Menderma for GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,



Sesiapa yang ingin menderma pakaian, tudung-tudung, perhiasan rumah dan sebagaianya ( masih elok diguna pakai) boleh hubungi no yang tertera di dalam gambar diatas.

Setiap sumbangan daripada penderma hasil dari jualan barangan terpakai itu akan disalurkan kepada
Tabung misi membina masjid di Gaza.



Syukran Jazakumullah. Semoga Allah memberkati jasa baik kamu. Aminn.

Silence Day Of Wednesday #2

بسم الله الرحمن الرحيم 

 Salam Alaykum =)







p/s : Nana akan berada disana untuk jualan amal di bawah badan NGO Islamic Relief Malaysia (IRM). Jemput la datang ye sahabat :)

Ilmu dan Free Palstine

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)




Daftar Peserta (PERCUMA) >>DISINI<<
Daftar sebagai fasilitator       >>DISINI<<


Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati merupakan himpunan para remaja dan belia alumni program Anda Bijak jauhi Zina (ABJZ), yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Para alumni dijemput hadir dan berhimpun bagi menyatakan kepada dunia bahawa mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina.

Himpunan yang akan diadakan pada 31 Disember 2012 ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan beberapa badan-badan lain untuk bersama remaja belia menyambut tahun baru secara sihat dan berakhlak.

Himpunan ini turut mempersembahkan slot yang mendidik jiwa dan minda remaja belia menerusi persembahan nasyid, forum dan sebagainya daripada artis dan selebriti jemputan.

Kemuncak perhimpunan ini akan mengumpulkan semua suara remaja dan belia yang akan berikrar serta berazam untuk mengatakan tidak kepada zina.
Himpunan ini akan diakhiri dengan program pengisian dan solat dhuha.

Pada 31 Disember 2012, 2000 remaja dan belia sudah memahami dengan baik harga diri mereka untuk mengatakan tidak kepada zina.

Mereka akan berkumpul di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 5.00 petang menerusi sajian pelembut jiwa dan diakhiri dengan ikrar Saya Bijak Jauhi Zina sebagai bukti kesungguhan memelihara maruah diri, keluarga, agama serta negara.

Jom lah kengkawan semua kita daftar dan join. tak rugi pun kita menimba ilmu seperti ini :)

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




 YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKAN PERTOLONGNGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN SESUNGGUNYA MEREKA DIANIAYAI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH. YALLAH ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDASYAT-DASYATNYA SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN. AMIN...

TOLONG SHARE SEMOGA DOA SAUDARA SEMUA DAPAT MENOLONG SAUDARA KITA DI PASLESTIN .

#PrayForGaza


p/s : nana teramat busy akhir akhir ini, In shaa Allah akan kembali aktif pertengahan bulan Disember

Salam Ma’al Hijrah 1434H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)





Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah".
(HR Bukhari no 6484)

----------------------------------------------------------------------------

Nana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua sahabat-sahabat muslim Nana Salam Ma'al Hijrah yang ke 1434H, 15 November 2012. Semoga tahun  ini lebih barakah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Ameen.

Silence Day Of Wednesday #1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, nak support Abam Potia nye segmengg :)
oppssss silenceee please...shhhhhhhhh!








where is my egg ?



Kemah Kemahh Bohhh

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum awak :)



mana siaran nie? pasan tak?



kidnap gambar dari SINI

Pada peminat ceramah ceramah agamo (agama) tu jemput mai la nonton naaa. tak rugi dehhh nengok (tengok).

Dapat apa nengok nyo (nye) ?

dapek ( dapat) paholo sokmo bohh (pahala selalu lah)
*hiraukan dengan bahasa alien nana tu lar..haha

TIADA KATA #15 : Yang Haram Jadi Halal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum







p/s : Pierre Andre :) Lailaha illallah MuhammadurRasulullah, Alhamdulillah sudah berhijrah beliau.
Semoga Allah redha orang-orang yang berhijrah ni..amin

Anugerah Skrin 2012 Atau Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Hai korang. Malam nie ade dua majlis kat kat PWTC tu haa...
malas nak bebel banyak-banyak korang layan suda kat bawah nie yee..



 Anugerah Skrin 2012




Petaling Jaya, 17 Oktober 2012  – Cetusan ilham dan nukilan kisah hidup yang dikarya bukan sahaja menggamit perasaan mereka yang menonton, malah ia juga memberi inspirasi dan meninggalkan kesan dalam hati para penggemar drama dan filem. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air.



Utuh memasuki musim yang ke-14, Anugerah Skrin 2012 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Konsep yang segar ditampilkan setiap kali penganjurannya telah menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini. Tahun ini, Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep malam Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Maklumat lanjut  >DISINI<






http://www.malaysiandigest.com/images/BDG_6466.jpg 

 http://www.malaysiandigest.com/images/DSC_3535.jpg




Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo


 http://www.mummynemo.com/wp-content/uploads/2012/11/perkahwinan-lee-chong-wei-300x208.jpg

 Dato’ Lee Chong Wei & Wong Mew Choo Pre-Wedding Photos


 http://yanmieonline.com/wp-content/uploads/2012/11/gambar-pra-perkahwinan-datuk-lee-chong-wei-10.jpg



Majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 dan 10 November 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Jangan lupa saksikan majlis perkahwinan mereka secara siaran langsung di NTV7 bermula pada pukul 8.30 malam pada kedua-dua hari tersebut.




So mana satu korang nak layan?

ok faing dah tau sangat dah...tak payah cakap nana dah tau lameee dah. eleh elehhh.

k papai wasalam.



notahati : nak kawimmm..kakaka

Khutbah Jumaat #9 : 7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Selamat Hari Jumaat semua, hari yang penuh diredhai Allah SWT.
Nana hari nak share sikit la tentang ayat-ayat yang sangat baik untuk kita amalkan setiap hari.

Tak rugi pom , malah dapat pahala tau :)






7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya... :)


1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan..."




Notahati : anda buat anda dapat :) Selamat Beramal ^_^

Seksi or Seksa #19 : SPONTANEOUS THURSDAY

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum




Minah saleh pakai skirt nampak betis?
awwww sooooo seksiiii!

Minah malay pakai skirt nampak betis?
owwwhhhhh soooo seksaaaa! 







notahati : Insaflah wahai hawa yang masih tak tutup aurat! kasihanilah diri sendiri dan bapamu :(

First GA bY TirahZairi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)





  






1 - Buat entry bertajuk "First GA bY TirahZairi".
2 - Letakkan slogan "Bukan.Retis.Fofular" mengikut kreativiti sendiri..biasa2 pon diterima (tak   paksa).
3 - Slogan tadi mestilah dibacklinkkan ke entry GA ini.
4 - Tag blogger lain paling banyak 1 pon jadilah...nak tag lebih dipersilakan.
5 - Letakkan link entry anda pada komen entry ini.
6 - Terbuka kepada semua blogger.

tag to : Jia and Fatimah Azzarah


Nak Join ? klik saja banner... ok papaii  :)

Resepi | Almond London Cookies

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









hai korang, buat apa tuu?
Nampak tak biskut kat atas tu? dapp kan kan? ngeheee.
kemaingg aku post cookies bagai..hari tu letak gambar stepek biskut semperit. haha.


Ok entri kali ni Nana nak share kat kengkorang semua resepi biskut yang memang sah dan di cop oleh orang ramai tak kira tua ke, muda ke tersangatlah sedap tau. Siap masuk thivi tau dak biskut ni.
Ala kata fofuler dah biskut ni.        Biskut apa ?
Alaaa, biskut Almond London lerr, dalam buku-buku masakan, majalah, kadang surat khabar pon ade tertempek biskut Almon London nih. kann.

Tengok, nama pon dah ala ala henggeris tau. mana la tau kot kot masa makan biskut ni terbayang laa main kejar kejar kat Lhondon gituu khannn.. haha .
Selalu nana buat biskut Almon London ni time raya je, time lain-lain agak kemalasan la jugek..
kueng kuennng.

Ok asyik membebel je jom tengok bahan-bahan nye dulu okeh.
Pergi lah ambik kertas A4 dan pen siap-siap, salin resepi kat bawah ni, mana la tau tetibe niat kerajinan nak buat ke nanti... haha.


Bahan-Bahan ( 150 biji )

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)


Bahan Salut :-)

700 g coklat masakkan (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya




Cara Membuatnya | Step By Step follow below this picture



  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Pukul sebati
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati





     5. Masukkan serbuk badam dan kacau
     6. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
     7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
     8. Kacau  hingga adunan menjadi doh




     9. Nampak dak? dah jadi doh kan. (sila kata poyo sebab tetibe buat love love bagai)
   10. Bulatkan doh macam nana buat tu la. fuh penat gak la nak membulatkan beliau.
   11. Lepastu letak lah kacang badam yang dah di goreng tadi.
   12. Then, korang bentukkan doh tu jadi bujur sireh. Jangan besar dan kecik sangat tau.
         Dah siap letakkan dalam dulang pembakar yang dah di sapu mentega.
  
       *Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 




     13. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" serta masukkan lemak sayur.
           Agak-agak dah sebati dan tiada ketul ketul, tutup api.
     14. Bila biskut dah masak dan di sejukkan. susun molek molek naaa kat paper cup tu.
           ( abaikan aje kalau biskut i senget benget or kecik beso )
     15. Jangan segan silu masukkan coklat menggunakan sudu, kalau tak nak comot boleh guna pipe
           bag ye. Macam nana ni kan bajet teror la sangat nak gune sudu. kahkah.
     16. Setelah itu taburkan bunga kacang badam cincang ke atas biskut tadi. Suka hati la nak sikit ke
           banyak ke atau penuh satu biskut tu nak letak. haa lantak lah..


Ok dah siap semuanye tunggu la biskut tu sejuk selama 1 jam ke 2 jam ke berjam jam ke ikut suka hati la yea.

Haaa, senang tak?  lepas ni gegerl gegerl semua boleh la praktis buat  ye. Boboy boy pom boleh je praktis. itu pun kalau la jadik..kehkehkeh.

selamat mencuba.. papaiii.




p/s : biskut semperit pon sodap gak kann?

Exspo Buku Islam4 KL SENTRAL

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Venue : KL Sentral Kuala Lumpur
Date (tarikh Ekspo) : 27 Oktober - 4 November

Date ( tarikh kunjungan) : 31 Oktober

Banyak buku-buku ilmu serta Novel-novel yang terdapat disana.
Anda juga boleh temui penulis-penulis terkenal dan mendapatkan tandatangan mereka :)

Contohnye Abam Hilal Asyraf  ^_^


 teruje weh doploh saat nampak abam hemsem ada kat sana.
sempat gak la beborak ngan dia.. mohom jangan jeless la :P


Pintu masuk



 
 Langit Ilahi-------
Best Selling tau kat sana





Antara hasil karya Hilal Asyraf di Galeri Ilmu







 Selain buku dari beliau, Buku soal jawab dari Ustaz Azhar Idrus juga ada.





 Nampak. Begitu segak tok guru kita naaa.
kekeke





Beliau memberi sedikit ceramah pasal buku-buku dari beliau



 

 Selesai beli buku-buku pilihan termasuk buku langit ilahi, lalu apa lagi, mintak otograf larr..
hehehehehe






 xde motif pom..haha






Nice Quote kan ?
"Allah itu hampir, jangan kita meminggir"



Sekian.



p/s : Novel cinta islamik lupa nak share. next week la ye.


Khutbah Jumaat #8 : Galakkan untuk berdoa

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Haa, semua tau kan betapa doa adalah sangattt penting untuk kita pada setiap hari dan setiappp mase.
Tipu lah kalau takder sape yang tak berdoa,  nak nak kita berdoa kesejahteraan untuk ibu ayah atau diri sendiri atau pada orang-orang yang kita sayang kan..kan..kannn ?
Tak kisah la niat atau apa pun jenis doa itu, asalkan ikhlas. Cepat atau lambat doa itu dimakbulkan terserah pada Dia. Kerana Dia yang menentukannya.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”
-Riwayat Bukhari-

Huraian:

    Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
    Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
    Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
    Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T




p/s : selawat elok juga. kan :)



Hello November #18 : SPONTANEOUS THURSDAY

  بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




 Bulan Oktober dah pergi. 
Masuk bulan November pulak. 

Oh Hello November , nice to meet you.
Am i look nice to you ? 

kekekkke :D

Wordless Wednesday #28 : Fruityyy

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 sumber 



Semperit | All time Favorited

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







p/s 1 : biskut buat senirik tau :)
p/s 2 : nak kek tetibe tekak ni.


Cute MP3 Player

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai hai haiiii,

Wahh rasa kerajinan melanda landa pulak nana tetibe an an annn.
Yelah nana dapat idea macam mana nak letak lagu mp3 yang cute je,
alaaa macam lyssa punya tuuu, korang mesti kenal blogger yang agak terkenal dengan tutorial blog tu an an . . Kalau tak kenal boleh lah menyinggah kat blog die okeh . ^_^




haaaa, nampak dakk arrow merah tu ? yang tu lah mp3 lagu yang cute nana maksudkan tadik .


Ok, are you ready to learn it ?

ok let's goooooo . . .. . hehehehe

First pergi ke web  http://flash-mp3-player.net
Dan ikut sahaja step seperti gambar di bawah tau .


 klik Players and NORMAL


klik Generator







Ok, dah ikut step yang nana kasi ? gooddd.

sebelum nak tukar lagu yang nana tunjuk kat gambar di atas tu,

pergi ke laman web www.irondj.net.

then ,

tengok step yang nana kasi dulu, tak payah nak sign up account bagai. buat penat korang
je nanti..huhu



 nampak tak ? search la lagu kesukaan korang. 
selamat mencari..huhu


lepas tu copy semua code tu tau.

 Buka Notepad dan paste sahaja code tadi


ok lebih kurang macam nie la jadi nye,

Kemudian kalau dah copy deleted balik code semua tuh, korang hanya perlu copy code ini

<object type="application/x-shockwave-flash" data="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_mini.swf" width="180" height="20"<
<param name="movie" value="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_mini.swf" />
<param name="”bgcolor”" value="”transparent”/" />
<param name="FlashVars" value="mp3=http://media.irondj.net/mix/file/27819/LWWY.mp3&bgcolor=ffffff&loadingcolor=8a8a8a&buttoncolor=ff630a&slidercolor=00f0f0&loop=1&autoplay=1
&volume=50" />

*Volume boleh tukar dari 50 hingga 100 sesuai untuk telinga korang lah.huhu.
*Yang color merah tu link lagu yang korang 

klik ctrl+ C dengan serentak untuk copy code di atas ^_^

dah copy semua tu? ok gooood.

Next step open Layout, klik Add Gadjet dan klik HTML/JavaScript

kemudian paste code tadi , then save,

Ok dah tu preview dulu, kalau jadi save la.

ok DONE.

selamat mencuba :)



oh ye PERINGATAN!!  Nak copy tutorial nie boleh jeee ya amatttt,
TAPIIIII kene di kreditkan pada nama NANA dan link kan web blog nana, fahammm ??

kalau buat tutorial atas nama sendiri, ohh pelisssssssss laaaaaa.
Nana cop aje orang tu COPYCATTT!


p/s : tengah makan biskut semperit yang nana buat..nyum nyum

Ohhhh Petai

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat Hari Rayeeeee .

Ok, i tau you ollss masih dalam mood raya an an walauPON hari raya Aidiladha.
alaa kire raya la jugakkk kansss .

Haaaa, sesambal sesambil tengah melantak rendang daging tuu, nana nak share la sikit info mengenai buah petai .

Whatt ? petaii?? eeeuuuuuuuuuuwwwww (reaksi untuk makhluk yang fobia kepada petai)

ok, jangan nak euuww euuuww sangat la der.
I tau petai tu busuk , bau diee , pergghhhh mintak nyawe la sangat kan,

tapi

tapi

tapiiiiii

tau dakk sebusuk busuk die PON , die mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan yang tinggi ooo, dannnn die jugak kasi korang sihat sejahtera jee serta cargasss macam agassssss..
hahahaha..sory melawak plak.

what, tak lawak ?
ok fainggggg .

=========================================================================



=INFO PETAI=

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C tuu boleh jadikan korangg awet muda tauu dakk!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika nak pilih petai kat pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI


 

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
=======================================================================

fuuhhhh amacamm ? terkesima tak?
sedappp ooo kalau petai tu masak sambal letak dengan udang....
perghhh feveret i tauu . #terliur hingus den

Jom makan petai secara berjemaah JOMM . Jagalah kesihatan anda ^_^



p/s : pastikan jamban anda sentiasa berbau harum selepas mengkenchin dengan hemahnye. harap maklong.

Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Esok dah raya , dah buat persiapan untuk esok?
Kalau belum baik siap-siapkan dulu. okeh.

Mesti ramai yang berpuasa sunat Arafah hari ini yakni 25 oktober 2012/ 9 Zulhijjah 1433.
Keitimewaannye besarr sekali, ade nana selitkan di entri tawaran hebat dari Nya
Rajin-rajin la sikit membaca, tak rugi pom..hehe
Bagi yang tak mampu nak puase tu, mungkin disebabkan uzur bagi perempuan, boleh je berzikir, dan berdoa banyak-banyak lepas sembahyang fardu. ye.






Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Di kesempatan ini Nana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua kengkawan blogger Nana walaupun jauh nunnnn di utara, barat mahupun selatan.. #eh barat ade ke? pasantan lebih :D



p/s : rendang daging, pulut kuning, nasi empet...fuhh terbaikkk tokk


Tawaran Hebat Dari Nya | Jom Puasa Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



nak tahu kelebihan berpuasa pada hari Arafah ?
  • Dosa diampunkan pada setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.

Subhanallah ♥

--------
Allah masih sayang pada hamba-hamba Nya.
percayalah.

Niat Puasa Hari Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Selamat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah  :)




Jom baca entri lain : segmen mari berkorban bersama Arra Ahmad

Wordless Wednesday #27 : Gambar HOTSS

 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Penah tengok ini ?  agak-agak apa?







Inilah dieeeee . telur lipasss. haha

#mohon geli sekarang
                                    : Wordless Wednesday #25 : GO GO SPAIN ! | Spain VS Portugal 
                                    : Wordless Wednesday #24 : Selamat Tinggal Rejab, Selamat Datang Sya'ban