Thaipussam Day

Salam semua

Wah seronok dapat cuti 1 hari sempena hari Thaipusam ni, bukan aku nak menyambut pon sebab aku bukan warga india ok..so jangan nak memandai mandai buat andaian sendiri..

Bukan apa seronok sebab dapat merehatkan diri atau merilekskan diri di rumah, apa kata orang? rumahku syurgaku..kan kan..haha. kena sangat la denga ayat tu kat aku ni ha, letih otak sebab memikirkan budak-budak tadika yang aku 'handel'kan kat tadika..Almaklum la aku sekarang dah jadi pembantu cikgu katakan..haha * poyo.



So, bile dah boring kat umah tak ada keje, aku apa lagi, on9 saja lah jawabnya, sempat la jugak 'usha' gamba-gamba kawan india aku yang menyambut thaipusam tu, wa cukup interesting tau, ada yang ke Batu Cave..Dan ada segelintir orang india sana yang mencucuk pipi menggunakan sejenis lembing atau besi panjang..eeee tak sakit ker? dasyat aku tengok, menggerunkan pon ader. Tak sanggup tengok lama-lama terus tutup je gamba tu.

Apa-apa pon aku nak ucap selamat menyambut Hari Thaipusam pada mereka yang menyambutnya..especially pada kaum-kaum india lah..


notakaki : malas mau keje esok..apadaaaa...

Ana Raffali pemenang AJL 25

Assalamualaikum



Hidup sekarang penuh busy, sampaikan tiada masa untuk menulis di blog kesayanganku ni,
singgah sekejap tengok rumah banyak habuk-habuk and bersawang sana sini..ish ish ish.. kalau ada pembantu kan senang, kemas and bersih rumah aku ni kan kan..huhu


Ana Raffali with Aidit Alfian, kongsi kemenangan bersama


Ramai yang sudah maklum tentang kemenangan yang di miliki oleh gadis manis yang berbaju kurung yang lain tidak bukan ialah Ana Raffali, memang mengejutkan bila karya sepenuhnya ciptaan beliau diumumkan sebagai juara lagu ke-25 (AJL 25) yang berlangsung pada hari ahad lalu.

Ramalan ramai pihak nampaknya tersasar jauh dari apa yang mereka sangka-sangkakan,
yelah sebab lagu 'Tolong Ingatkan Aku'' oleh Ana Raffali bukan lagu kegemaran dari setengah pihak untuk di nobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan lagu yang cukup berprestij itu.

Kalau kita tanya pada salah satu atau sebahagian besar peminat dan pencinta muzik tempatan
rata-rata mereka meramalkan lagu ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir iaitu Hanyut, Cinta Sempurna hasil ciptaan Yuna yang layak untuk dipilih sebagai juara.

Namun pihak juri telah merungkaikan segala keresahan yang dialami pada semua artis yang bertanding, kalah dan menang telah menjadi suatu adat, itu telah membuktikan bahawa semua lagu-lagu yang bertanding adalah sama hebat dan sangat berbakat... Ana Raffali juga membuktikan bahawa lagu ciptaan nya cukup berbakat dan independent.

Tetapi sayangnya tidak semua suka atas kemenagan beliau, mana tidaknya sebaik sahaja lagu itu diumumkan sebagai juara oleh tiga pengacara AJL25 iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penonton di stadium tidak menunggu lama untuk bersorak ‘boo’ kepada keputusan tersebut.

Malah, belum pun sempat Ana menyampaikan semula lagu kemenangannya di akhir acara, ramai juga yang sudah mengangkat kaki seolah-olah menunjukkan tanda protes dan tidak puas hati. Tidak mengapa Ana, suatu hari nanti kamu pasti dapat membuka hati mereka yang lagu ciptaan kamu itu tidak sia-sia dan akan dipuji...Insyaallah.


Siapa juara AJL25 nanti?

Assalamualaikum

Semoga korang sihat-sihat selalu apa-apa pon ok :)

Kali ini aku nak bercerita sikit mengenai Anugerah Juara Lagu yang ke dua pul0h lima atau dikenali sebagai AJL 25, apa yang best sangat? entah..haha, macam nie, sebenarnya aku excited sangat sebab nak tahu siapa yang bakal menang juara AJL tu, jangan ingat aku ni tak mengikuti muzik-muzik yer, sebab setiap minggu aku dok tepacak kat depan tv untuk tengok muzik-muzik channel 3 atau TV3...Bila dah buat AJL of coz la aku nak tahu siapa pemenangnya

Para peserta pon hebat-hebat belaka weh jangan kata tak hebat, kita ada Faizal tahir, Yuna, Bunkface, Hujan, A.P.I, Ana Rafali, Shahir, Hafiz, Black Mentor, Adira AF dan lain-lain aku tak ingat, maaf.. Semua nya bagus-bagus belaka, suara pon amat bagus sekali, kita patut merasa bangga kerana mempunyai penyanyi-penyanyi yang sungguh berbakat di malaysia nie, malah semua nya orang melayu kita sendiri, bangga kan? haa..

gambar yang ini original tau, diambil dari teman istimewaku..cewahhh.
Faizal masa nie tengah pose sekejap, tengah wat rakaman iklan perfume SG Men Rock
untuk TV3


Ana Raffali dengan gitarnya, manis berbaju kurung membuat aku terpesona
dengan kejelitaannya..cantik kan?



Jadi, sebagai penyokong penyanyi tanah air kita ini, tak salah kalau aku amat menyokongi, *cehh ayat aku tak bleh bla pulak, atau mengsupport Faizal Tahir dan Ana Raffali, walaupun mereka berdua nie berbeza, tapi mereka mempunyai vokaly yang tersendiri yang membuatkan aku tertarik..fuhh..harap-harap salah satu diantara mereka menang..hopefully...aminn.

Dua ribu sebelas, tahun baru apa yang baru?

Assalamualaikum


Sekarang kita dah masuk tahun baru kan, so semua nak baru rasa-rasanya lah, tapi aku tak tahu apa yang baru bagi dua ribu sebelas (2011) nie, orang kata macam-macam lah baru, nak rumah baru pon boleh, kereta baru pon boleh, kerja baru pon boleh dan yang special nya ialah kekasih baru pon boleh juga..hahaha..lawak, boleh ke macam tu? ''kekasih baru''? what? tak mungkin kot sebab aku nie seorang yang setia pada yang satu, tapi ada kala logik juga, sebab sampai bila mahu solo kata omputih, hm..

Apa-apa dulu aku mahu cakap kat korang semua Selamat tahun baru 2011

Ok, berbalik pasal cerita tentang kekasih, ya aku mengaku, sekarang hati aku telah dicuri oleh seseorang, buat masa ini kami jauh, tak tahu bila masanya kami akan dapat berjumpa tapi Insyaallah, suatu hari nanti dengan takdir tuhan, aku pasti akan dapat jumpa dia....insyaallah, aminn.

Sekarang tahun 2011 ni, umur aku dah 24, masyaallah, makin meningkat usia jugak aku rupa-rupanya..haha. Azam tahun ini hanya satu saja, ingin menjadi seorang wanita yang berjaya dalam hidup.. haa..macam bajet je kan..lantaklah aku punya azam. Korang peduli apa kan, maaf kalau ada yang terasa.


p/s: Azam korang tahun 2011 apa pulak? share2 la an an..jangan sombong2 ^__^