Juvana


Assalamualaikum all

Cerita drama ni memang aku tak pernah miss , stiap hari i
snin jam 9 malam
mesti aku dah duduk mengadap tv channel 103 , yelah aku kan pakai Astro sebab tu 103, kalau dulu-2 channel 3 . . haha :D

cerita tu macam kisah remaja-2 sekolah yang buat jenayah , contohnya bulylisme ? haha,
tak tak bukan bulylisme , merapu je haku kan ? sebenarnya bullying . .maksudnye membuli budak-2 sekolah , sampai bergaduh , lebam sana, lebam sini , berdarah sana, berdarah sini .




Bila tertangkap polis, mereka akan di masukkan kedalam satu pusat khas dimana mereka akan di kaunseling supaya menjadi budak yang baik . (kalau boleh jadi budak yang baik) :D
pelakon yang memegang watak dalam cerita Juvana yang aku minat ialah - Zahiril Adzim sebagai Daim . . hehe .

Ok kisah si daim nie , dia telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya . Selepas itu , daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan
semasa umurnya 17 tahun .

kesian dia kan tak pasal-2 kena masuk sekolah pemulihan akhlak . .padahal dia tak bunuh pon.
Pelakon yang tak kurang hebat jugak - Johan Ariff (BOTAK) memang menjadi watak yang dilakonkan..pergh memang gengster doh . . silap sikit, mau pecah kepala dibuatnya .

Nasib baik belakon je weh , kalau betul-2 macam mana ? mesti dia cakap '' gua tak kira lu abang long ka, ayahnde ka , kl ni gua pegang'' . . .. HAHA :D
kisah dia pon kadang kesian jugak aku tengok , Botak ialah seorang remaja berusia 17 tahun,
anak luar nikah yang menjadi mangsa dera bapak dia yang kaki botol (minum arak).
Akhirnya botak suka sangat memberontak dan suka membuli .

Orang dulu-2 kala pernah menasihat pada ibu-bapa , melentur buluh biar pada rebungnya , kalau kita didik anak-2 kita menjadi orang yang baik, berguna , maka baik dab berguna la dia, kalau kita didik dia jahat, suka pukul, dera , maka jahatlah dia, suka pukul dan dera orang atau bakal anak-2 dia nanti . .

Ok lah , penat jugak aku menaip ni...almaklum la, dah lama tak menaip, atau nak mengupdate di blog , hahaha :D , ada masa nanti , aku update lagi yer . bye-2 . .



notakaki : mendidik anak-2 kearah kebaikan bukan keburukan

1 kaki komen

Muhammad Saffuan said...

aku minat jugak cerita ni.... tgk kat tonton, sbb selalu tak sempat nk tgk...

Klik Sini Untuk Komen