Dua ribu sebelas, tahun baru apa yang baru?

Assalamualaikum


Sekarang kita dah masuk tahun baru kan, so semua nak baru rasa-rasanya lah, tapi aku tak tahu apa yang baru bagi dua ribu sebelas (2011) nie, orang kata macam-macam lah baru, nak rumah baru pon boleh, kereta baru pon boleh, kerja baru pon boleh dan yang special nya ialah kekasih baru pon boleh juga..hahaha..lawak, boleh ke macam tu? ''kekasih baru''? what? tak mungkin kot sebab aku nie seorang yang setia pada yang satu, tapi ada kala logik juga, sebab sampai bila mahu solo kata omputih, hm..

Apa-apa dulu aku mahu cakap kat korang semua Selamat tahun baru 2011

Ok, berbalik pasal cerita tentang kekasih, ya aku mengaku, sekarang hati aku telah dicuri oleh seseorang, buat masa ini kami jauh, tak tahu bila masanya kami akan dapat berjumpa tapi Insyaallah, suatu hari nanti dengan takdir tuhan, aku pasti akan dapat jumpa dia....insyaallah, aminn.

Sekarang tahun 2011 ni, umur aku dah 24, masyaallah, makin meningkat usia jugak aku rupa-rupanya..haha. Azam tahun ini hanya satu saja, ingin menjadi seorang wanita yang berjaya dalam hidup.. haa..macam bajet je kan..lantaklah aku punya azam. Korang peduli apa kan, maaf kalau ada yang terasa.


p/s: Azam korang tahun 2011 apa pulak? share2 la an an..jangan sombong2 ^__^


2 kaki komen

Mat Ganu said...

semoga dipertemukan dengan insan yg mencuri ahtimu itu...hehehe

nub said...

salam 2011!! heheh

Klik Sini Untuk Komen