Peristiwa Di Bulan Rejab dan Hadis-Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bulan Rejab adalah bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya. Jadi, marilah kita mengambil kesempatan di bulan kemuliaan ini untuk melakukan banyak solat sunat, berpuasa(sunat) dan bersedekah. InsyaAllah, akan dijanjikan ''hadiah'' oleh-Nya dari setiap perbuatan yang kamu lakukan itu.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


 HADIS-HADIS PALSU BERKAITAN BULAN REJAB

Jangan anda sengaja berbohong kepada RasuluLlah saw kelak anda dicampakkan ke dalam neraka. Sesuatu yang bukan hadith dikatakan hadith Nabi saw. Bila muncul bulan Rejab maka ramailah yang menyebut keutamaan bulan Rejab berdasarkan hadith palsu (hadith rekaan)

Berikut dipanjangkan tulisan Ustaz Khairul Azmi (pengajar Ma’ahad Darul Fikri Kuantan Pahang) lulusan bahagian hadith di al-Azhar University.

1.) Hadith yang diriwayatkan oleh asSilafi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.”
Hadith ini adalah Maudhu’.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517

2.) Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin ‘Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu”.

Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 5143.)

3. Hadith yang biasa digunakan Puasa Rejab seperti berikut : Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya:
“Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.”

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah Kata Yahya bin Ma’in : Al – Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa. Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk. Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524 4.)

4. Ibnu – Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul – Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa’id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Rejab adalah bulan Allah , Sya’ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku…..
dan seterusnya yang terlalu panjang untuk dinukilkan.
Kata Ibnu – Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu’ Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529, kasyful Khafa hadis no 13585.)

5. Hadis mengenai kelebihan solat-solat tertentu:

“Sesiapa yg bersembahyang maghrib pada malam pertama di bulan Rejab kemudian bersembahyang 20 rakaat selepasnya, dia membaca disetiap rakaat surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sekali dengan sepuluh kali salam, nescaya Allah menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan diselamatkan dari azab kubur, dan dia akan melalui sirot seperti kilat tanpa dikenakan hisab dan azab”. Sumber : Fatawa Syeikh Athiyyah Saqr.


Kesimpulan.

1. Para ulama hadis diantaranya Ibnu Hajar Al-Asqallani, Ibnu Taimiyyah dll menyatakan bahawa tidak ada hadis yg sahih tentang kelebihan bulan rejab secara khusus melainkan ia adalah termasuk di antara bulan2 haram.

2. Adapun berpuasa di bulan rejab hukumnya sunnat sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah Saqr kerana ia termasuk di dalam bulan2 haram dan ada hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa tersebut.

3.Kita perlu berhati2 dlm menukilkan hadis2 kerana dibimbangi kita mendustai Rasulullah SAW.
Diriwayatkan daripada al-Mughirah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Sesungguhnya pendustaan terhadapku adalah tidak sama dengan pendustaan yang dilakukan terhadap seseorang kerana orang yang sengaja mendustakanku akan disediakan baginya azab dari api Neraka. 

[Bukhari, Kitab Jenazah no 1209, Muslim, Mukaddimah no 9, TIrmidzi, Kitab Jenazah no 921, Ahmad Juzuk 4/245 & 252]
Rujukan:1. Ahsanul Kalam fit Fatawa Wal ahkam, Syeikh Athiyyah Saqr Jil 3, ms 65, 443, 4762. Lathoiful Maarif, AlHafiz Ibnu Rajab Al Hanbali Ms 217- 2353. Kasyful Khafa’, Syeikh Ismail Ajluuni4. Tahzirul Muslimin minal Ahadis Al maudhuah, Muhammad bin Al Basyir Al-Azhari5. Al.ahkam.net6. Tanzihus Syariah…, Syeikh Ibnu Iraq Al-Kannani.

26 kaki komen

Ratu Lissa said...

Hish , ada jgk hadith palsu . Teruknye..

Ratu Lissa said...

Tp kalau tak haram , boleh percaya la kan.. Wallahualam

♥ NurShamira ♥ said...

nice info psl hadis palsu tu ,, thanks sis ..

♥ Nana BamBam ♥ said...

Ratu Lissa : tu la..hishh

wallahualam..

♥ Nana BamBam ♥ said...

♥ NurShamira ♥: sama2 shamira :)

Gen2Merah said...

salam Nana.. lama rasanya saya tak singgah sini.. ehehe... Terima kasih atas perkongsian yang menarik d hari Jumaat ini.. tulah perlunya kita mengenalpasti mana satu hadis yang benar dan palsu...

♥ Nana BamBam ♥ said...

wasalam. sama2 abam gen2 :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

info menarik pasal bulan rejab :)

fierul said...

macam2 dah orang diluar sana buat ntuk jatuhkan islam .. sama2 la kita bdiri teguh untuk agama kita .. agama islam ..

thanks nana for sharing ilmu :)

ikaa sharin said...

thank you cik nana for the info . tolong doakan saya kurus ek . hihhiii :p

syahirooAhmad said...

tengkiu share.. :)

Hanif Idrus said...

Macam pernah dengar kebanyakkan hadis ini..rupanya palsu..hhhhhhuhu

ctk said...

bahaya betul ngan hadis2 palsu ni...x pasal2 terpesong...huhu...

Pondok Usang said...

wahh.. info yang bagus.. semoga kita dapat sampai menyampaikan...

Nur Aischa said...

tak sangka betul ada juga hadis2 palsu :( thanks for sharing kak nana..

L said...

thx utk info ni..=)

Yumida said...

thanks atas perkongsian ni....mmg dri dulu lg org memperkatakan mengenai hadis palsu ni...skrg baru dpt bc..thanks for sharing
follow u

Aida Omar said...

ada jugak hadith palsu eh.. hish.. thankz sebab info nie sangat bagus untuk kita.. :) moga dirahmati Allah hendaknya..

onie said...

selamat menyambut bulan rejab awak....tak lama lagi dan nak masuk bulan ramadhann

faiz fakhirin said...

sharing yg menarik...

afzalsukasuki said...

alhamdulillah ada ilmu di pagi senin ni :) trimas nana kerna berkongsi :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

Abang Iwan : Aminn :)

Sayidah Nafisah Ruslan : terima kasih

Fierul, ikaa, syahiro, Nur Aischa, L : sama2 :)

Hanif Idrus, ctk : tulah..bahaya kan kalau main ikut je

Yumida : sama2..betul tu, orang islam kena peka dengan semua ni..kena banyak membaca agar tak terpesong..btw thanks a lots dear :)

Aida Omar : sama-sama..aminn..terima kasih :)

onie : selamat :)

faiz : thanks :)

afzalsukasuki : sama-sama kawan :)

Yousof said...

Terima kasih.. Kekadang kita terlupa dengan peristiwa penting yang jauh lebih hebat daripada 'peristiwa²' rekaan dalam filem box office barat tu kan...

sara E a.k.a CT said...

betul tuan hamba. masa kini..eh skema lak ayat..kne cek dulu hadith2 tu baru ley sebarkan..=,="..hadis ade part2 dy gak..y sohih,doif..haa..jadi moh sensame kite berhati2..:)..sinyaAllah..di sini saye mngucapkan..x sabar nak puase bersame family..;p..hewhewhew

sitihanisahali said...

Imam2 ahli hadith menyatakan: jika kamu temui hadis2 yg kelihatan bercanggah antara satu sama lain maka hendaklha dirujuk kepada ahli hadis utk diselaraskan kerana dasar keimanan yg perlu sentiasa tersemat kukuh di dada orang beriman ialah nas-nas yg sahih tidak bercanggah antara satu sama lain. Utk menyelaraskan percanggahan itu
hendaklah dikembalikan kepada yang ahli. wallahualam :)

AGUS SANTOSA SOMANTRI said...

bela sunnah matikan bid'ah

Klik Sini Untuk Komen