Selamat Tahun baru 2011

2010 telah melabuh tirainya, kini tibalah tahun 2011 yang bakal mewarnai lagi kehidupan kita, dan harap-harap dengan kelahiran tahun baru ini dapat membuatkan kita lebih bersemangat dan membawa keazaman yang lebih semangat waja.

Panjatkanlah kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kita masih dipanjangkan umur, dan di beri kesempatan untuk melihat dunia yang penuh warna warni, dunia yang makin maju serta kemudahan- kemudahan yang sangat selesa..Syukur alhamdulillah.

Pirates of the Caribbean 4

Salam semua, korang pe kaba? sihat? baguslah yang mana tak sihat sebab demam ke selsema ke cepat2lah makan ubat yer..
Hari nie aku nak cita sikit pasal movie yang bakal ditayangkan tak lama lagi pada 20 mei 2010..fuh lama beb, kematu kot nak tunggu cita baru pirates of the caribbean 4 tu..

Aku ade tertengok trailer cita tuh, fuh gempak doh, jalan cita pon dah menarik bagi aku,
lagi membuatkan aku tak sabar-sabar nak tengok cerita tuh.
Kalau korang ada pernah tengok movie-movie pirates of caribbean nie, cita yang baru ni adalah kesinambungan cita2 nya yang lama, yang dulu-dulu pon best gak, ada yang kelaka
yelah watak Johny Deep always kelaka..haha.

kat bawah nie aku nak share kat korang trailer movie tersebut, aku harap korang pon teruja macam aku gak ye..ahakss






untuk kesan yang drastik, speaker anda mesti ada bass untuk kepuasan maksimun


Nota kaki : lepas nie nak kumpul duit bebanyak bia sampai bukit sbb nak tengok cita tu

Mengamuk sebab WIFI dicuri


Zaman sekarang ni, macam-macam ragam aku dapat lihat dari setengah-setengah manusia yang kurang bijak atau kata kasar nya 'bodoh', sory yer bukan bermaskud nak cakap macam itu tapi itu ialah realiti yang aku lihat sekarang dengan memarahi orang lain yang sedang menggunakan wifi peribadi miliknya. Ada cara lain yang boleh membantu supaya WIFI tidak akan sesekali digunakan orang lain dengan cara menggunakan kata laluan (Password), dengan itu Wifi kita tidak akan sewenang-wenangnya digunakan oleh orang lain..ha bijak kan cara itu??

setelah membeli wifi dari mana-mana brand er maksud aku macam tmnet atau digi atau celcom ke maxis ke kan, mintak password kepada operator atau orang yang memasang wifi tersebut di rumah anda supaya wifi anda tidak akan dicuri



Jadi sekiranya tidak berbuat demekian, biarpun nama wifi ditukar dengan cacian mana pon, orang lain tetap akan gunakannya secara percuma, dulangi PERCUMA!!
Kalau tak mahu dicuri, jadilah orang yang bijak ok..huhu
tepuk dada tanyalah otak..hehehe..

Kisah Ibu Pelupa

Assalamualaikum


46 semua, you oll cihat tak? gud... aku ada cita skit nak kongsi bersama, ala cita biasa2 ja kot, dah lama aku tak nulis dah sejak-sejak bz kerja ja manjang, aku rasa dah berhabuk, sawan mawang dah aku tengok..ya allah buwuk kot.
52 huhuhuhuhu....ish ish ish...


Ok tanpa buang masa, meh dengar cita dari ladang yang aku dapat yer..

Cerita ini mengisahkan seorang anak tunggal bersama ibu tunggal yang tinggal jauh dari pekan di sebuah penempatan di kampung gadong, mereka anak beranak hidup bersederhana di situ, Mellah ibu kepada zamrin merasa kasihan kepada anakya itu, anaknya mahu baju baru tapi dia tak dapat belikan sebab duit tidak mencukupi, anaknya mahu makan yang sedap-sedap tapi dia tidak mampu...

Oleh kerana semua keinginan zamrin tidak tercapai, zamrin memarahinya sebab apa yang diminta semua tidak ada, dikata miskin kah kita ini? maka mellah pon menjawab "kita tak miskin nak, cuma apa yang zam nak mak tak dapat nak bagi, duit mak pon tak cukup" katanya, sambil menitiskan air mata, hatinya sebak.

Anaknya merajuk, mogok tidak mahu bercakap atau berkata apa-apa terhadap ibunya, dan dilihat anaknya keluar dari rumah sambil mukanya masam mencuka, detik hati kecilnya mula bersuara, kemanakah agaknya dia mahu pergi? Mellah mula risau, dan seketika terkenangkan kata-kata anaknya, 'Miskinkah kita mak?'. Sejak kematian suaminya, semua keperluan yang dia mampu miliki kini semakin terbatas, kewangan makin lama makin menipis, beras, gula, garam, dan semua keperluan di dapur makin habis, bil-bil air, elektrik makin tertunggak, dan hanya tunggu masa sahaja untuk di potong..

Hati mellah makin lama makin tidak tenang, makin risau akan anaknya yang tidak pulang-pulang lagi ke rumah, hari sudah pon hampir petang, dia risau kalau-kalau anakya itu tidak mahu pulang langsung ke rumah, hatinya pon berkata, 'takkan sampai petang pon kau nak merajuk nak? baliklah zam, baliklah', hatinya merintih, merayu agar anaknya pulang kerumah.

Sesudah maghrib mellah masih menanti-nanti akan kepulangan anaknya, risau kalau-kalau terjadi apa-apa terhadap anakya itu, dia ke hulu ke hilir sambil menjenguk ke jendela,

Seketika itu mellah mendengar ada suara memberi salam dan mellah sangat kenal akan suara itu, mellah pon berlari -lari anak untuk membuka pintu, dan mellah pon menjerit kesyukuran kerana anankya, zam akhirnya pulang jugak kerumah, dan melah pon berkata, " kemana je kau pergi zam? kau buat mak risau je lah..mana kau pergi? kau masih marahkan mak lagi ke?" kata mellah sambil menyapu peluh anaknya itu, dan anaknya pon bersuara " ala mak ni, zam tak marah la kat mak, mana de zam merajuk, cuma..." zamrin terdiam seketika da sambil senyum-senyum, mellah hairan dan pelik melihat gelagat nanya itu, lalu dia berkata, " cuma apa zam? cakap tu biala habis.."

Zamrin tersengih sengih macam kerang busuk, lalu dia berkata " cuma zam geram jer ngan mak, dah tau barang dapur semua habis, bil-bil air tertunggak kenapa mak tak guna duit pencen abah?? apa la mak ni..tadi zam gi keluarkan duit kat atm, nah RM 1000 nih, mak pegi langsaikan semua bil-bil tertunggak tuh yer, pastu jangan lupe beli makanan yang sedap-sedap an and baju seluar skali tau mak..tau tau.." kata zam sambil tersengih penuh bermakna.

Mellah menggaru-garu kepala sekejap dan memikirkan tentang wang pencen arwah suaminya, "ya allah, macam mana mak boleh lupa ek? mak telupa pasal duit abah kau tu zam, nape lah mak kau ni boleh lupe sampai macam tu sekali, dah 4 bulan zam mak tak guna duit abah kau tuh.." kata melah sambil tertawa.

Dia ada menyimpan duit pencen arwah suaminya semasa suaminya menamatkan perkhidmatan sebagai seorang polis, tapi malangnya, selepas saja pencen suaminya meninggal dunia, sebabya gara-gara dia ada penyakit lupa melampau, kejadian itu berlaku semasa mellah menyediakan minuman petang terhadap suaminya , selepas suaminya minum tiba-tiba dia merasakan ada tidak kena dan tidak tiba-tiba badan suaminya rebah, lalu dia berkata kepada suaminya, "eh bang bang, napa nie bang? " mellha kerisauan melihat keadaan suaminya itu lalu suaminya berkata " air apa yang kau buat ni mellah? lain macam je?... mellah hairan dan menjawab " air teh la bang air apa lagi. balas suaminya sambik terbatuk-batuk " masa mellah masak air tadi mellah ingat tak air apa yang mellah masak? atau mellah ada tertukar ke dengan botol air yang mellah isi kat perigi hujung depan umah kita? "

Mellah mula hairan dan terkial-kial, dan mula mengingat kembali semasa dia mengisi air di dalam botol tadi. " tak salah mellah, lepas mellah isi air kat perigi hujung depan umah tu tadi, mellah ada letak kat sebelah botol yang isi racun rumput, sebab nak ambik kain-kain jemuran yang dah kering, pastu masa mellah nak ambik botol air tadi mellah tak ingat lah bang mana satu air racun rumput dengan air perigi " kata mellah ingat-ingat lupa.. " mellah pon tak tau yang mana jadi mellah ambik dan tuangkan ke dalam cerek, masa tu hidung mellah sumbat tak dapat nak bau. " kata mellah sambil memangku suaminya yang kelemahan. Maka denga kesal hati suaminya berkata " ya allah mellah, botol air yang kau masak tu air racun rumput la mellah, kau nak bunuh abang ke??" katanya yang semakin nazak.. Mellah kerisauan, dan terketar-ketar, " astagfirullahhalazim, apa ang aku dah buat nih? mellah tak ada niat pon nak bunuh abang, mellah tak sengaja bang, mellah tak tau.." selepas mengucap kalimah Allah, maka suaminya menghembus nafas terakhir, mellah menjerit kesedihan, meronta-ronta kerana tidak dapat menahan sebak di hatinya, dia kecewa kerana penyakit nya itu menyebabkan kematian suaminya.

Mellah teringat akan kejadian malang itu dan sangat kecewa sekali, nasibnya baik kerana memiliki anak yang sangat memahami dan penyabar walau ada seketika merajuk akan penyakitnya. Maka mereka anak beranak kembali normal setelah semua bil-bil tertunggak di lunaskan dan mereka hidup dalam keadaan aman sentosa.

THE END



haaa amacam? layan tak cita tuh? huhuhu, moral of the story, segala apa yang kita lakukan jangan sambil lewa, dan ingat betul-betul tau, jangan jadi macam makcik mellah tu tau, sampai suami sendiri meninggal gara-gara dia pelupa..haishhhh..



Notakaki : susah kalau ada penyakit lupa macam 2, kalau ada cepat2 jumpa doktor kalau tak mahu di gelar pelupa terlampau..

2

Alviss Kong suicide?

Assalamualaikum


Aku ada cerita nak dikongsikan bersama tentang Alviss Kong, ha sapa pulak Alviss kong nih? korang semua sudah baca artikel tentang seorang laki cina yang bunuh diri disebabkan gagal dalam percintaannya? kalau sudah baca tu tak pe lah, kalau ada sapa-sapa yang belum baca tu, meh dekat-dekat sikit, nak habaq mai kat korang pasai mamat nih, kesian aku dengar tentang kisah dia frust dengan awek dia sebab kena reject, bukan 1-2 kali, tapi dah 5 kali kena reject..



Disebabkan oleh hal itu lah kan, maka beliau mengambil keputusan untuk apa? untuk membunuh dirinya secara terjun dari bangunan yang tinggi kat ketumbar heigh, cheras..fuh, mamat nih berani betui erk sampai nak terjun dari bangunan bagai..ish ish..pastu kena kat atas kereta dia sendiri...eeii..seram kot..macam mana ye orang mati macam itu?

ok-ok, kat bawah ni, aku nak bagi sikit kisah-kisah mendiang Alviss kong sebelum beliau pergi meninggalkan dunia nya.. Hasil bahan yang aku nak kongsi ni pun dari email kawan aku.. ok-ok aku malaih nak chakap bebanyak, korang baca la yer, jangan malas pulak!


click untuk gemox-gemoxkan




nanti ada lagi bro, kat facebook dia sempat meninggalkan nota terakhir nya di saat-saat akhir,


klik kat gambar untuk tumbesaran yang sehat



Dan beliau sekali lagi update status terkini lagi di Facebook sebelum beliau membuat keputusan untuk membunuh diri..


klik untuk tumbesaran yang memuaskan



selepas daripada update status beliu, die juga sempat meninggalkan nota terakhir sekali lagi yang berbunyi


klik kat gambar untuk menggem0kkannya




First time i take a pic when i were crying, look sucks..anyway thats the last pic of my mine before i gg =)


the pic when u were slepping today..i really love u



Terharu rasanya setelah mendengar luahan isi hati beliau, kalau korang semua nak tahu nama kekasih hati beliau ialah BinLuii tak silap aku la.. Dan belia(Alviss) ada meninggalkan nota terakhirnya juga di blog beliau sendiri sekaligus memberitahu la kenapa beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri :


klik untuk pembesaran yang drastik


Begitulah cerita yang ditinggalkan oleh nya, dan selepas itu korang tau kan apa jadi?? makna nya dah -------------------------!! Ish ish ish, sampai begitu sekali kan..takkan gagal bercinta je buat keputusan nak bunuh diri.


Binluii+R.I.P Alviss Kong



Aku nak pesan la kat korang, kita sebagai orang islam dilarang sama sekali untuk membunuh diri, korang nak ke masuk neraka? ishh! janganlah, perkara bodoh kot mati kerana seorang perempuan atau lelaki, banyak cara lagi untuk menyelesaikan masalah percintaan itu, tapi orang kata kalau kita dah tak ada jodoh dengan pasangan kita, terima aja lah jodoh pertemuan atau maut semua di tangan Allah kan... Jadi fikir-fikirkan lah ye wahai kawan-kawan ku sekalian!


Notakaki : aku pernah gak frust menonggeng sebab putus cinta tapi tak ade la sampai nak bunuh diri bagai!! GILA+BODOH namanya!!

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Ok aku nak join contest nieh, korang pon nak join? boleh jer ikut syarat2 dia ok :)


Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia. ( op coz ade blog and warganegara malaysia)

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! ( Done)

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". ( dah follow)

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya. (Done)

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.


6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini. (Done)

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011


Nak tau apa hadiah-hadiah nyer, ok scroll down bebeh

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Hadiah pertama :
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah kedua :
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah ketiga : Telekung Travel


Sumpah beb, hadiah semua sangat cantik weh, kalau dapat satu bleh bagi mak aku pakai dulu...huhu

jadi jangan lupa join la ok, sudi-sudi ler ^_^

Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah

Filem : Hantu kak limah balik rumah
Pengarah : Mamat Khalid.
Pelakon-pelakon : Azwan Annuar, Awie Search, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Sofi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian, Azman.

Tak rugi duit aku tengok filem arahan Mamat Khalid, semua filem yang di buat memang best dan gempak! kot, tajuk filem tak lain tak bukan Hantu kak limah balik rumah.

Korang semua dah tengok dah movie ni? sapa belom, angkat dua-dua tangan, pat! haha, yang belom tengok rugi kot, yelah sebab sepanjang cerita nya ada unsur-unsur lawak, ketawa tak kering air li0r..haha sory kalau geli dengar nye :P

Kepada sesiapa yang belom tengok cerita nye lagi, aku bagi sinopsis sikit la tentan itu cerita wokeh..gud.

Sinopsis :

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah




Pelakon dan penyanyi lagenda iaitu awie memang pandai berlakon, miming muka die dah pon buat aku tergelak, lagi best masa die cuak tengok hantu mak/kak limah, haha memang tak boleh blah ar..

Korang kena tengok cita nie weh, janji tak akan menyesal punye, percayalah lah cakap aku nih, tarak tipu la der.

Ni nak promo sikit video filem cerita nih, harap enjoy yer..ahaks


Black Mentor dengan Shila OIAM ??


Panas, panas, panas, !!! Panas apa? bukan panas disebabkan terkena cahaya matahari, tapi panas mendengar cerita konon-kononnya Black Mentor pemenang realiti Tv terkenal iaitu Mentor tunjuk ajar ku sifu tu ada hubungan dengan anak penyanyi tak kurang popular jugak la, iaitu Andy lala, korang semua kenal sapa ana si Andy Lala?? haa sapa lagi Shila OIAM tu lah, Program realiti jugak tapi beliau hanya mendapat tempat ke 3, *(kot)

Hubungan apa tu?? haa denga cerita la bukan aku yang buat cerita nie tau, daripada kawan-kawan aku jugak, mereka cakap black dengan shila ni bercouple, ha couple dah ker? wah black, habis macam mana dengan kekasih hati black tu? dah clash ker? ish3, biasa la kan , dah terkenal di tanah air mesti boleh berpasangan dengan sapa sahaja, kebanyakkan artis-artis memang macam tue, tak hairan la kes yang terjadi pada Erma hashim yang clash dengan Nabil (Raja lawak) disebabkan orang ketiga.. Korang tau sebab apa mereka putus hubungan kan kan? so aku tak mahu lah membebel dah pasal hal mereka.

Nak dikatakan mesra juga la hubungan Black dengan shila nie, sampaikan tengok wayang pon bersama-sama, tapi mereka tak berdua saja, shila ada juga bawa ibu dan adiknya manakala black invite kawannya turut sekali tengok wayang.

Ada satu topik lagi ha nak tau apa? Di restorant mc'Donald Midvalley megamall, masa mereka bersama untuk meng'oder makanan sempat mak shila amanahkan untuk menengok-nengokkan anaknya pada si black, dan si black dengan bangganya menjawab ''ok mak, jangan risau''
haaa 'mak'??? ceng ceng ceng...tettttttt!! hahaa..oh my gosh, betul ke ni apa yang ku dengar??
bukan main lagi ko ye black, belum jadi menantu si Andy lala jangan pulak ko berangan yer..hahaha.. yang si shila ni pulak sempat mencuit manja kat lengan black gitu, wah mesra ye korang, jangan lupa korang tu artis, kalau lebih-lebih orang akan fikir korang ada apa-apa, nanti ada pula masuk paper tentang korang berdua, atau korang memang suka publisiti macam itu?? haha..

Entahlah aku hanya mendengar sotset orang bercerita kepada aku, terpulang kepada anda semua mahu percaya atau tidak, sama ada fakta atau auta aku pon tak tahu jugak...

ok la semua, sekian saja cerita aku nie, kalau ada apa-apa yang tak puas hati, jangan segan silu untuk komen kat box komen di bawah ini yer...salam, bye2.. peace no war!

Award Follower



yang ni aku dihadiahkan oleh bella sebab aku follow blog die, yelah lebih 100 follwer die cakap nak hadiahkan award nie kat sapa2 yang dah follow, faham tak ape yang aku cakap nih?? kalau faham gud ^_^ v !

Lepas itu di sediakan soalan pula der, ok tak apa aku sedia menjawabnyer ea

Slogan untuk blog dia ialah : Blog kamu memang cantik di mata sayer, dan saye nak3 lawat blog kamu sentiasa, kalau boleh tiap-tiap hari :P

Tag Lagi

Kali ini aku di tag lagi by Feqah or Tqah, thanks beb ^_^


'' Once you have been tagged, you are suppose to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know about you.''


~Nama saya Nana~
~dilahirkan di Malaysia yang makmur~
~suka senyum~
~suka ketawa~
~suka bergurau~
~suka menyanyi~
~suka melancong~
suka memasak~
~suka photografi~
~suka tengok wayang~
~suka bershopping~
~suka surf dan online internet~
~sayang negara tercinta~
~sayang keluarga~
~sayang kucing dan binatang jinak~
~sayang kawan-kawan~
~sayang diri sendiri~ haha
~seorang peramah~
~seorang ceria~
~seorang yang degil~
~seorang yang nakal~ ye kew?? :P
~tak suka menunggu~
tak suka bangga diri~
~tak suka orang penipu~
~tak suka orang berlagak sombong/bodoh~



Ok done semua ke 25 tentang aku..rasa macam ada lagi tuh but dia kata nak 25 jer, tak apa cukuplah nanti lebih-lebih marah pulak kan..haha

eerm nak tag sapa erk? aduh malas pulak aku, aku tag yang selalu Bw aku je lah yer..huhu

Sambutan Hari Jadi Sayep


Di raikan hanya ala kadar bersama Ibu saya yang terchinta dengan adik laki-laki ku yang mushuk bebeno..haha :P


2 December 2010, genaplah umo sayep yang ke 23, haih apsal la copat betul masa belalu ni jang? ese ase ese mudo je ase kan kan..haha. Aduy dah tu-o aku gupenyew, pojam celik pojam celik nampak antu eh eh bukan pojam celik pojam celik dah bulan december, tahun dopan dah 2011, nape tak 2009 ke? 2008 ker? hahaha..tetibe je nak umo makin ke bawah, ( *tak sodar diri lagi dah tu-a)

Tahun ini tak de la sambut dengan besar-besar macam dahulu kala yang satu jiran dan satu rumah dan satu saudara mara sepupu sepapat datang meraikan hari kelahiran ku, walaubagaimanapun sambutan tahun ini kira syukur alhamdulillah la, ada juga adikku yang sudi mudi mengingati tarikh lahir ku pada 2 december(semalam).

Walau hanya kek saja dihadiahkan oleh nye namun aku merasa sangat gumbira yang tak terkata kata. Thanks ye dik sayang k0 walau sebenarnye k0 tak sayang aku pon..haaha ( cedey)



ini dia kek diberi nama Blackforest Cheese cake
dr Secret's Recipe

(sooooo delicious wehhhh)




Lagi satu nih, aduy pantang betol aku bile tetibe mengspoilkan mood aku nih kan..x beradab betiuh huh nyampak gedikses pon ader gak si adik aku nih
dok best tangkap gamba di nyeb0k pulak nak bergambaq, haih rimas ese di bueknyo..aduy

ni gamba dia sebelum aku belum tiup lilin kek lagi, nyampases !


ko lapow ker dek?? aduy ponin aku


Haaha, macam-macam pe'eL betul la adik ku sorang nie, takpe lah asalkan aku dan dia happy go yeppy ye dek? huhu.
Aku harap tahun nie dan tahun depan dapatlah menjadi seorang yang lebih matang dan sukses dengan apa yang aku lakukan, lebih maju, lebih berkeyakinan, lebih bermotivasi..cewahhh wah wah..huhu



My _ Minutes Survey

Oh, tagging tag Tagged

1st time di tag untuk jawab soklan dari cik Rara yg ciut miut tuh..haha
so tanpa membuang waktu or masa, aku kena lah menjawab soklan-soklan yang diberi

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions
honestly. No lying or cheating.
Starting time : 4.11 pm



Name : Farhana

Brother(s) : 2

Eye color : Brown dark
Shoe size : 9 (sandal size: 10) haha (besar betoL)
Hair : Half long
Piercings : yes (ear)
Height : 166cm
What are you wearing right now : T-Shirt and short pants
Where do you live : Kuala Lumpur, pantai dalam
Favorite number : 3
Favorite drink : Milo and Ice lemon tea
Favorite month : December
Favorite breakfast : Tuna Sandwich


-Have you ever-

Broken a bone : No

Been in a police car : No

Fallen for a friend : YES
Fallen for a guy/girl in a short period of time : No
Swam in the ocean : Tak pandai sangat
Fallen asleep in school : Sometimes
Broken someone's heart : Twice
Cried when someone died : Sometimes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : No
Saved e-mails : Yes
Been cheated on : Sometimes


-What-

Your room look like : Messy
What is right beside you : Sofa
What is the last thing you ate : Toast bread


-Who-


Who did you last yell at? : My brother (adik bongsu aku, haha)
Who was the last person you danced with? : No body
Who last made you smile? : My Mom ^_^


-Final Questions-


What are you listening to right now? : Hujan songs-Inspector Remos
What did you do today? : Chatting.Online.reading.Listening music.Karaoke
Are you the oldest? : Tertua? Not really
Indoors or outdoors? : Both


-Today did you-

Talk to someone you like? : No
Kiss anyone? : No
Sing? : 3 hour ago
Talk to an ex? : Never
Miss someone ? : Yes
Eat? : Fried rice


-Last person who-


You talked to on the phone? : Best Friend
Made you cry? : My Ex Boyfriends
Went to the movies with? : Family
You went to the mall with? : Friends
Who cheered you up? : Mother


-Have you-


Been to Mexico? : Never
Been to USA? : Never


-Random-


Have a crush on someone? : Not yet
What books are you reading right now? :Love is Amazing by Sophie
Best feeling in the world : Fall in love
Future kids name? : Dont know ( belum fikirkan pon)
Do you sleep with a stuffed animal? : Nop
What's under your bed? : Tiles
Favourite sport(s) : Badminton
Favourite place : Oceans
Who do you really hate? : Bitchy
Do you have a job? : Yes (tanam anggur, haha)
What time is it now? : 4.45 PM


With however long it took you to complete this,
post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people.



Orait, Done all that, now please take this tag ye kenkawan Cik shabah, najihah, Eika, emieysandra, dak eina, cik asyraf, eira, diea, daisy, Marlina roslee, mia liana, mr nakal, nawa, nora, cik belalang

Jawapan haruslah jujur dan benar yer kengkawan..don't lie-lie taw :)