Wordless Wednesday #28 : Fruityyy

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 sumber 



Semperit | All time Favorited

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







p/s 1 : biskut buat senirik tau :)
p/s 2 : nak kek tetibe tekak ni.


Cute MP3 Player

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai hai haiiii,

Wahh rasa kerajinan melanda landa pulak nana tetibe an an annn.
Yelah nana dapat idea macam mana nak letak lagu mp3 yang cute je,
alaaa macam lyssa punya tuuu, korang mesti kenal blogger yang agak terkenal dengan tutorial blog tu an an . . Kalau tak kenal boleh lah menyinggah kat blog die okeh . ^_^




haaaa, nampak dakk arrow merah tu ? yang tu lah mp3 lagu yang cute nana maksudkan tadik .


Ok, are you ready to learn it ?

ok let's goooooo . . .. . hehehehe

First pergi ke web  http://flash-mp3-player.net
Dan ikut sahaja step seperti gambar di bawah tau .


 klik Players and NORMAL


klik Generator







Ok, dah ikut step yang nana kasi ? gooddd.

sebelum nak tukar lagu yang nana tunjuk kat gambar di atas tu,

pergi ke laman web www.irondj.net.

then ,

tengok step yang nana kasi dulu, tak payah nak sign up account bagai. buat penat korang
je nanti..huhu



 nampak tak ? search la lagu kesukaan korang. 
selamat mencari..huhu


lepas tu copy semua code tu tau.

 Buka Notepad dan paste sahaja code tadi


ok lebih kurang macam nie la jadi nye,

Kemudian kalau dah copy deleted balik code semua tuh, korang hanya perlu copy code ini

<object type="application/x-shockwave-flash" data="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_mini.swf" width="180" height="20"<
<param name="movie" value="http://flash-mp3-player.net/medias/player_mp3_mini.swf" />
<param name="”bgcolor”" value="”transparent”/" />
<param name="FlashVars" value="mp3=http://media.irondj.net/mix/file/27819/LWWY.mp3&bgcolor=ffffff&loadingcolor=8a8a8a&buttoncolor=ff630a&slidercolor=00f0f0&loop=1&autoplay=1
&volume=50" />

*Volume boleh tukar dari 50 hingga 100 sesuai untuk telinga korang lah.huhu.
*Yang color merah tu link lagu yang korang 

klik ctrl+ C dengan serentak untuk copy code di atas ^_^

dah copy semua tu? ok gooood.

Next step open Layout, klik Add Gadjet dan klik HTML/JavaScript

kemudian paste code tadi , then save,

Ok dah tu preview dulu, kalau jadi save la.

ok DONE.

selamat mencuba :)



oh ye PERINGATAN!!  Nak copy tutorial nie boleh jeee ya amatttt,
TAPIIIII kene di kreditkan pada nama NANA dan link kan web blog nana, fahammm ??

kalau buat tutorial atas nama sendiri, ohh pelisssssssss laaaaaa.
Nana cop aje orang tu COPYCATTT!


p/s : tengah makan biskut semperit yang nana buat..nyum nyum

Ohhhh Petai

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat Hari Rayeeeee .

Ok, i tau you ollss masih dalam mood raya an an walauPON hari raya Aidiladha.
alaa kire raya la jugakkk kansss .

Haaaa, sesambal sesambil tengah melantak rendang daging tuu, nana nak share la sikit info mengenai buah petai .

Whatt ? petaii?? eeeuuuuuuuuuuwwwww (reaksi untuk makhluk yang fobia kepada petai)

ok, jangan nak euuww euuuww sangat la der.
I tau petai tu busuk , bau diee , pergghhhh mintak nyawe la sangat kan,

tapi

tapi

tapiiiiii

tau dakk sebusuk busuk die PON , die mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan yang tinggi ooo, dannnn die jugak kasi korang sihat sejahtera jee serta cargasss macam agassssss..
hahahaha..sory melawak plak.

what, tak lawak ?
ok fainggggg .

=========================================================================



=INFO PETAI=

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C tuu boleh jadikan korangg awet muda tauu dakk!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika nak pilih petai kat pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI


 

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
=======================================================================

fuuhhhh amacamm ? terkesima tak?
sedappp ooo kalau petai tu masak sambal letak dengan udang....
perghhh feveret i tauu . #terliur hingus den

Jom makan petai secara berjemaah JOMM . Jagalah kesihatan anda ^_^



p/s : pastikan jamban anda sentiasa berbau harum selepas mengkenchin dengan hemahnye. harap maklong.

Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Esok dah raya , dah buat persiapan untuk esok?
Kalau belum baik siap-siapkan dulu. okeh.

Mesti ramai yang berpuasa sunat Arafah hari ini yakni 25 oktober 2012/ 9 Zulhijjah 1433.
Keitimewaannye besarr sekali, ade nana selitkan di entri tawaran hebat dari Nya
Rajin-rajin la sikit membaca, tak rugi pom..hehe
Bagi yang tak mampu nak puase tu, mungkin disebabkan uzur bagi perempuan, boleh je berzikir, dan berdoa banyak-banyak lepas sembahyang fardu. ye.






Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Di kesempatan ini Nana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada semua kengkawan blogger Nana walaupun jauh nunnnn di utara, barat mahupun selatan.. #eh barat ade ke? pasantan lebih :D



p/s : rendang daging, pulut kuning, nasi empet...fuhh terbaikkk tokk


Tawaran Hebat Dari Nya | Jom Puasa Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



nak tahu kelebihan berpuasa pada hari Arafah ?
  • Dosa diampunkan pada setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.

Subhanallah ♥

--------
Allah masih sayang pada hamba-hamba Nya.
percayalah.

Niat Puasa Hari Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Selamat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah  :)




Jom baca entri lain : segmen mari berkorban bersama Arra Ahmad

Wordless Wednesday #27 : Gambar HOTSS

 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Penah tengok ini ?  agak-agak apa?







Inilah dieeeee . telur lipasss. haha

#mohon geli sekarang
                                    : Wordless Wednesday #25 : GO GO SPAIN ! | Spain VS Portugal 
                                    : Wordless Wednesday #24 : Selamat Tinggal Rejab, Selamat Datang Sya'ban  

Segmen : Mari berkorban bersama Arra Ahmad

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai saim saim. senyum sokmo selalu deh.

haha tetibe plak kanss. Almaklum lah pemain bola sepak kelantan menang 3-2 semalam (20.10.2012),
gatai-gatai nak sepaking klate.      haktuiii ! speaking la sangattssss.

ok faing.

Dari nana membebel tahap sengalees, baik pokus tajuk utama yerr.  yaaa segmen. 
Oh lame suda tak join itu segmeng. Rasenye dah berkurun lamenye. sejak azali lagi.. ha ha.

So malas nak taip panjang-panjang berjela-jela, kalau korang nak join segmeng tu, ikut saja syarat dan peraduan  peraturan dari beliau, hanya klik header beliau kat bawah ini jerrrr kalau nak tahu apa kebenda yang cik arra ahmad tu nak, okeh ada pahammmm, clear ?   goooooooodd boyyyy .  hahahaks :D



Segmen beliau nie bersempenakan Hari Raya Aidil Adha. so dia nak kita cerita sikit la erti hari raya tersebut bagi korang.


Erti Hari Raya Aidil Adha pada Nana adalah hari yang besar untuk kita membersihkan hati dan nurani. Hari besar ini mengingatkan kita  bahawa kegembiraan hakiki yang ada pada kita ketika kita semua menjalankan perintah Allah dan temukan diri kita dekat dengan-Nya.

Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian.

Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.

" Kesanggupan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya sendiri Nabi Ismail, bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat setia yang membabi buta, tetapi meyakini bahawa perintah Allah s.w.t. itu harus dipatuhi. "
" Malah Allah Taala memberi perintah sedemikian sebagai peringatan kepada umat yang akan datang bahawa adakah mereka sanggup mengorbankan diri, keluarga dan harta benda yang disayangi demi menegakkan perintah Allah. Dan adakah mereka juga sanggup memikul amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi,'' soalnya.

Jadi kita sebagai umat islam haruslah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai rezeki-Nya dan nikmat dari-Nya kepada kita. Dan selalulah kita berzikir, bertakbir, bertahmid agar kita sebagai hamba-Nya mengingati-Nya sentiasa.

THE END

ok nana nak tag Aien dan Boni.  harap sudi sudi la join segmeng nie... tak sudi pon takpe..x memakse pongg deh.



p/s : harap-harap dapat lerrr hadiah tu. kalau dapat, apa la ek beliau nak kasi..hehehe :D

Khutbah Jumaat #7 : Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ya kengkawan muslimin dan muslimat , sedar tak sedar kita dah masuk bulan yang cukup istimewa sekali iaitu bulan Zulhijjah yakni 3 Zulhijjah 1433 M. Tau tak bahawa ada ganjaran serta bonus-bonus yang menarik, kalau nak bolehlah menghayati beberapa tawaran itu kepada kita. Jom amalkan kengkawan.

Tak rugi pun buat. Anda buat, anda dapat. Dapat apa ?  opcoz la PAHALA :)

  • Allah Berfirman : 
          وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.


    Majoriti ulama berpendapat hari-hari yang sepuluh itu merujuk kepada sepuluh hari pertama Zulhijjah. Rasulullah juga bersabda,

    “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

    Maka, boleh kita simpulkan bahawa 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah merupakan peluang kedua umat Islam untuk mendapat ganjaran berganda, keampunan dan keredhaan Allah selepas 10 malam terakhir dibulan Ramadhan.








    Amalan di 10 Hari Pertama Zulhijjah


    1. Berpuasa


    Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:

    "Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun".(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).


    Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan".


    Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.



    2. Perbanyakkan Amalan Soleh

    Jika berpuasa tak mampu, nak berkorban tapi ada masalah kewangan dan sebagainya, cubalah untuk memperbanyakkan amal-amal soleh di 10 hari pertama Zulhijjah ini. Rasulullah bersabda maksudnya,

    “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

    Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

    Rasulullah bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

    Nampak tak, amalan soleh di 10 hari pertama ini lebih dikasihi Allah dari berjihad. Rugilah kalau kita tak mampu grab peluang keemasan ini. Tak susah pun nak buat, sedekah, baca Al-Quran, Solat Malam, berzikir, hadiri majlis ilmu, berselawat dan banyak lagi.

    4. Solat Hari Raya Aidil Adha


    Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata :Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu".(Riwayat Muslim).


    5. Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala


    Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
    "Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid".(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).

    Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.

    Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.

    Lafaz Takbir : الله أكبر  (Allah Maha Besar)

    Lafaz Tahlil : لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)

    Lafaz Tahmid : الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)

    Contoh lafaz yang dianjurkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد



    6. Puasa Hari Arafah

    Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya". (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).

    Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.

    Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu

    Firman Allah Ta’ala:

    وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

    (Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkari kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta).( QS. Ali Imron: 97).




    Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah.Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji,maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.

    Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

    "Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa".(Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16).



    Akhir kata,rebutlah peluang keemasan ini selagi masih ada hayat dikandung badan.Jangan sia-siakan bonus yang cukup hebat ini kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita hidup di dunia ini.Mengemislah di dunia sebelum anda menjadi pengemis di kehidupan yang kekal abadi.

    Selamat Beramal



    p/s : pulut kuning cecah rendang daging nanti sedap ooo :p

    Asik asik tukar wajah. #17 : SPONTANEOUS THURSDAY

    بسم الله الرحمن الرحيم
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






    Mood datang berjuih juih. Ada je gatal gatal tukar background umah  macam tukar baju.
    Tapi nana rase nampak Header yang ni simple but ade gak kaler kaler kesukaan menyelit kat situ.

     Header 1 , Header 2  dan  Header 3 sudah ku banyak design. semua ikut mood.
    kalau mood kata tukar, tukar. Kalau suruh terjun lombong, errr nana buang je mood nana ke lombong
    susah ape yedakk . . kukukuku . nonsense bak kata chef wan..opsss.

    Lawa ke lawak ? haih.




    p/s : nasib tukar header je. jangan tukar lain doh ler . >_<

    Wordless Wednesday #26 : Weird Island

    بسم الله الرحمن الرحيم 
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Hai yuu owlssss . . #eh  

    hai you allssssss...pernah nengok pulau kepelikkan dan keanehan ? i kan lagi lerr tak pernah.
    saje nak kasi you allsss tengok walau dalam keterpaksaan..ahakssss.... #macam lirik lagu gituww yuu  :D .. takmo citer pepanjang okeh becoz nama pun wordless wednesday karang membebel je manjang jadi moreless wednesday pula kanss...ahaksss . 

    okehh kite roollll VT.. #sah sewel aku dah.


























    p/s : pelik kan kannn? maaf gambar tak banyak, itupun gambar kidnap..heheehe

    How Fast Are You ?

    بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Hai kengkawan di hormati dan disayangi . sihat ? alhamdulillah. 
    Yang tak sihat tu , bebawak lah diri ke klinik atau hospital berdekatan anda. okeh.

    majulah sukan untuk negara  #eh !

    ok, maaf meraban suda.

    Nana teringin nak uji kepala otak korang ni sama ada ok, biol atau sengal tahap gaban ke atau memang tak dapat diselamatkan. sooooo sesuai dengan tajuk di atas, let's chekidauuuuuttt. . ahaksss  # gedik semacam lak aku.


    Seberapa pantaskah anda meneka ayat di bawah ini?


    1. BOO_S
    2. _ _NDOM
    3. P_N_S
    4. F_ _K
    5. PU_S_
    6. S_X


    dah teka ? wahhhh cepat bebeno korang teka..hebak hebak beteii . .

    Nak tahu jawapannya ? sila scroll ke bawah dengan kemesraan anda okeh :)


    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    pergh amat gelojoh anda ini..kan..sabar..sila scroll lagi...slow slow..
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    penat ? alaa sabar sikit je lagi ye yunk... hehe

    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    OK, JAWAPAN UNTUK SOALAN ITU IALAH
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v


    1. BOOKS
    2. RANDOM
    3. PANTS
    4. FORK
    5. PULSE
    6. SIX




    So, sapa yang agak-agak meneka salah tu, anda perlukan pertolongan cemas tahap kritikal sangat.
    sebab nana tahu apa korang fikirkan..tak payah nak tipu sangat la derrrrr...

    hahahahahaha.

    .
    .

    Kau Pergi Jua

    بسم الله الرحمن الرحيم 
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    Dari Allah lah kamu Dihidupkan
    Dan dari Allah jua lah kamu Dimatikan


    3 tahun mengenalimu
    walau hanya di kampung kecil
    walau hanya rumah beratapkan pelepah kelapa
    walau kamu nenek angkatku
    Aku menerima dengan apa adanya kamu
    Keluargaku juga


    Gelak tawamu menjadi penawar
    runsing, sedih mahupun gusar
    kami pasti mengukir senyuman

    Nasihatmu
    Pengajaranmu
    Masakanmu
    nyanyianmu
    sentiasa kami ingati selalu




    (pinjam dr google sebab nenek ni sebijik macam arwah nenek aku )

    Nenek ! kami akan sentiasa rindukanmu.
    sampai. bila. bila.
    [11.10.2012]

    .



    Tangisan Si Hidung #16 : SPONTANEOUS THURSDAY

    بسم الله الرحمن الرحيم 
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    Semalam dia tidak buat hal.
    sangat baik perangainya.
    Boleh lagi ketawa
    senyum menawan tertawan.  #eh

    Hari ini,
    Tiba-tiba dia berbisik
    tak selesa
    sebab 
    pagi tadi terkena angin hujan
    sambil menangis sendu-sendu.

    Aduhh. 
    meleleh leleh hidung aku.
    gara-gara hujan pagi tadi.

    Ada ubat selsema?




    p/s : sediakan payung kalau nak hujan tau  =P

    Lelaki US mati akibat memenangi pertandingan memakan lipas

    بسم الله الرحمن الرحيم 
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Madagascar hissing cockroaches in captivity


    London, Oct 9 (ANI): Seorang lelaki dari Florida, yang memenangi pertandingan memakan lipas, meninggal dunia sejurus selepas dia dijatuhkan lebih pepijat hidup daripada sekitar 30 peserta lain.

    Edward Archbold, 32, menjadi kurang sihat sejurus selepas pertandingan berakhir dan dia rebah di hadapan venue, Ben Siegel Reptilia Store di Deerfield Beach, Florida, Mirror melaporkan.
    Menurut polis, tiada peserta lain menjadi sakit.
    Archbold telah dihantar ke hospital di mana beliau telah diisytiharkan mati.
    Pada masa ini, pihak berkuasa sedang menunggu untuk keputusan pelabuhan-mortem untuk menentukan punca kematian.

    "Kami merasa amat teruk"pemilik kedai Ben Siegel yang menambahkan bahawa Archbold tidak muncul untuk menjadi sakit sebelum pertandingan, katanya.

    "Dia kelihatan seperti hanya untuk menunjuk-nunjuk dan baik saja." katanya sambil menambahkan bahawa Archbold adalah "the life of the party"

    Satu kenyataan dari peguam Siegel berkata bahawa semua peserta menandatangani pengecualian "menerima tanggungjawab penyertaan mereka dalam peraduan ini unik dan ortodoks." (ANI)



    sumber
    --------------------------
    Hishhh , orang kat negara barat nih memang buat keje-keje berani mati betul.
    Demi nak cipta nama konon, kan dahhh...matiii gara-gara makan lipass....euuuuuuu

    Tengok lipas den dah takuttt....apatah lagi nak poganggg..eeeeeee...






    notakekakian : Lebih baik makan ayam kepci dari makan serangga..muahahah
    .
    .

    Selamat Pengantin Baru

    بسم الله الرحمن الرحيم 
     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    " Ya Allah Ya Tuhan kami
    Satukan hati kedua mempelai ini
    Seperti Engkau satukan hati
    Adam dan Hawa iaitu Afzal dan Azhafizah
    dan seperti Engkau satukan hati
    Muhammad SAW dan Siti Khadijah
    Semoga Allah memberkati kamu berdua
    serta menghimpunkan kamu
    Kebaikkan dan keberkatan
    Di dunia dan di akhirat. Aminn "




    Selamat Pengantin Baru yep Abamm apzal dan Isteri Radhiah Izzati.

    Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan. Aminn



    bagai pinang dibelah dua . cewhhh . . .


    serius beb , time nie amat merasai penyesalan kesesalan kerna awek cun Bug Love
    dan Tirah Zairi ada disitu...wuaaaaa  T____T
    x sempat nak berchit chat ngan doranggg.. miss u all tau takkkkk !
    hummmmm

    tak lupa abam2 kachaksss Boni and syahiroo pun ada...
     errr kachak kerss? hahahah =P



    sedondon dah goodies bag ngan baju, kerlassssssss gituuu..ahaksss =P



    Apapun, nana happy walaupun jumpe sekejap je... sooo harapnye kalau ade buat apa-apa events ke hapa
    jangan ler lupa jemput sekalii naaaaa . . boleh bertepuktampar  berchit chat nanti.... haha

    okiesss daaaa...





    p/s : jelesss gueeee nengok kawan-kawan kawin...heheheh

    .