Dilarang Menggunakan Cellphone Semasa di Charge!

Assalamualaikum

Kali ini saya nak beri nasihat pula kepada anda-anda diluar sana yang mempunyai telefon bimbit atau hand phone atau cellphone. Almaklum la, sekarang ni kan ramai manusia yang menggunakan gajet ni, rasa-rasanya semua negara dah menggunakannya kan..Tapi tak semua la, ada juga setengah negara yang masih tak mampu untuk membeli telefon bimbit yang canggih manggih ni kan.. Kita yang mampu haruslah bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan sebegini.

Ok, saya tak nak la cakap panjang lebar takut kamu rasa bosan pulak nanti..haha

Berbalik pada tajuk saya tadi, pasti ramai yang tidak tahu tentang bahayanya ketika menggunakan hand phone semasa di'charge baterinya, kalau pada sesiapa yang sudah tahu tak mengapalah, yang mana tidak tahu tu, saya akan bagi nasihat sikit pada anda yer.

Sewaktu anda 'bergayut' menggunakan hand phone dan ketika itu anda meng'charge bateri phone itu, tahu tak bahawa ada cas-cas macam elektrik boleh mengakibatkan handphone anda itu terbakar dan meletup.

TAK PERCAYA KER?

scroll down untuk maklumat lanjut
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




see, kan dah melecur tangan tu

kejap, ada lagi yang anda harus tau

v
v
v
v
v
v
v
v
v

habis terbakar hand phone semasa di'charge



So, anda dah lihat sendirikan betapa bahayanya ketika handphone digunakan sewaktu charge bateri..

Kalau anda tak ambil peduli lepas anda membaca entri ini, tak mengapa, sebab saya memang tidak akan bertanggungjawab jikalau anda menerima nasib seperti gambar di atas.

Mahu menerima nasib semedikian rupa? jom la ramai-ramai kita pakat guna hand phone masa kita charge bateri phone kita, nanti boleh la kita sama-sama buat gathering kat hospital, kan meriah tu? leh upload gamba kat facebook nanti, ok tak idea nie? HAHA!

Skate Rock Camp Fest

Assalamualaikum

Macam-macam kita dah dengar pasal negara orang kena rusuhan la, bom la apa la, sekarang kita jangan fikir sangat tentang itu semua untuk seketika, apa kata kita hilangkan tension or segala kekacauan yang ada pada diri kita ke festival rock skate camp di Challenge Park Putrajaya, presint 5 yang akan diadakan pada sabtu and ahad (26-27 hb februari), dari pukul 12.30 tengahari - 10.30 malam.




Seramai 50 orang skaterz-skaterz, 100 orang cyclist and 40 ahli kumpulan muzik or band2 indie yang ada di sana.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir kesana kerana pelbagai pertunjukkan yang menarik untuk korang semua. Oh ye, satu lagi, kalau korang ada skateboard ke, bmx ker, fixie tent ker apa kata bawa je kesana, mana la tau korang nak tunjuk bakat korang ker..haha..
Masuk adalah percume ye, makanan sdn.bhd....hehe

Senarai Band-band yang akan perform :

+THY REGIMENT
+DRIVEN
+THIS SUNDAY
+COLLAGES
+PLAGUE OF HAPPINES
+DEAD EYES GLOW
+AZURA FOR JANNE
+BIZHARO
+P.S.B
+CHASING VILLAINS
+DESTRUCTION ZERO
+BERAYAL CONFLICT
+ELEGY
+HORRYFIED
+SECOND COMBAT
+Y2K
+SECRET TYPE
+BLITZ
+SNEAKY SNIPER
+ARSONIST
+DRAGON RED
+dan ramai lagi



notakaki : aku datang untuk support band kawan aku jer iaitu secretype....hehe *wink

Krisis Darurat di Mesir semakin serius


Di mesir sekarang ini makin teruk dengan krisis darurat dan rusuhan-rusuhan yang berlaku di bandar itu. Dan yang lebih membimbangkan lagi seramai 6000 atau lebih pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal disana.

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini di inspirasikan daripada revolusi tunusia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunusia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah ditaktor yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mugkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah yang kejam, suka merampas harta-harta rakyat dan pembelot atau bersukutu dengan US dan juga menyokong Israel lahnat!



Rusuhan dan huru-hara hampir di semua tempat di mesir


Rusuhan di merata-rata tempat, ramai terkorban dan cedera parah, Orang awam bertempur dengan polis
Orang tak bersalah pon jadi mangsa.



Internet, Telefon/ Handphone line di sekat

Dah beberapa hari internet dan talian telefon bimbit serta servis blackberry di sekat oleh kerajaan Mesir, kes ini amat menyukarkan warga-warga mesir, malaysia, dan semua negara yang tinggal di sana.

Ini amat membimbangkan ramai ibu bapa di malaysia yang merisaukan anak mereka di mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu apa perkembangan dan keadaan terkini di sana.



Seramai 5000 banduan terlepas dari penjara

Amat memeranjatkan bila banduan-banduan yang telepas dari penjara seramai 5000, bayangkan apa akan jadi di bandar mesir jika mereka akan melakukan perkara yang tidak diingini. Ini amat berat sekali kes sebegini dan terbesar setakat ini, tambahan pula mereka adalah sangat ganas.




Pelajar Malaysia dirogol dan di rompak?

Astagafirullahhalzim, berita ini amat menyedihkan bila ada pelajar perempuan Malaysia di rogol dan dirompak di cairo. Ada juga rumah yang mereka didiami diceroboh. Ini akan menyebabkan mereka tinggal didalam ketakutan.

Pihak kerajaan Malaysia harus memandang serius atas kes ini, kerana ia melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri.



Kes darurat dan krisis tempat tinggal dan juga makanan

Ini amat menyukarkan bagi pelajar-pelajar dan warga Malaysia untuk mencari tempat tinggal dan juga makanan, mana tidaknya, habis rumah yang mereka didiami kena ceroboh, kena bakar dan lain-lain hal lah lagi.

Makan lagi lah susah, mana ada kedai-kedai atau restoran-restoran mahu beroperasi dalam keadaan yang sebegitu? tiada siapa pon yang berani.



Balai polis, Lapangan terbang, kereta di serang dan dibakar


Tak habis dengan rumah diceroboh dan dibakar, lapangan terbang juga tidak terlepas dari serangan, segala urusan penerbangan terpaksa di batalkan di atas sebab-sebab keselamatan orang ramai.

Balai-balai polis, kereta serta kenderaan di jalan raya turut dibakar oleh perusuh, ada juga insiden pihak tentera melanggar perusuh-perusuh tersebut dengan kereta.



Jadi pada Blogger-blogger dan anda yang membaca artikel ini, harap di sebarkan maklumat ini pada kawan-kawan yang lain, tak kisah la di facebook, twitter, myspace, atau blogger masing-masing kerana kes ini amat serius sekali.

Kita sangat berharap pihak kerajaan Malaysia memandang serius atas kes sebegini demi menyelamatkan warga Malaysia di Mesir.