Release Tension

Kepala sudah serabot, banyak aku fikirkan tentang masalah yang sering aku hadapi, dugaan demi dugaan yang aku tempuhi selama ini yang aku rasakan sangat payah. Mujur aku ada parents yang memberi sokongan terhadap aku sewaktu aku alami kekacauan, mereka tempat aku mengadu, mereka jugalah tempat aku berkongsi masalah.. Aku bersyukur kerana masih mempunyai orang tua sehingga kini, tuhan masih memanjangkan umur mereka, Alhamdulillah.

Okay, Hari ini tepat pada pukul 8.00 minit pagi kami( aku, ayah dan mak) gerak untuk ke Pantai Aceh yang terletak di Pulau Indah, Port Klang...sapa2 yang duduk di sana pasti tahu kat mana. Tujuan kami ialah untuk menenangkan fikiran, manakala sambil-sambil itu, ayah aku mengambil kesempatan untuk memancing ikan disana. Aku memang sudah tahu, hobi ayah aku ini iaitu memancing, pantang jika ada kawan-kawannya 'Invite'nya pergi memancing, beliau pasti setuju tanpa berfikir panjang..Aduh pening di buatnya.
Emak aku pula sebenarnya tidak suka sangat
jika ayah aku kerap sangat memancing pada hujung minggu, sebab dia pun ada juga hajat untuk kemana mana pada hujung minggu, bukan terperap saja di rumah...huhu

Pukul 10.10 pagi setibanya kami di Pantai Aceh, suasana tenang sambil angin meniup
sayu-sayu..Pada waktu begini tiada orang sangat yang datang. Sangat nyaman..





emak aku dok kat belakang tu dia tengah tension jugak kot



Aku sempat lagi tangkap gamba sendiri untuk buat kenang-kenangan. Rugi kalau datang kemana-mana tidak bawa kamera. huhu. Lebih-lebih lagi dengan aku yang sememangnya suka menangkap gambar, tidak kisah lah gambar apa-apa sekalipun..kalau ada objek-objek yang menarik pasti aku 'snap'...



aku with mama terchinta




Menunggu punya menunggu
sehingga jam pukul 4 petang, aku membawa kamera digitalku pergi ke dasar pantai iaitu di batu-batu sebelah pantai untuk mengambil gambar ombak kecil sewaktu air laut tengah 'pasang'. Waktu aku melihat ombak itu, sangat tenang jiwa dan kepala otakku ini. Seolah-olah semua masalah hilang..




Sangat cantik bagi aku jika dapat menangkap ombak-ombak kecil ini..aku tidak mahu melepaskan peluang begini..

Setelah jam menunjukkan pukul 5.30 petang, kami pun bergerak pulang kerumah... Ayah ku pula akhirnya mendapat 3 ekor ikan sembilang, salah satunya besar dan 2 lagi kecil, 2 ekor ikan gelama kecil, 2 ekor ikan tanda dan seekor ikan jenahak bersaiz sederhana...hasil memancing ayah aku memang tidak mengecewakan... Emak aku pula sudah ada resepi untuk memasak ikan-ikan tersebut..dan aku pula sudah terbayang ikan sembilang masak asam pedas...fuhh wallahhh..huhuhu :P


p/s : sampai je kat umah terus terbaring kat sofa kepenatan..padahal x kemana sangat pon..haha


0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen