Gegaran sederhana di rumahku

Assalamualaikum

Fuh, nasib baik tak ada apa-2 yang berlaku hanya gegaran sederhana kecil kat rumah pukul 11 pagi tadi (14 jun 2011) .
Bayangkanlah kalau dah duduk flat , mesti la terasa gegaran gempa bumi kat sumatera indonesia. Rasa-2 nya pukul 8 pagi ada ada gempa bumi di negara itu.

Rasa mengigil sekejap tadi , sampai keluar dari rumah sebab ketakutan , takutla kalau-2 terjadi apa-2 ke kan. Tadi memang tak ingat apa-2 dah, sehelai sepinggang tadi aku keluar... takut punya pasal.

Dalam 1 jam kemudian barulah aku naik balik rumah, sebab tiada apa-2 keretakkan atau runtuh ke.

Syukurlah alhamdulillah sebab tiada apa-2 berlaku termasuk kawan aku sekali, dia pulak tengah syok sangat tido, nasib baik aku call dia , kalau tak, aku tak tahu apa akan terjadi kat dia..




p/s : takot sampai sanggup keluar dalam keadaan serabai..hahahha

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen