Bulan mengambang Paling Besar?

Assalammualaikum semua,

Aku ada berita yang sedang hangat diperkatakan di mulut-mulut kawan-kawan aku di facebook mengenai bulan yang akan mengambang dengan sangat besar betuknya dari biasa, kira paling besar dari bentuk asal la dari sekitar 20 tahun, fuh bukan senang nak dapat tengok bulan mengambang terbesar nih, kalau 20 tahun yang lalu aku memang tak berkesempatan la nak tengok sebab usia aku pada masa tuh 10 tahun kire darjah 4 masa sekolah rendah..haha, mana la nak ingat kes tu.

Can't Sleep


Assalammualaikum

Bila waktu 1 pagi tak tidur lagi, aku mula la jadi blur, tak tau nak wat apa.

Apa lagi aku sumbatkan aja telinga aku ni dengan lagu-lagu pilihan aku, macam biasa, lagu rock-rock, slow rock, pop dance, indie, jazz, hardcore, balada. Fuh banyak tak weh? aku semua lagu layan beb, janji telinga aku nie kata ''best''... Haha.

Jiwa Kacau

Assalamualaikum

Apa yang saya nak cakap kat sini *padahal taip jer, bahawasanya saya tak de MOOD!!
hahaha, sory la tetibe je nak wat statement macam itu,
jiwa kacau la beb, tak tau apa punca nya, maybe geram sangat dengan makhluk Allah kat dalam facebook yang wat aku jadi macam ini.

Geram doh, sampai anak aku(domo) pon geram jugak sebab tengok aku jadi macam ni.. haha
Dia(domo) siap nak jumpa si makhluk Allah tu, wahhh, nak , mak terharu noo,
betul-betul brave k0 nie, jangan sampai ko K.O. suda la nak oiiit....haha


Tsunami di Jepun


Assalamualaikum semua, peace upon you all ^_^

Mesti korang dah tahu berita mengenai tsunami yang berlaku di jepun baru-baru ni kan? MashaAllah, dasyat sungguh, mana tidaknya gempa kuat yang lebih kurang 8.9 skala richter telah mencetuskan tsunami di jepun yang tinggi nye lebih kurang 10 meter.. Korang bayangkan la tinggi mana ombak tu ok.

30 juta rakyat di bandar tokyo telah dilanda gegaran yang kuat di sebabkan gempa itu. And korang bayangkan macam mana rasanya bila korang berada dalam bangunan kat bandar tokyo tuh? aku rasa macam nak hantuk-hantuk kat dinding dah sebab terlampau takut, masa tu mintak nyawa je la..haha

Warga Malaysia yang berada di jepun dijangka selamat dan tiada kecederaan mental ataupun fizikal, lebih kurang seramai 207 pelajar Malaysia juga dilaporkan selamat. Alhamdulillah. semoga tiada apa-apa kecelakaan yang melanda warga-warga malaysia kita di sana yer, amin.

Dan dibawa ini aku sempat nak share kat korang gambar-gambar akibat gempa yang aku perolehi dari website yang aku search sendiri.



kebakaran teruk akibat tsunami






gambar ini ialah loji nuklear yang terbakar akibat gempa bumi


selain itu, amaran Tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia, dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami pasifik.

So, please pray for japan and all that country supaya mereka sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera amin.

Sekian, wassalam.