Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Esok dah raya , dah buat persiapan untuk esok?
Kalau belum baik siap-siapkan dulu. okeh.

Mesti ramai yang berpuasa sunat Arafah hari ini yakni 25 oktober 2012/ 9 Zulhijjah 1433.
Keitimewaannye besarr sekali, ade nana selitkan di entri tawaran hebat dari Nya
Rajin-rajin la sikit membaca, tak rugi pom..hehe
Bagi yang tak mampu nak puase tu, mungkin disebabkan uzur bagi perempuan, boleh je berzikir, dan berdoa banyak-banyak lepas sembahyang fardu. ye.






Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Di kesempatan ini Nana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua kengkawan blogger Nana walaupun jauh nunnnn di utara, barat mahupun selatan.. #eh barat ade ke? pasantan lebih :D



p/s : rendang daging, pulut kuning, nasi empet...fuhh terbaikkk tokk


20 kaki komen

Mieya Atiera said...

Nice info. Mieya tak berkesempatan nak berpuasa hari nie. huhu

mohdhazlan Dreadlock said...

slm aidil adha nana . semoga Allah berikn kekuatan dlm setipa apa yang lakukn .:)

Ila Aqilah said...

mekasih :) input baru hari ni..hehe selamat hari raya aidil adha :)

Ratu Lissa said...

nice sharing sis ^^ persiapan raya dah buat, balik kampung je belum.. hehe :) selamat hari raya aidiladha sis :)

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

salam aidiladha kalo p raya tu hati2 dijalan raya

Edy Fee said...

hya blogger
kunjungan malam raya haji
selamat hari raya haji yer
--------------------------
banyak lak tip raya..edy baju mlas nak gosok.pkai je la.bukan raya ngan family pon.huhu sedih

boni kacak said...

selamat hari raya aidiladha awak :)

azstory said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Cik Nana..^_^

♥ Nana BamBam ♥ said...

@Mieya Atiera : thanks mieya. xpe lain kali boleh kan..isnya'allah.

@mohdhazlan Dreadlock : salam aidiladha buat lan jugak :)
aminn..thanks lan. <3

@Ila Aqilah : sama-sama kasih :) selamat hari raya aidiladha jugak

@Ratu Lissa : thankss :) selamat hari raya aidiladha juga lissa :)

@◕ Kawaii D Y S H A ◕ : selamat hari raya aidiladha jugak..thanks ye

@Edy Fee : selamat hari raya haji gak edyy :)
takmo la sedeh2 yea..huhu

Pondok Usang said...

Salam Aidiladha Nana.. =)

TUGAU GATES said...

slmt haru raya aidiladha..(kemain pkul 4.45 pgi aku jenguk sini)

Sop said...

selamat hari raya aidiladha nana :)

-meeSUPERGIRL- said...

salam aidil adha :)

Lan Bingka said...

selamat hari raya tokk!

shiyda said...

salam aidiladha kak nana ! :)

Cikgu Ma said...

salam aidiladha nana ^_^

CekbOlat-bOlat said...

selamattt harii raya aidiladhaa sygg :))

♥ Nana BamBam ♥ said...

@Izwanki : TQ. Salam Aidiladha juge ye abam :]

@TUGAU GATES : Selamat selamat..jgn haru sudah..haha (ko memang semangat waja pom..)

@Sop : Selamat hari raya aidiladha jugak sop :]

@-meeSUPERGIRL- : salam aidiladha :]

@Lan : hahaha . yelah tokkkk. selamat hari raya :]

@shiyda : TQ. salam aidiladha jugak ye shiyda :]

@Cikgu Ma : terima kasih cikgu. selamat hari raya Aidiladha ye :]

@CekbOlat-bOlat : thanks sayangggg . selamat hari raya aidiladha jugekk :]

♥ sitifarhana ♥ said...

salam aidiladha nana :)

Diana Azis said...

Salam Aidil Adha Nana..walaupun terlambat :)

Klik Sini Untuk Komen