Review Novel | AWAK SUKA SAYA TAK?

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Lihatlah awan sana.....seperti senyum padaku...oh terharunyaaa...akuuuu...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

errrr maaf maaff, intro yang agak poyo....
#sangattt!!

tahulah Hafiz menang Juara Lagu 26 semalam (29 Januari)....
 hikhiks | sengih kerang musyuk |



Oklah , nana taknak merepek lagi , straight to the point okeh ? teheee.

Ramai kawan-kawan nana | err ramai ke? | mintak review tentang novel ASST nih, yelah sebelum beli nak tahu gak serba sedikit pasal ceghita tu, yedakkk ? bak kata budak hana tajima..opsssss bukan bukan...tipu je...dan dan je nana berkawan ngan hana tajima tuh..speak in english pon hancuss..alahai..berangan. :p
hehehehe... 


Kali ni nana nak berkongsi dengan korang semua sebuah Novel berjudul Awak Suka Saya Tak? yang dihasilkan oleh  Sis Melur Jelita. Memang tersentuh hati bila membacanya, pelbagai perasaan keluar, kejap happy, kejap sedih, kejap geram, kejap sedih, kejap happy.....kira macam tulah bila nana baca Novel berhantu tuh. Aduyaii..orang lain yang baca novel biase jekkk , nana nie je haa yang ngada ngada sikit..hehehe :P 


Best sangat ke Novel ini? Kalau nak tahu ,  Marilah sama-sama membacanya. Selain dari kisah cinta, banyak isu-isu keagamaan yang cuba diketengahkan. Contohnya isu hukum kahwin bersanding, hukum bersalaman dengan bukan mahram walaupun dengan tunang sendiri, hukum menutup aurat dan banyak lagi isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang yang diketengahkan didalam Novel ini.

Novel ini ada berbeza berbanding novel-novel yang sering anda semua baca. Sebab, Novel ini, dihasilkan mengikut keselesaan penulis itu sendiri. Bahasa yang digunakan memang bukan bahasa untuk Novel. Tapi, lebih kepada bahasa untuk pemahaman kita. Jadi, janganlah marah kalau jumpa bahasa / tulisan rojak dalam Novel ni tauu..hehe :p 






Sinopsis


Intan Zulaikha, seorang gadis yang cantik, baik hati, bijak, pemurah serta kaya. Mempunyai pakej yang lengkap untuk dijadikan gads impian bagi setiap lelaki yang mengenalinya. Intan Zulaikha telah di cintai oleh seorang lelaki berbangsa cina iaitu Hilman Yong. Hilman yang kacukan Korea-Amerika-Cina itu memeluk agama Islam sejak berumur 21 tahun, telah lama menyimpan hasrat untuk menyunting Intan Zulaikha. Namun, hanya sekali dia pernah bertemu gadis itu tanpa sempat mengenali dengan lebih dekat.

Takdir berpihak pada Hilman apabila mereka dipertemukan kali kedua setelah masing-masing dewasa. Peluang yang ada tidak akan disia-siakan oleh Hilman untuk mendapatkan cinta Intan Zulaikha. Intan Zulaikha yang pernah dipermainkan hatinya menyebabkan dia terlalu berhati-hati untuk menerima cinta dari sesiapa pun termasuklah Hilman. Namin, setelah cintanya diserahkan kepada Hilman, hubungan mereka diuji diambang menjelangnya pernikahan mereka.

**********************************************************************************


''Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa disisi saya, disini......'' Hilman Yong.

''Don't worry, I won't kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak, Cik Zulaikha....saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes....your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak ada selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.'' Damien Yong.

''Saya akui saya gembira bersama Mr.Damien. Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium....tetapi hanya di dinding kaca.. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan.....Walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk auatu dihiris. Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.'' Intan Zulaikha.

*********************************************************************************






p/s : ehhh dengar citer bakal ada  AWAK SUKA SAYA TAK? 2.... Apaaa ??????? teng teng teng tengggggg. 

37 kaki komen

My Life's Journey said...

Hihi tak de la poyo dear ..cute je umi tengok hihi ..

lagu ni sedap la dear ..bila datang kat blog dear .. tenang je jiwa mendengarnya :)

Cik tikah said...

dorang kaa novel ni best tpi cik tikah kalau baca novel bm mesti cpt ngntuk. :(

sahromnasrudin said...

agak2 ia akan difilemkan tak>>

Cikgu Ma said...

tak tengok AJL pun...

♥AienNajwa♥ said...

waaa..macam best !~ =D

hanaahmad said...

haha. Hana Tajima yek. Ok, terima kasih atas review. Memang best. Harus dapatkannya kalau gitu. ;)

khairul akmal bin azman said...

jiwang jugak cik nana ni..
ish2..
terkena badai ombak nan rindu ke awan di nano?

afzan said...

agak-agak coupon buku 1Malaysia kalau beli novel ni ok tak? hahahahah

L said...

mentang dia mng... huhu

.:rizaL:. said...

kan..?feeling2 pulak dia haha

syahirooAhmad said...

novel skg dah macam mee magi.. banyak sgt... tak terkejar... dulu novel publish sebiji2.. skg.. berduyun2

" liyana afira malik."

si robot comel said...

hoho,kita berlambak novel tak baca ni,novel ni best pulok,adehh cmana ni :P

noa said...

saya sukaaaaa awak ^^

zulhilmi tempoyak said...

hmmmm.... terharunya dpt bc...hihih..
sori lama xsinggah.. :D

Gen2Merah said...

menarik sinopsis nya.. kena baca juga ni.. ehehe

Mohd Izzar said...

amboiii....hahah~

Pondok Usang said...

wahh.. masih demam ajl lagi ke... Salam Maulidur Rasul... =)

hafrawiey ozakawa said...

sy suke awk dan suke blog awk

sabry oppa said...

singgah sini n bace entry....
nice ") nice ") like :) like :)

http://sabryoppa.blogspot.com/ (blog personal)
http://shaberry92.blogspot.com/ (blog kpop)

singgah, komen n follow lah blog sabry oppa kalau sudi...

nice to meet you...^_^

zulhilmi tempoyak said...

xtau lak...hahaha...

sy....

sy.... speechless la awk...;p

TiraPengemis said...

xsuka bce novel la...adoi...hihi

Aida Omar said...

nie mesti novel romantik kan.. tgk gaya bahasa dia macam tu.

El Yana said...

minat btol nana dgn novel..yana mls nk bc..pnjg sgt

Cerita Alam said...

masyyuukkkkkkkkkkkkkk

aisya said...

dah lama tak baca novel ni.. huhu

Hanis Azla said...

mmg ramai yg kata novel ni best..

My Life's Journey said...

cayangggggggggggggggggggggggggg!!! mana dear nana ni yang molek ni menghilang? mesti banayak kerja dear ni ..jaga diri tau

gnesop.com said...

x berapa nak baca novel.. huhuu

zureen said...

jap jap.. dah banyak berubah laa blog ni.. hee lama tak singgah~

Gen2Merah said...

menarik jew (",)

Norlida Ramli said...

hehe..ida x suka bca novel..kalo bca pun just bca sinopsis kt blakang..cmtu je..hehehehe

gnesop.com said...

last baca novel zaman sekolah...
lama nyer.. heheh

Pondok Usang said...

wahh.. nak baca jugak la..

fierul said...

novel nie mema best shingga sy nk mbeli utk myimpan uat koleksi ..

sbb sikap putri intan zulaikha tu mema sebijik sikap sy .. hehe :)

dan mcm tringin plak pasangan yang mcam hilman .. :P

Chuu Muqhlis said...

chuu tgk kt fb pon rmai org cari novel ni., tp chuu jrg sgt bace novel., hahaha

--nana, miss u! *tetibe :P

ekabukanmakcikkau. said...

damien yong tu sape plak dengan zulaikha tu? macam best je novel ni . bape hinggit hah?

Iznie said...
This comment has been removed by the author.
Klik Sini Untuk Komen