Khutbah Jumaat #8 : Galakkan untuk berdoa

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Haa, semua tau kan betapa doa adalah sangattt penting untuk kita pada setiap hari dan setiappp mase.
Tipu lah kalau takder sape yang tak berdoa,  nak nak kita berdoa kesejahteraan untuk ibu ayah atau diri sendiri atau pada orang-orang yang kita sayang kan..kan..kannn ?
Tak kisah la niat atau apa pun jenis doa itu, asalkan ikhlas. Cepat atau lambat doa itu dimakbulkan terserah pada Dia. Kerana Dia yang menentukannya.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”
-Riwayat Bukhari-

Huraian:

    Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
    Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
    Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
    Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T




p/s : selawat elok juga. kan :)



13 kaki komen

Tukang Karut said...

hari jumaat memang elok untuk berdoa... nak2 masa khutbah...

FITRAH JAMIL said...

stiap ari kite kne berdoa :)

kura said...

salam jumaat :P

Remy hazza said...

doa yg baik2 saja utk setiap hari..... utk remy dan juga sahabat remy nie..... amin

Ratu Lissa said...

Woww!! Semalam baru belajar pasal ni.. yang org yg berdoa perlu tunduk tu. Hehe.

efa nur said...

nice info nana..
mari kita sentiasa berdoa..
peringatan untuk diri sndiri jgk :)


thanks 4 sharing :)

Aida Omar said...

betul2 berdoa adalah salah satu cara mendekatkan diri pada Allah.. doa lah tanpa jemu.. InsyaAllah satu hari nanti pasti Allah makbulkan doa2mu..

♥ sitifarhana ♥ said...

berdoa lah selagi mana temampu..semoga diperkenankan..salam jumaat cik nana :)

Cikgu Ma said...

kalo hari jumaat adalah antara hari yg mustajab utk berdoa..berdoa la sepanjang hari hingga terbenam matahari petang nanti ^_^

AHMAD AFIQ said...

elok utk diri sendiri. beringat kita pada yg berkuasa

♥ Nana BamBam ♥ said...

Tukang Karut : betul =]

FITRAH JAMIL : ye.. =]

kuraRemy hazza : aminnn.. thanks remy =]

Ratu Lissa : betul2..hehe

efa nur : thanks efa.. peringatan untuk diri sendiri juga..
sama-sama efa :)

Aida Omar : aminnnnnn..hehe

♥ Nana BamBam ♥ said...

@FITRAH JAMIL thanks singgah dan comment ye :)

ctk said...

jangan putus asa untuk terus berdoa....xruginyer :)

Klik Sini Untuk Komen