Frust !!!!



Lepas balik dari jalan- jalan kat Berjaya Timesquare aku pon terus balik.. Penat lah, sebenarnya mahu mencuci mata aja kat sana.. mana lah tahu ada baju- baju yang keluaran terbaru ker kan kan..hehe.. Kalau nak beli memang sekarang nie tengah bulan kering, hanya mampu meng'usha2' aja..


Setiba nya aku di Kl sentral, teringin pulak nak makan ayam KFC..huhu so aku pon pergilah kat sana, selesai aje aku eating, nak pulak surf internet, aku pon buka la laptop ISUS nie, and then bila nak connection, tibe- tibe aku blank sekejap, aik, macam mana nak connect nie? check wireless available tapi still tak boleh connect...

Ish macam mana entah lah, kata kat KFC nie ada wifi, tapi mana wifi nya? surf internet tak jugak keluar- keluar Facebook aku nih!!
Adehh, macam mana nih? aku nak sangat surf nie!! aduh, frust aku macam nie!! Last- last aku terus shut down laptop aku, lepas itu aku terus 'mengangkat' kaki dari restoran KFC tu...

Frust punya pasal sebab tak dapat nak surf internet walau sekejap... Aku ni tak la pandai sangat, nak menanya segan la pulak..huhu..jadi aku terus balik rumah.. Tak payah nak pening- pening kan kepala..


End of story. surf kat rumah sudaa..haha..apa guna broadband TM net kalau tak pakai..betul tak ??




Berbuka time

( Date : 19/7/2010 )

Alhamdulillah, lega nya bila dah berbuka puasa di bulan sya'ban yg mulia ini, puasa yang aku buat ini adalah puasa ganti yang mana aku pernah 'cuti' masa bulan Ramadhan tahun lepas. Baru bulan tahun ini aku nak gantikan..adehh, punya la malas aku..haha... At least aku dah gantikkan puasa, kalau tak ganti sampai bila lagi nak buat, betul tak ?

Yang penting, untuk berbuka aku dah masak dengan air tanganku sendiri, baru puas nak
makan.. sememangnya aku memang pandai masak....hehe..turun menurun dari mak aku, arwah nenek aku, moyang aku..huhu... Walaupun makanan ni bukan dari masakan asal melayu, tapi ada secret resepi nya yang di turunkan dari mak aku..haaaa..... Biarlah Rahsiaaaa...cehhh..huhu


Lauk : Gulai kepala ikan
Ikan goreng berempah
Kuih : Goreng pisang
Minuman : hanya air sirap ais(huhu)



Walaupun makanan yang aku sediakan terlalu simple dan ringkas, tapi cukuplah hanya aku dan mak aku sahaja yang makan, sebab dah aku dengan beliau yang berpuasa ganti...adik2 aku?, huh jangan harap la nak puasa. . sama la dengan ayah aku, di ajak tapi buat muka tak tahu ja..ish3... entah lah labu ( bukan nama). Apa lagi, mereka sibuk2 ja nak join sekali padahal tak puasa pon kan...Lantak la... makan je la sebab aku tak kisah, sebab mereka ialah keluarga kandung aku :)



P/s : lupa pulak nak buat sambal belacan kegemaran mama, sebab lagi sedap kalau ada sambal belacan..kasi berapi sikit itu telinga..haha


Coming Soon~ Mantera The Movie~


Tittle : MANTERA ( Man Transformable Exo- Robotic Armor )

Starring : Tomok, Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al-Masri,Said Dashuk-Nighmatulin,Mikhail Dorojkin,Faezah Elai,Yank Kassim.

Directed By : Mohd Aliyar Al-Kutthy

Produced By: Flare Studios Sdn.Bhd





The first Malaysia Sci-Fi movie. About a boy, Azman who stumbled upon a nano-tech glove which can transform his motorbike into a body armor. The technology was created by a genius scientist at Western Tech.Corporation,Dr.Natasya Irina Pushkin.However when she realize that her creation will be used by some man with power to destroy the world,she determined to sabotage it.
In the meanwhile..
Sam Weston, the owner of Weston Technologies is furious over the security breach in his Research Lab. The prototype of his latest weapon system “Mantera” or MAN - Transformable Exo-Robotic Armour was sabotaged and destroyed. Invaluable research data was stolen and deleted from the company’s mainframe. His main scientist who is leading the research team, Dr. Natasya was missing. The buyer for the new technology is pressuring Sam to deliver the prototype or the deal is off. To make matter worse, the wreckage and debris from the destroyed “Mantera” was accidentally shipped to the other side of the world.... to a young man by the name of Azman, in Malaysia. Who is Azman, and what makes him the chosen one? Everything will be revealed in 'MANTERA'.


Trailer movie




p/s : macam best jer, trailer die pon gempak sehhh


Harga Minyak naik ??

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri .

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut. Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.


( carta kenaikkan minyak )


Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.

Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.

Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.


sumber dari : http://www.malaysiakini.com



Oh Mother



Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......




What mean Love/ Apakah itu Cinta ?

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakanny
a dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


p/s : jadikan ia satu pedoman.....renung2kan dan selamat beramal....huhu



~New Templates Look~

mood : GOOD

saje, x de keje..huhuhuhu....nak tukar angin, asyik hitam je background kan, naaa..skrang, bertukar jadi white..huhu..




Tadi aku sempat makan buah oren madu, fuh nyummy2 ! sedap dan manis macam madu..huhu. Tapi tak dapat beli banyak- banyak sebab bajet sekarang tiada, so kena hadkan pembelian buah oren madu ni..oh, so sad. . .

Kalaulah aku ada simpan sikit duit, dah lama aku beli 1 kilo...so bolehlah sebulan asyik makan oren je..haha... Lama- lama muka aku pon boleh jadi buah oren daa..




Spain is a Winner of world cup 2010


Tahniah la kepada team Football Sepanyol kerana memenangi piala world cup 2010 itu. . Tidak sangka ramalan si sotong kurita atau dekenali sebagai 'paul' itu memang tepat... Tidak hairan la kenapa mereka membela sotong tersebut, kemampuan 'beliau' untuk meramal atau menilik memang sangat tepat dan mudah di percayai. . .

Well, Congratulation Spain. . . . you all the best in this WORLD :)






Shrimp Prey


( Gambar hiasan sahaja)

Malam isnin lepas, bapak aku rancang nak gi mancing ngan kawan die, tp aku tak pasti kat laut mana die gi mancing sbb waktu tersebut aku sibuk chatting ngan kawan2 facebook aku...So aku tak pikir panjang sangat dan tak nak ambik peduli pun..bagi aku memancing nie bukan la best sangat kan, lebih baik layan sahaja Facebook atau chatting di YM saja...

Petang besok nye pulak, ayah aku balik dari mancing, riak wajah dia tak ubah seperti orang baru menang loteri, teruja sangat bila dapat udang-udang yang banyak, ada yang besar, kecik pun ada gak. . . nampak ada ikan sembilang tapi hanya seekor aje yang die dapat tangkap. .lain2 ikan : tak berape pasti sangat sebab aku pun x tau ikan ape.. (gelak)hahahaha. . .

Sekarang aku banyak fikir tentang udang- udang hasil dari mancing ayah aku nie, fikir nak masak ape? macam- macam dah fikir, nak masak lemak cili api ker? kari ker? sambal petai ker? atau hanya goreng saje, orang kata goreng pon sodap..(gelak)hahaha... Atau di bakar/ BBQ...dah lama jugak tak buat BBQ, last BBQ pun masa berpicnic ngan kawan2 masa sekolah menengah dahulu.... Seronok jugak la, macam- macam kitaorang hidangkan, ada ayam, udang dan hotdog... yang lain2 makanan sampingan( makanan ringan). . Disertakan ngan air gas iaitu Mirinda strawbery....sunggu sodap...huhuhu..

Macam- macam la kan.... nak di pikirkan balik, kalau makan udang hari- hari nie tak gemuk ker ha? yelah kata mak aku udang ni ada kolestrol...haa ye kew?? ntah la... tapi aku hadkan pengambilan makan udang hari- hari..sebab nak jaga kesihatan jugak..tak nak la nanti aku sakit- sakit sebab makan udang hari- hari... Nak kata aku alergi tak de la, cume kandungan dalam isi udang je yang tinggi dengan kolestrol....maybe la...sebab fakta tentang udang ni aku tak beberape tahu sangat.. kurang membaca katakan..huhuhuhu....

Udang, udang.....kenapa lah hari- hari aku tengok kau aje bile waktu makan dinner( 6.30 ptg)..dari selasa smpai la hari ahad aku kena hadap ngan kau.. Tapi tak apa lah, rezeki dari tuhan, seharusnye aku bersyukur sebab dapat makan ko si udang...Hari Isnin depan pulak dapat makan yang lain pulak...Horeyyy....Tak de la muak makan udang jer.. fiuhhh...


p/s : muka aku pun dah macam udang aku tengok...ni la penangan makan udang hari- hari