Khutbah Jumaat #7 : Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ya kengkawan muslimin dan muslimat , sedar tak sedar kita dah masuk bulan yang cukup istimewa sekali iaitu bulan Zulhijjah yakni 3 Zulhijjah 1433 M. Tau tak bahawa ada ganjaran serta bonus-bonus yang menarik, kalau nak bolehlah menghayati beberapa tawaran itu kepada kita. Jom amalkan kengkawan.

Tak rugi pun buat. Anda buat, anda dapat. Dapat apa ?  opcoz la PAHALA :)

  • Allah Berfirman : 
          وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.


    Majoriti ulama berpendapat hari-hari yang sepuluh itu merujuk kepada sepuluh hari pertama Zulhijjah. Rasulullah juga bersabda,

    “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

    Maka, boleh kita simpulkan bahawa 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah merupakan peluang kedua umat Islam untuk mendapat ganjaran berganda, keampunan dan keredhaan Allah selepas 10 malam terakhir dibulan Ramadhan.








    Amalan di 10 Hari Pertama Zulhijjah


    1. Berpuasa


    Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:

    "Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun".(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).


    Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan".


    Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.



    2. Perbanyakkan Amalan Soleh

    Jika berpuasa tak mampu, nak berkorban tapi ada masalah kewangan dan sebagainya, cubalah untuk memperbanyakkan amal-amal soleh di 10 hari pertama Zulhijjah ini. Rasulullah bersabda maksudnya,

    “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

    Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

    Rasulullah bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

    Nampak tak, amalan soleh di 10 hari pertama ini lebih dikasihi Allah dari berjihad. Rugilah kalau kita tak mampu grab peluang keemasan ini. Tak susah pun nak buat, sedekah, baca Al-Quran, Solat Malam, berzikir, hadiri majlis ilmu, berselawat dan banyak lagi.

    4. Solat Hari Raya Aidil Adha


    Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata :Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu".(Riwayat Muslim).


    5. Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala


    Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
    "Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid".(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).

    Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.

    Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.

    Lafaz Takbir : الله أكبر  (Allah Maha Besar)

    Lafaz Tahlil : لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)

    Lafaz Tahmid : الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)

    Contoh lafaz yang dianjurkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد



    6. Puasa Hari Arafah

    Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya". (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).

    Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.

    Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu

    Firman Allah Ta’ala:

    وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

    (Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta).( QS. Ali Imron: 97).




    Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji,maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.

    Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

    "Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa".(Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16).



    Akhir kata,rebutlah peluang keemasan ini selagi masih ada hayat dikandung badan.Jangan sia-siakan bonus yang cukup hebat ini kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita hidup di dunia ini.Mengemislah di dunia sebelum anda menjadi pengemis di kehidupan yang kekal abadi.

    Selamat Beramal



    p/s : pulut kuning cecah rendang daging nanti sedap ooo :p

    17 kaki komen

    ♥ sitifarhana ♥ said...

    subhanallah, byknye peluang ALLAH bagi utk hambaNya kutip pahala sbanyak2nya kan..so,tugas kita,kena lah rebut sebanyak yg mgkin utk bekalan kehidupan diakhirat sana...

    faraherda.razalan said...

    Mgu dpn raye aji tp sy tak dpt blk kmpg. Dah 3 thn. Takpelah, maybe ini pengorbanan...

    Yousof said...

    Allah Maha Pemurah.. Semoga kita diberi kerajinan dan kekuatan untuk gandakan amal, aamiin.

    Lan Bingka said...

    Thanks sharing :)
    sedapnya pulut..emm

    dya bunga said...

    thanks sharing..:)

    fierul said...

    nice sharing awak .. :)

    Sarip Kumbang said...

    Terbaik!

    Alia Laila said...

    Subhanallah, banyaknya kelebihan bulan Zulhijjah :')

    Thanks for sharing kak Nane :)

    Nelly Strange said...

    Tq 4 sharing ^^

    dhiashahida said...

    gud sharing darl..singgah follow ea..;)

    boni kacak said...

    terima kasih untuk perkongsian ni.. :)

    zila manaf said...

    insyaAllah nana hee

    El Yana said...

    baru tau.

    Hanif Idrus said...

    Informasi yang baik!!

    Aien Alien said...

    nice sharing nana. sama2 kita beramal :D

    aiN NaJwa said...

    Banyak betul kelebihan..cume kekadang kite agak leka, dan tidak menyedari..Islam itu Indah..

    Nelly Strange said...

    nice sharing !!

    Klik Sini Untuk Komen