Siapa juara AJL25 nanti?

Assalamualaikum

Semoga korang sihat-sihat selalu apa-apa pon ok :)

Kali ini aku nak bercerita sikit mengenai Anugerah Juara Lagu yang ke dua pul0h lima atau dikenali sebagai AJL 25, apa yang best sangat? entah..haha, macam nie, sebenarnya aku excited sangat sebab nak tahu siapa yang bakal menang juara AJL tu, jangan ingat aku ni tak mengikuti muzik-muzik yer, sebab setiap minggu aku dok tepacak kat depan tv untuk tengok muzik-muzik channel 3 atau TV3...Bila dah buat AJL of coz la aku nak tahu siapa pemenangnya

Para peserta pon hebat-hebat belaka weh jangan kata tak hebat, kita ada Faizal tahir, Yuna, Bunkface, Hujan, A.P.I, Ana Rafali, Shahir, Hafiz, Black Mentor, Adira AF dan lain-lain aku tak ingat, maaf.. Semua nya bagus-bagus belaka, suara pon amat bagus sekali, kita patut merasa bangga kerana mempunyai penyanyi-penyanyi yang sungguh berbakat di malaysia nie, malah semua nya orang melayu kita sendiri, bangga kan? haa..

gambar yang ini original tau, diambil dari teman istimewaku..cewahhh.
Faizal masa nie tengah pose sekejap, tengah wat rakaman iklan perfume SG Men Rock
untuk TV3


Ana Raffali dengan gitarnya, manis berbaju kurung membuat aku terpesona
dengan kejelitaannya..cantik kan?



Jadi, sebagai penyokong penyanyi tanah air kita ini, tak salah kalau aku amat menyokongi, *cehh ayat aku tak bleh bla pulak, atau mengsupport Faizal Tahir dan Ana Raffali, walaupun mereka berdua nie berbeza, tapi mereka mempunyai vokaly yang tersendiri yang membuatkan aku tertarik..fuhh..harap-harap salah satu diantara mereka menang..hopefully...aminn.

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen