Ilmu dan Free Palstine

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)




Daftar Peserta (PERCUMA) >>DISINI<<
Daftar sebagai fasilitator       >>DISINI<<


Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati merupakan himpunan para remaja dan belia alumni program Anda Bijak jauhi Zina (ABJZ), yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Para alumni dijemput hadir dan berhimpun bagi menyatakan kepada dunia bahawa mereka adalah remaja dan belia yang bijak menjauhi zina.

Himpunan yang akan diadakan pada 31 Disember 2012 ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan beberapa badan-badan lain untuk bersama remaja belia menyambut tahun baru secara sihat dan berakhlak.

Himpunan ini turut mempersembahkan slot yang mendidik jiwa dan minda remaja belia menerusi persembahan nasyid, forum dan sebagainya daripada artis dan selebriti jemputan.

Kemuncak perhimpunan ini akan mengumpulkan semua suara remaja dan belia yang akan berikrar serta berazam untuk mengatakan tidak kepada zina.
Himpunan ini akan diakhiri dengan program pengisian dan solat dhuha.

Pada 31 Disember 2012, 2000 remaja dan belia sudah memahami dengan baik harga diri mereka untuk mengatakan tidak kepada zina.

Mereka akan berkumpul di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 5.00 petang menerusi sajian pelembut jiwa dan diakhiri dengan ikrar Saya Bijak Jauhi Zina sebagai bukti kesungguhan memelihara maruah diri, keluarga, agama serta negara.

Jom lah kengkawan semua kita daftar dan join. tak rugi pun kita menimba ilmu seperti ini :)

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




 YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKAN PERTOLONGNGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN SESUNGGUNYA MEREKA DIANIAYAI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH. YALLAH ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDASYAT-DASYATNYA SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN. AMIN...

TOLONG SHARE SEMOGA DOA SAUDARA SEMUA DAPAT MENOLONG SAUDARA KITA DI PASLESTIN .

#PrayForGaza


p/s : nana teramat busy akhir akhir ini, In shaa Allah akan kembali aktif pertengahan bulan Disember

Salam Ma’al Hijrah 1434H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)





Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah".
(HR Bukhari no 6484)

----------------------------------------------------------------------------

Nana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua sahabat-sahabat muslim Nana Salam Ma'al Hijrah yang ke 1434H, 15 November 2012. Semoga tahun  ini lebih barakah dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Ameen.

Silence Day Of Wednesday #1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, nak support Abam Potia nye segmengg :)
oppssss silenceee please...shhhhhhhhh!








where is my egg ?



Kemah Kemahh Bohhh

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum awak :)



mana siaran nie? pasan tak?



kidnap gambar dari SINI

Pada peminat ceramah ceramah agamo (agama) tu jemput mai la nonton naaa. tak rugi dehhh nengok (tengok).

Dapat apa nengok nyo (nye) ?

dapek ( dapat) paholo sokmo bohh (pahala selalu lah)
*hiraukan dengan bahasa alien nana tu lar..haha

TIADA KATA #15 : Yang Haram Jadi Halal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum







p/s : Pierre Andre :) Lailaha illallah MuhammadurRasulullah, Alhamdulillah sudah berhijrah beliau.
Semoga Allah redha orang-orang yang berhijrah ni..amin

Anugerah Skrin 2012 Atau Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Hai korang. Malam nie ade dua majlis kat kat PWTC tu haa...
malas nak bebel banyak-banyak korang layan suda kat bawah nie yee..



 Anugerah Skrin 2012




Petaling Jaya, 17 Oktober 2012  – Cetusan ilham dan nukilan kisah hidup yang dikarya bukan sahaja menggamit perasaan mereka yang menonton, malah ia juga memberi inspirasi dan meninggalkan kesan dalam hati para penggemar drama dan filem. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air.



Utuh memasuki musim yang ke-14, Anugerah Skrin 2012 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Konsep yang segar ditampilkan setiap kali penganjurannya telah menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini. Tahun ini, Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep malam Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Maklumat lanjut  >DISINI<






http://www.malaysiandigest.com/images/BDG_6466.jpg 

 http://www.malaysiandigest.com/images/DSC_3535.jpg




Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo


 http://www.mummynemo.com/wp-content/uploads/2012/11/perkahwinan-lee-chong-wei-300x208.jpg

 Dato’ Lee Chong Wei & Wong Mew Choo Pre-Wedding Photos


 http://yanmieonline.com/wp-content/uploads/2012/11/gambar-pra-perkahwinan-datuk-lee-chong-wei-10.jpg



Majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 dan 10 November 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Jangan lupa saksikan majlis perkahwinan mereka secara siaran langsung di NTV7 bermula pada pukul 8.30 malam pada kedua-dua hari tersebut.




So mana satu korang nak layan?

ok faing dah tau sangat dah...tak payah cakap nana dah tau lameee dah. eleh elehhh.

k papai wasalam.



notahati : nak kawimmm..kakaka

Khutbah Jumaat #9 : 7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Selamat Hari Jumaat semua, hari yang penuh diredhai Allah SWT.
Nana hari nak share sikit la tentang ayat-ayat yang sangat baik untuk kita amalkan setiap hari.

Tak rugi pom , malah dapat pahala tau :)






7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya... :)


1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan..."




Notahati : anda buat anda dapat :) Selamat Beramal ^_^

Seksi or Seksa #19 : SPONTANEOUS THURSDAY

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum




Minah saleh pakai skirt nampak betis?
awwww sooooo seksiiii!

Minah malay pakai skirt nampak betis?
owwwhhhhh soooo seksaaaa! 







notahati : Insaflah wahai hawa yang masih tak tutup aurat! kasihanilah diri sendiri dan bapamu :(

First GA bY TirahZairi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum korang :)





  






1 - Buat entry bertajuk "First GA bY TirahZairi".
2 - Letakkan slogan "Bukan.Retis.Fofular" mengikut kreativiti sendiri..biasa2 pon diterima (tak   paksa).
3 - Slogan tadi mestilah dibacklinkkan ke entry GA ini.
4 - Tag blogger lain paling banyak 1 pon jadilah...nak tag lebih dipersilakan.
5 - Letakkan link entry anda pada komen entry ini.
6 - Terbuka kepada semua blogger.

tag to : Jia and Fatimah Azzarah


Nak Join ? klik saja banner... ok papaii  :)

Resepi | Almond London Cookies

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









hai korang, buat apa tuu?
Nampak tak biskut kat atas tu? dapp kan kan? ngeheee.
kemaingg aku post cookies bagai..hari tu letak gambar stepek biskut semperit. haha.


Ok entri kali ni Nana nak share kat kengkorang semua resepi biskut yang memang sah dan di cop oleh orang ramai tak kira tua ke, muda ke tersangatlah sedap tau. Siap masuk thivi tau dak biskut ni.
Ala kata fofuler dah biskut ni.        Biskut apa ?
Alaaa, biskut Almond London lerr, dalam buku-buku masakan, majalah, kadang surat khabar pon ade tertempek biskut Almon London nih. kann.

Tengok, nama pon dah ala ala henggeris tau. mana la tau kot kot masa makan biskut ni terbayang laa main kejar kejar kat Lhondon gituu khannn.. haha .
Selalu nana buat biskut Almon London ni time raya je, time lain-lain agak kemalasan la jugek..
kueng kuennng.

Ok asyik membebel je jom tengok bahan-bahan nye dulu okeh.
Pergi lah ambik kertas A4 dan pen siap-siap, salin resepi kat bawah ni, mana la tau tetibe niat kerajinan nak buat ke nanti... haha.


Bahan-Bahan ( 150 biji )

250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)


Bahan Salut :-)

700 g coklat masakkan (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya




Cara Membuatnya | Step By Step follow below this picture



  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Pukul sebati
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati





     5. Masukkan serbuk badam dan kacau
     6. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
     7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
     8. Kacau  hingga adunan menjadi doh




     9. Nampak dak? dah jadi doh kan. (sila kata poyo sebab tetibe buat love love bagai)
   10. Bulatkan doh macam nana buat tu la. fuh penat gak la nak membulatkan beliau.
   11. Lepastu letak lah kacang badam yang dah di goreng tadi.
   12. Then, korang bentukkan doh tu jadi bujur sireh. Jangan besar dan kecik sangat tau.
         Dah siap letakkan dalam dulang pembakar yang dah di sapu mentega.
  
       *Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 




     13. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" serta masukkan lemak sayur.
           Agak-agak dah sebati dan tiada ketul ketul, tutup api.
     14. Bila biskut dah masak dan di sejukkan. susun molek molek naaa kat paper cup tu.
           ( abaikan aje kalau biskut i senget benget or kecik beso )
     15. Jangan segan silu masukkan coklat menggunakan sudu, kalau tak nak comot boleh guna pipe
           bag ye. Macam nana ni kan bajet teror la sangat nak gune sudu. kahkah.
     16. Setelah itu taburkan bunga kacang badam cincang ke atas biskut tadi. Suka hati la nak sikit ke
           banyak ke atau penuh satu biskut tu nak letak. haa lantak lah..


Ok dah siap semuanye tunggu la biskut tu sejuk selama 1 jam ke 2 jam ke berjam jam ke ikut suka hati la yea.

Haaa, senang tak?  lepas ni gegerl gegerl semua boleh la praktis buat  ye. Boboy boy pom boleh je praktis. itu pun kalau la jadik..kehkehkeh.

selamat mencuba.. papaiii.




p/s : biskut semperit pon sodap gak kann?

Exspo Buku Islam4 KL SENTRAL

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Venue : KL Sentral Kuala Lumpur
Date (tarikh Ekspo) : 27 Oktober - 4 November

Date ( tarikh kunjungan) : 31 Oktober

Banyak buku-buku ilmu serta Novel-novel yang terdapat disana.
Anda juga boleh temui penulis-penulis terkenal dan mendapatkan tandatangan mereka :)

Contohnye Abam Hilal Asyraf  ^_^


 teruje weh doploh saat nampak abam hemsem ada kat sana.
sempat gak la beborak ngan dia.. mohom jangan jeless la :P


Pintu masuk



 
 Langit Ilahi-------
Best Selling tau kat sana





Antara hasil karya Hilal Asyraf di Galeri Ilmu







 Selain buku dari beliau, Buku soal jawab dari Ustaz Azhar Idrus juga ada.





 Nampak. Begitu segak tok guru kita naaa.
kekeke





Beliau memberi sedikit ceramah pasal buku-buku dari beliau



 

 Selesai beli buku-buku pilihan termasuk buku langit ilahi, lalu apa lagi, mintak otograf larr..
hehehehehe






 xde motif pom..haha






Nice Quote kan ?
"Allah itu hampir, jangan kita meminggir"



Sekian.



p/s : Novel cinta islamik lupa nak share. next week la ye.


Khutbah Jumaat #8 : Galakkan untuk berdoa

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


 Haa, semua tau kan betapa doa adalah sangattt penting untuk kita pada setiap hari dan setiappp mase.
Tipu lah kalau takder sape yang tak berdoa,  nak nak kita berdoa kesejahteraan untuk ibu ayah atau diri sendiri atau pada orang-orang yang kita sayang kan..kan..kannn ?
Tak kisah la niat atau apa pun jenis doa itu, asalkan ikhlas. Cepat atau lambat doa itu dimakbulkan terserah pada Dia. Kerana Dia yang menentukannya.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”
-Riwayat Bukhari-

Huraian:

    Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
    Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
    Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
    Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T




p/s : selawat elok juga. kan :)



Hello November #18 : SPONTANEOUS THURSDAY

  بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




 Bulan Oktober dah pergi. 
Masuk bulan November pulak. 

Oh Hello November , nice to meet you.
Am i look nice to you ? 

kekekkke :D