Ana Raffali pemenang AJL 25

Assalamualaikum



Hidup sekarang penuh busy, sampaikan tiada masa untuk menulis di blog kesayanganku ni,
singgah sekejap tengok rumah banyak habuk-habuk and bersawang sana sini..ish ish ish.. kalau ada pembantu kan senang, kemas and bersih rumah aku ni kan kan..huhu


Ana Raffali with Aidit Alfian, kongsi kemenangan bersama


Ramai yang sudah maklum tentang kemenangan yang di miliki oleh gadis manis yang berbaju kurung yang lain tidak bukan ialah Ana Raffali, memang mengejutkan bila karya sepenuhnya ciptaan beliau diumumkan sebagai juara lagu ke-25 (AJL 25) yang berlangsung pada hari ahad lalu.

Ramalan ramai pihak nampaknya tersasar jauh dari apa yang mereka sangka-sangkakan,
yelah sebab lagu 'Tolong Ingatkan Aku'' oleh Ana Raffali bukan lagu kegemaran dari setengah pihak untuk di nobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan lagu yang cukup berprestij itu.

Kalau kita tanya pada salah satu atau sebahagian besar peminat dan pencinta muzik tempatan
rata-rata mereka meramalkan lagu ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir iaitu Hanyut, Cinta Sempurna hasil ciptaan Yuna yang layak untuk dipilih sebagai juara.

Namun pihak juri telah merungkaikan segala keresahan yang dialami pada semua artis yang bertanding, kalah dan menang telah menjadi suatu adat, itu telah membuktikan bahawa semua lagu-lagu yang bertanding adalah sama hebat dan sangat berbakat... Ana Raffali juga membuktikan bahawa lagu ciptaan nya cukup berbakat dan independent.

Tetapi sayangnya tidak semua suka atas kemenagan beliau, mana tidaknya sebaik sahaja lagu itu diumumkan sebagai juara oleh tiga pengacara AJL25 iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penonton di stadium tidak menunggu lama untuk bersorak ‘boo’ kepada keputusan tersebut.

Malah, belum pun sempat Ana menyampaikan semula lagu kemenangannya di akhir acara, ramai juga yang sudah mengangkat kaki seolah-olah menunjukkan tanda protes dan tidak puas hati. Tidak mengapa Ana, suatu hari nanti kamu pasti dapat membuka hati mereka yang lagu ciptaan kamu itu tidak sia-sia dan akan dipuji...Insyaallah.


0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen