Tsunami di Jepun


Assalamualaikum semua, peace upon you all ^_^

Mesti korang dah tahu berita mengenai tsunami yang berlaku di jepun baru-baru ni kan? MashaAllah, dasyat sungguh, mana tidaknya gempa kuat yang lebih kurang 8.9 skala richter telah mencetuskan tsunami di jepun yang tinggi nye lebih kurang 10 meter.. Korang bayangkan la tinggi mana ombak tu ok.

30 juta rakyat di bandar tokyo telah dilanda gegaran yang kuat di sebabkan gempa itu. And korang bayangkan macam mana rasanya bila korang berada dalam bangunan kat bandar tokyo tuh? aku rasa macam nak hantuk-hantuk kat dinding dah sebab terlampau takut, masa tu mintak nyawa je la..haha

Warga Malaysia yang berada di jepun dijangka selamat dan tiada kecederaan mental ataupun fizikal, lebih kurang seramai 207 pelajar Malaysia juga dilaporkan selamat. Alhamdulillah. semoga tiada apa-apa kecelakaan yang melanda warga-warga malaysia kita di sana yer, amin.

Dan dibawa ini aku sempat nak share kat korang gambar-gambar akibat gempa yang aku perolehi dari website yang aku search sendiri.



kebakaran teruk akibat tsunami






gambar ini ialah loji nuklear yang terbakar akibat gempa bumi


selain itu, amaran Tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia, dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami pasifik.

So, please pray for japan and all that country supaya mereka sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera amin.

Sekian, wassalam.

1 kaki komen

cha zainol said...

ya rabbana. insaflah manusia.

Klik Sini Untuk Komen