tidak bersahabat.

Dari itu kebanyakkan mereka terpaksa berlapar kerana hasil tanaman mereka musnah manakala penternak-penternak haiwan mati akibat letusan tersebut.Debu vulkanik yang dilepaskan ke udara, dilaporkan sudah menyebar jauh keluar Yogyakarta. Bahkan dilaporkan debu membawa angin sampai jauh ke Bogor. Ini tentunya boleh mengancam keselamatan penerbangan, kerana debu-debu itu boleh merosakkan mesin pesawat terbang.

Ramai juga penempatan yang meninggal dunia akibat letusan tersebut dan juga kulit melecur terkena tempias lava itu. Majalah 3 ada menyiarkan kisah letusan gunung merapi semalam (14 November). Sungguh menyayah hati aku melihatnya. Ada yang hangus, melecur dan ada yang mayat merata-rata..

Kita dibumi Malaysia ini harus bersyukur kerana dapat hidup lama dan sentiasa aman damai walaupun ada di setengah negeri mengalami banjir yang amat teruk..

Al-fatihah kepada orang-orang yang meninggal di Yokyakarta akibat letusan Gunung Merapi itu.

3 kaki komen

Anonymous said...

确实很不错我可能下载。谢谢

Anonymous said...

Solo pensato che avrei commento e dire grande tema, hai il codice per te? sembra davvero eccellente!

Anonymous said...

我的意思,张贴关于这样的事情在我的网页,你给我一个主意。干杯。

Klik Sini Untuk Komen