Kisah Mentega Golden Churn Tidak Halal

Salam Semua ,

Pasti ramai yang dah tahu kan pasal mentega GCB ( Golden Churn Butter ) yang tak halal. Ramai juga dah ceritakan kat post-2 entry masing-2 tentang kes ni , Haih kesian kat warga-2 sarawak yang meniaga kek lapis merasa kecewa kerana mentega atau butter yang mereka gunakan adalah tidak halal.

Nak tahu lebih lanjut sila baca di bawah ini sampai habis ye, JANGAN MALAS !











KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


sumber: Berita Harian


klik pada gamba untuk tumbesaran



Lepas ni memang susah la diorang nak cari makan..hummm




p/s : alamak, bulan lepas aku ade ke sarawak jalan-2 sana, singgah kat butik kek lapis and rasa kek-2 kat sana,,,gulpp!! macam mana tu ??? =.=''

20 kaki komen

Chuu Muqhlis said...

kesian kat para usahawan., perniagaan terjejas ..kan kan kan?

Nizam Ijam said...

sian kan..abis buang kek2 tu

Gen2Merah said...

nampaknya kita pengguna kena lebih berhati2 dalam pembelian lepas ni..

Hanis Azla said...

mmg kesian pana peniaga tu kan.. semoga makanan2 kita terdiri dari sumber dan bahan yg halal hendaknya..

Chuu Muqhlis said...

duet raya berkurangan la nmpaknye hihihi

AdaApe..? said...

kesian kat dorang sume...

najihah sahami said...

yakin je..k...masa tu kan xtau lagi..hehe

Qaseh dalia adelia said...

hati2 pas ni

tomatokering :) said...

errkk kami pon beli kek lapis ritu risau dh nk mkn. ade lg skit

sop said...

kena tukar mentega lain la bg pengusaha kek lapis sarawak..
nasib baik x pernah guna mentega tu.. :)

ekmal said...

camne la stok2 kek lapis tu...

kaizen said...

yg dah lepas xpe.. kalo ade lg dah was2 ni xleh la makan...

*pasnih kne beli makanan yg dha ade cop je laa

~+aSma dAud+~ said...

nasib baik bukan anak peniaga kek serawak..kalau tak mesti mak kasi duit raya kurang tahun ni..hope ada rezeki lain buat peniaga peniaga tu..

MataHati @ MH said...

nasib baik kat terengganu tak der masuk brand ni.. aiyakkk

Yann Mazian said...

huhu.. tu lah... mmg kesian kat peniaga kek lapis kat sarawak skrg ni.. dh ramai tak berani nk order.. huhu

sitihanisahali said...

kesian kat dorang sebab tu sunber rezeki dorang kan.tp nasib baik saye tak pernah makan!hehe.

Amirrah Zawani said...

i tak penah guna butter ni.. selalu guna buttercup.. heee :)

EpoLღsiKunang2 said...

agaknya dah banyak mana orang telan butter tu bertahun-tahun. :D

tomatokering :) said...

tak update ke yunk ? :(

~Chocolate Strawberry~ said...

sebaik xpenah mkn huh lega :)

Klik Sini Untuk Komen