Krisis Darurat di Mesir semakin serius


Di mesir sekarang ini makin teruk dengan krisis darurat dan rusuhan-rusuhan yang berlaku di bandar itu. Dan yang lebih membimbangkan lagi seramai 6000 atau lebih pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal disana.

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini di inspirasikan daripada revolusi tunusia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunusia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah ditaktor yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mugkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah yang kejam, suka merampas harta-harta rakyat dan pembelot atau bersukutu dengan US dan juga menyokong Israel lahnat!



Rusuhan dan huru-hara hampir di semua tempat di mesir


Rusuhan di merata-rata tempat, ramai terkorban dan cedera parah, Orang awam bertempur dengan polis
Orang tak bersalah pon jadi mangsa.



Internet, Telefon/ Handphone line di sekat

Dah beberapa hari internet dan talian telefon bimbit serta servis blackberry di sekat oleh kerajaan Mesir, kes ini amat menyukarkan warga-warga mesir, malaysia, dan semua negara yang tinggal di sana.

Ini amat membimbangkan ramai ibu bapa di malaysia yang merisaukan anak mereka di mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu apa perkembangan dan keadaan terkini di sana.



Seramai 5000 banduan terlepas dari penjara

Amat memeranjatkan bila banduan-banduan yang telepas dari penjara seramai 5000, bayangkan apa akan jadi di bandar mesir jika mereka akan melakukan perkara yang tidak diingini. Ini amat berat sekali kes sebegini dan terbesar setakat ini, tambahan pula mereka adalah sangat ganas.




Pelajar Malaysia dirogol dan di rompak?

Astagafirullahhalzim, berita ini amat menyedihkan bila ada pelajar perempuan Malaysia di rogol dan dirompak di cairo. Ada juga rumah yang mereka didiami diceroboh. Ini akan menyebabkan mereka tinggal didalam ketakutan.

Pihak kerajaan Malaysia harus memandang serius atas kes ini, kerana ia melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri.



Kes darurat dan krisis tempat tinggal dan juga makanan

Ini amat menyukarkan bagi pelajar-pelajar dan warga Malaysia untuk mencari tempat tinggal dan juga makanan, mana tidaknya, habis rumah yang mereka didiami kena ceroboh, kena bakar dan lain-lain hal lah lagi.

Makan lagi lah susah, mana ada kedai-kedai atau restoran-restoran mahu beroperasi dalam keadaan yang sebegitu? tiada siapa pon yang berani.



Balai polis, Lapangan terbang, kereta di serang dan dibakar


Tak habis dengan rumah diceroboh dan dibakar, lapangan terbang juga tidak terlepas dari serangan, segala urusan penerbangan terpaksa di batalkan di atas sebab-sebab keselamatan orang ramai.

Balai-balai polis, kereta serta kenderaan di jalan raya turut dibakar oleh perusuh, ada juga insiden pihak tentera melanggar perusuh-perusuh tersebut dengan kereta.



Jadi pada Blogger-blogger dan anda yang membaca artikel ini, harap di sebarkan maklumat ini pada kawan-kawan yang lain, tak kisah la di facebook, twitter, myspace, atau blogger masing-masing kerana kes ini amat serius sekali.

Kita sangat berharap pihak kerajaan Malaysia memandang serius atas kes sebegini demi menyelamatkan warga Malaysia di Mesir.


1 kaki komen

nub said...

semoga ALLAH menlindungi mereka..
doa banyak2 k..

Klik Sini Untuk Komen