Kehidupan yang menceriakan

Hari ini hidupku telah berubah, yang dulunya sepi tanpa teman, yang dulunya gelap tanpa pelita, yang dulunya senyap tanpa bunyi . Kini semuanya ada , dengan pelita yang menyinari hari-hariku, dengan bunyi yang memecahkan kesunyian dengan suara-2 nya yang ceria , menemaniku disaat-saat ku kesedihan, kedukaan , kegembiraan .

Aku bersyukur kerana masih lagi ada seorang insan yang menerimaku apa adanya , tanpa mengira siapa aku , darjat aku , mahupun harta ku . Dia juga menerimaku walau aku sebegini, walaupon tidak secantik artis-2 wanita yang bertubuh menawan .




Aku sedar siapa diriku , namun begitu, dia , memilihku dengan hati terbuka .

Aku sangat berterima kasih kepada tuhan , kerana memberi seorang lelaki yang sangat menyukaiku, walaupun sebenarnya hatiku ini ada pada orang lain .
Namun , andai ditakdirkan aku dengannya , aku redha dan pasrah dan menerima dia seadanya juga.

Dia , seorang yang lurus , kadang kala melucukan . Kata-2 dia boleh mebuatkan kawan-2 nya tergelak . dan ada kalanya juga membengang kan..hahaha :D

Tapi , hati dia murni dan ikhlas. Dia juga tidak pernah menyakiti hati orang atau kawan-2 nya.

Aku harap , perhubungan aku dengannya berkekalan sampai bila-2 , insyaAllah , Aminn





notakaki : Terimalah seseorang itu seadanya kerana kita semua bukanlah sempurna

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen