Kisah Ibu Pelupa

Assalamualaikum


46 semua, you oll cihat tak? gud... aku ada cita skit nak kongsi bersama, ala cita biasa2 ja kot, dah lama aku tak nulis dah sejak-sejak bz kerja ja manjang, aku rasa dah berhabuk, sawan mawang dah aku tengok..ya allah buwuk kot.
52 huhuhuhuhu....ish ish ish...


Ok tanpa buang masa, meh dengar cita dari ladang yang aku dapat yer..

Cerita ini mengisahkan seorang anak tunggal bersama ibu tunggal yang tinggal jauh dari pekan di sebuah penempatan di kampung gadong, mereka anak beranak hidup bersederhana di situ, Mellah ibu kepada zamrin merasa kasihan kepada anakya itu, anaknya mahu baju baru tapi dia tak dapat belikan sebab duit tidak mencukupi, anaknya mahu makan yang sedap-sedap tapi dia tidak mampu...

Oleh kerana semua keinginan zamrin tidak tercapai, zamrin memarahinya sebab apa yang diminta semua tidak ada, dikata miskin kah kita ini? maka mellah pon menjawab "kita tak miskin nak, cuma apa yang zam nak mak tak dapat nak bagi, duit mak pon tak cukup" katanya, sambil menitiskan air mata, hatinya sebak.

Anaknya merajuk, mogok tidak mahu bercakap atau berkata apa-apa terhadap ibunya, dan dilihat anaknya keluar dari rumah sambil mukanya masam mencuka, detik hati kecilnya mula bersuara, kemanakah agaknya dia mahu pergi? Mellah mula risau, dan seketika terkenangkan kata-kata anaknya, 'Miskinkah kita mak?'. Sejak kematian suaminya, semua keperluan yang dia mampu miliki kini semakin terbatas, kewangan makin lama makin menipis, beras, gula, garam, dan semua keperluan di dapur makin habis, bil-bil air, elektrik makin tertunggak, dan hanya tunggu masa sahaja untuk di potong..

Hati mellah makin lama makin tidak tenang, makin risau akan anaknya yang tidak pulang-pulang lagi ke rumah, hari sudah pon hampir petang, dia risau kalau-kalau anakya itu tidak mahu pulang langsung ke rumah, hatinya pon berkata, 'takkan sampai petang pon kau nak merajuk nak? baliklah zam, baliklah', hatinya merintih, merayu agar anaknya pulang kerumah.

Sesudah maghrib mellah masih menanti-nanti akan kepulangan anaknya, risau kalau-kalau terjadi apa-apa terhadap anakya itu, dia ke hulu ke hilir sambil menjenguk ke jendela,

Seketika itu mellah mendengar ada suara memberi salam dan mellah sangat kenal akan suara itu, mellah pon berlari -lari anak untuk membuka pintu, dan mellah pon menjerit kesyukuran kerana anankya, zam akhirnya pulang jugak kerumah, dan melah pon berkata, " kemana je kau pergi zam? kau buat mak risau je lah..mana kau pergi? kau masih marahkan mak lagi ke?" kata mellah sambil menyapu peluh anaknya itu, dan anaknya pon bersuara " ala mak ni, zam tak marah la kat mak, mana de zam merajuk, cuma..." zamrin terdiam seketika da sambil senyum-senyum, mellah hairan dan pelik melihat gelagat nanya itu, lalu dia berkata, " cuma apa zam? cakap tu biala habis.."

Zamrin tersengih sengih macam kerang busuk, lalu dia berkata " cuma zam geram jer ngan mak, dah tau barang dapur semua habis, bil-bil air tertunggak kenapa mak tak guna duit pencen abah?? apa la mak ni..tadi zam gi keluarkan duit kat atm, nah RM 1000 nih, mak pegi langsaikan semua bil-bil tertunggak tuh yer, pastu jangan lupe beli makanan yang sedap-sedap an and baju seluar skali tau mak..tau tau.." kata zam sambil tersengih penuh bermakna.

Mellah menggaru-garu kepala sekejap dan memikirkan tentang wang pencen arwah suaminya, "ya allah, macam mana mak boleh lupa ek? mak telupa pasal duit abah kau tu zam, nape lah mak kau ni boleh lupe sampai macam tu sekali, dah 4 bulan zam mak tak guna duit abah kau tuh.." kata melah sambil tertawa.

Dia ada menyimpan duit pencen arwah suaminya semasa suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang polis, tapi malangnya, selepas saja pencen suaminya meninggal dunia, sebabya gara-gara dia ada penyakit lupa melampau, kejadian itu berlaku semasa mellah menyediakan minuman petang terhadap suaminya , selepas suaminya minum tiba-tiba dia merasakan ada tidak kena dan tidak tiba-tiba badan suaminya rebah, lalu dia berkata kepada suaminya, "eh bang bang, napa nie bang? " mellha kerisauan melihat keadaan suaminya itu lalu suaminya berkata " air apa yang kau buat ni mellah? lain macam je?... mellah hairan dan menjawab " air teh la bang air apa lagi. balas suaminya sambik terbatuk-batuk " masa mellah masak air tadi mellah ingat tak air apa yang mellah masak? atau mellah ada tertukar ke dengan botol air yang mellah isi kat perigi hujung depan umah kita? "

Mellah mula hairan dan terkial-kial, dan mula mengingat kembali semasa dia mengisi air di dalam botol tadi. " tak salah mellah, lepas mellah isi air kat perigi hujung depan umah tu tadi, mellah ada letak kat sebelah botol yang isi racun rumput, sebab nak ambik kain-kain jemuran yang dah kering, pastu masa mellah nak ambik botol air tadi mellah tak ingat lah bang mana satu air racun rumput dengan air perigi " kata mellah ingat-ingat lupa.. " mellah pon tak tau yang mana jadi mellah ambik dan tuangkan ke dalam cerek, masa tu hidung mellah sumbat tak dapat nak bau. " kata mellah sambil memangku suaminya yang kelemahan. Maka denga kesal hati suaminya berkata " ya allah mellah, botol air yang kau masak tu air racun rumput la mellah, kau nak bunuh abang ke??" katanya yang semakin nazak.. Mellah kerisauan, dan terketar-ketar, " astagfirullahhalazim, apa ang aku dah buat nih? mellah tak ada niat pon nak bunuh abang, mellah tak sengaja bang, mellah tak tau.." selepas mengucap kalimah Allah, maka suaminya menghembus nafas terakhir, mellah menjerit kesedihan, meronta-ronta kerana tidak dapat menahan sebak di hatinya, dia kecewa kerana penyakit nya itu menyebabkan kematian suaminya.

Mellah teringat akan kejadian malang itu dan sangat kecewa sekali, nasibnya baik kerana memiliki anak yang sangat memahami dan penyabar walau ada seketika merajuk akan penyakitnya. Maka mereka anak beranak kembali normal setelah semua bil-bil tertunggak di lunaskan dan mereka hidup dalam keadaan aman sentosa.

THE END



haaa amacam? layan tak cita tuh? huhuhu, moral of the story, segala apa yang kita lakukan jangan sambil lewa, dan ingat betul-betul tau, jangan jadi macam makcik mellah tu tau, sampai suami sendiri meninggal gara-gara dia pelupa..haishhhh..



Notakaki : susah kalau ada penyakit lupa macam 2, kalau ada cepat2 jumpa doktor kalau tak mahu di gelar pelupa terlampau..

2

1 kaki komen

.:rizaL:. said...

http://igossiprizal.blogspot.com/2010/12/pose-slumber-laptop-contest.html

jo join blog ni..i foolw u k

Klik Sini Untuk Komen