Bantuan Segera Musim Sejuk Untuk Syria

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum.

Musim sejuk terburuk di Syria. Mereka terpaksa menahan kesejukkan melampau untuk meneruskan kehidupan mereka.



Jihad pendidikan buat anak-anak Syria.

Musim sejuk yang semakin mendekat benar-benar menguji anak-anak ini untuk terus hadir ke sekolah menuntut ilmu.

Gambar-gambar ini diterima daripada wakil NGO di Syria.

Kerisauan mereka, anak-anak ini tidak akan datang ke sekolah kerana kesejukan yang melampau.
Suhu ketika ini mencecah 10 darjah dan akan terus menjunam jatuh sehingga 0 darjah celcius. Mereka memerlukan pemanas yang cukup untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif.



Bantulah mereka demi meneruskan pembelajaran seperti anak-anak kita di Malaysia.

Mari sama-sama memberikan harapan kepada rakyat Syria. Sekurang-kurangnya mereka tahu, ada mereka yang di luar sana prihatin dengan kepayahan mereka.

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Resit pengecualian cukai disediakan.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Terima kasih.

----------------------------------------
Sila sebarkan demi Ummah !

Minyak Naik?

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum .

Khaifa haluk?

Panas hati tak dengar tajuk tu, sapa yang faham mesti tahu sebab nya kan?
heeee.

La Tahzan (Jangan bersedih ) dan jangan lah marah-marah,
terima saja dengan hati terbuka, nak taknak itulah keputusan yang di buat oleh
Perdana menteri kita iaitu Dato' Najib Razak di media.





Alhamdulilah, baru 20 sen kan, jangan marah-marah ya.
Takpa dari RM1.80 kepada RM2.00 . 
Tak mahal sangat lah. 
Murah je tu.

Kan?

Kan ?

Kan?

R4BIA SYRIA | Lagu Terbaru dari Hafiz Hamidun

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip disini.





Hafiz Hamidun kini mengeluarkan lagu baru beliau yang bertajuk Rabia Syria.
Amat menyentuh hati ini mendengar lagunya..Subhanallah.

Di bawah ini saya sertakan sekali lirik lagunya.


   
Rabi'a...
Syria...
Ku kirim cinta

Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris 
Sebak di dada

Rabi'a...
Syria...
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi'a...
Syria...
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي
ياواسع الكرم

محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi'a...
Syria...
Ku kirim doa

Di hadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi'a...
Syria...
Hapuslah derita

Rabi'a...
Syria...
Hujungnya di syurga

--------------------------------------


R4bia Syria

Lagu terbaru Hafiz Hamidun 2013

Charity Single by Hafiz Hamidun

Composed, Arranged & Produced by Hafiz Hamidun
Malay Lyric by Fedtri Yahya


Mengapa Saya Bertudung Labuh ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaikum,

Mengapa saya bertudung labuh ?




Sekarang dah tahu?

Alhamdulillah.
Semoga wanita yang bergelar islam diluar sana juga faham kelebihan-kelebihan memakai tudung
yang labuh . :) Aminn .

Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaikum Reader's ^_^


Khaifa haluuk ?
(Apa khabar) ?

Alhamdulillah.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kamu semua.Amin.

Sahabat, kamu tahu tak apa yang terjadi pada negeri Arab sekarang ? Ya Allah, sungguh besar dugaannya yang harus mereka tempuhi. Lepas satu , satu dugaan yang datang.

Pada mulanya, negara palestin di kecam, dizalim oleh tentera Israel laknatullah. Rakyat2 palestin di Gaza menderita, kehilangan ibu bapa, anak2, suami/isteri. Ekonomi disekat. Betapa daif kehidupan mereka.
Apabila palestin dah mulai reda sedikit, timbul pula kekejaman di Syria. Allah Allah Allahhh. T__T

Syria pula menjadi tragedi berdarah terhadap orang sunni, ahli sunnah waljamaah.
Kini terntera Basyar Al-Assad pula menculik dan membunuh para2 sunni di sana. Basyar ialah pengikut syiah yang sesat. Untuk ketahui lebih lanjut boleh rujuk Page Facebook Malaysia Life Line For Syria .

Terkini di Mesir pula menjadi mangsa kekejaman oleh tentera As-sisi....Allah,
sungguh sakit hati dan sebak mendengar dan melihat penderitaan mereka...

Wahai sahabatku yang budiman, marilah kita sama-sama berdoa dan disertakan dengan Qunut Nazilah,
Semoga saudara-saudara Islam di dunia ini selamat dari kekejaman dan kezaliman manusia jahat.
Amin Ya Rabbil 'Alaminn.  T___T

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama turun padang untuk menyokong Morsi.
Ayuh Semua.




Himpunan Aman di seluruh Negeri ( hanya beberapa Negeri)  selepas solat Jumaat ditempat-tempat berikut:-

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri Sembilan
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Salam Aidilfitri 1434H Untuk Semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaikum,

Apa khabar diri dan iman semua? baik-2 belaka? Alhamdulillah.

So macam mana dengan Ramadhan tahun ini? makin kurus? makin naik berat? makin berubah?
Alhamdulillah, berkat ramadhan la korang jadi macam tu. Bulan-bulan lain hado? mihmih :D

Di kesempatan ini, nana ingin memohon sebillion kemaafan dari korang semua andai diri ini
ada buat jenayah hati kat korang. Maap la, nana bukan sengaja pon, kekadang sebagai manusia biasek ni
mesti ada jua rasa nak buat jenayah hati tu tanpa sedar.. kehkeh
#jenayah kunun?

Nana juga nak ucapkan Taqabbalallahu minna waminkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maap jahir bhatin ya ibuk-ibuk, bapak-bapak semuanya. Kisah yang lama, jangan dikenang-kenang deh.. Enggak elok. :D
Kad Raya tak sempat nak kasi, so sebagai penggantinya, nana nak kasi kad raya IT...
ha IT?  Hantam sajalah labuuu...




p/s : hati-hati memandu di jalan raya, ingat lah diri sendiri dan mak ayah anak atau bini


Kenyataan Mengenai seorang malaysia menyertai FSA Adalah tidak benar.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik,

Maaf untuk semua para blogger, disini saya mahu menyatakan sekeras-kerasnya bahawasanya
kenyataan dari seorang blogger infromasi.my adalah tidak benar!!

Saya sertakan sekali status Ketua misi Malaysia Life Line For Syria ini

"Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti yang dipaparkan di dalam laman web di bawah. 

http://www.informasi.my/pemuda-malaysia-pertama-jihad-di-bumi-syria/

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 

Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 

Sekian. Terima kasih. "


Sumber : FB


Jadi , sebelum mahu sebarkan sesuatu fakta, kaji dan selidik dulu artikel tersebut sebelum
kamu kongsi di mana-mana laman sosial mahupun blog, wordpress dan sebagainya.

Bertemu kerana Allah, Berpisah Kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik,

Lama juga tidak menaip kat sini.  Agak2 ada orang tolong jagakan kan ?
huhu..poyo.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk ketemu sama adik-adik usrati beberapa hari yang lepas,
sungguh indah rasa dapat berkenalan dengan mereka.

Dapat tau pun dari facebook, group #TeamHijrah, Admin dari group tu berhajat nak buat Iftar di Masjid Asy-Syakirin KLCC, waktu yang dijanjikan itu memang tiada halangan sebab kelapangan waktu itu.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. :)

Kami sempat juga berta'aruf, berusrah, solat jemaah sama-2, Subhanallah :')
Semoga hubungan ukhwah kerana Allah ini berkekalan hingga akhir hayat kami..
Aminn Ya Allah.


Sesi ta'ruf dan usrah , topik perbincangan = masalah pergaulan di fb :D



yang buat peace tu adik Nabila, kemaing ko dik..
akk je yg blur.haha



bergambar ngan adik korea..opss..haha..
adik bertudung peach ni nama die fara,
haa siap promote aku ni :d
kemaing aku :D



comel dak kek ni? haha silalah jeles ye ...
ni hadiah saye untuk group teamhijrah..
Alhamdulillah :)



Sebelum balik, kami sempat bergambo buat kenang-kenangan,
Ya Allah rindu dengan mereka semua..
bila la nak buat lagi camgitu ye..:(






Alhamdulillah, syukur kerana Dia permudahkan urusanku, mudah-mudahan
kami dapat berkumpul macam itu lagi. Seronok sangat tau usrah sama-sama:)
Dapat banyak jugak ilmu dari mereka. Alhamdulillah.

ok. sekian dari saye.
jumpe lagi.

Blogger Template HTML Editor Baru

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam Alaykum,

Eh. banyaknya habuk kat sini. Nasib baik ada penutup hidung ni.
Alhamdulillah. hiks.

Lama juga tak up-to-date entri ni. Rasa idea tu makin lama makin menjauh dari kotak fikiran.

Ok lah, back to main tittle ye. Rasanya mungkin ramai yang dah tahu pasal edit template yang baru,
kalau yang dah tahu tu, tak pe lah.  Yang belum tahu tu, tak salah nak kasi tahu, supaya dorang tahu.
Hikss.

Saya bukan tak mahu tunjukkan cara, cuma faham-faham je la. hehe.
Nak tahu step by step atau cara-caranya, boleh la pergi ke blog cik akak sorang ni, Full punya tutorial.

Blogger Template HTML Editor Baru 






Selamat mencuba.  Assalamualaikum.

Jangan Sedih Sayang | Saya kan ada

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum,


Entri ini khas buat adikku yang tersayang. Hari-hari buat kerja sampai letih-letih dia, entah makan atau tidak dia tu, almaklum lah duduk pun jauh-jauh.  Tak tahu dia macam mana.

First time tengok dia buat video di Keek, dan tertengok video pasal cirit ?
eeeuuuu eyma, perlu ke cirittt ? sumpah kelakar.

Macam-macam kan sekarang, lepas skype, whatsapp, lepastu weChat, and then KeeK pula.
Wahh makin maju. Saya je tak maju-maju..haha :D

Eyma, akak sentiada ada untuk eyma. Sama juga dengan si ehem2 tu #maaf tak boleh mention kat sini . Dont be sad ye sayang :)

naahhhh ada video untuk eyma, tengok sampai habis  :)




p/s : happy ye :)

Kempen Gambar Profile Coklat Telah Tamat

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum

Alhamdulillah, masih diberikan izinNya untuk menaip di entri ini.
Walaupun sibuk dengan kerja dunia demi untuk amal di akhirat, bolehlah ambil masa sedikit disini.

 



Mungkin ada yang dah tahu mengenai kempen DP (default profile) berwarna coklat di facebook. Gambar tersebut seperti  di entri >INI<. Bagi yang tidak tahu, saya akan terangkan serba sedikit mengenai kempen ini.

Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.


Kempen 3 hari DP coklat telah pun berakhir. Walaupun tidak mencapai sasaran 500 sokongan, iaitu hanya 250+ sokongan sahaja yang berjaya dikumpul. Namun, saya rasa sangat berbesar hati kerana 250 orang ini sanggup menukar DP mereka selama 3 hari dan berikan sokongan walaupun  tidak mengenali di antara satu sama lain.

Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang prihatin terhadap warga palestin. Semoga Palestin mendapat kebebasan sepenuhnya dari kekejaman ISRAEL laknat itu..Aminn.

TIADA KATA #16 : FREE SAMER ISSAWI | FREE PALESTINE

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum





p/s I  : tukar DP di FB anda tanda anda sokong.
p/s II : untuk lelaki klik ------> SINI

Surah Kahfi | Elak Fitnah Dajjal

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

 Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya. Kebiasaannya, Surah Kahfi ini diamalkan setiap hari Jumaat. Khamis malam jumaat juga sangat bagus dibaca menggantikan surah Yassin.

Pada kebiasannya juga orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.




Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)

Maka, marilah kita mengamalkan membaca Surah Kahfi pada setiap hari jumaat. Menghafalnya adalah sangat bagus kerana akan sentiasa bebas dari musibah yang bakal mendatang.  :)

Subhanallah .

Mencari Designer Header Blog

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum

Segala puji Allah yang masih memberi peluang untukku menulis disini.
Alhamdulillah.

Agak lama juga menyepi dari menulis di blogspot.com ini.

Sibuk?

Mungkin ya. Disebabkan pekerjaanku sekarang  ini ahli sukarelawan sepenuh masa, agak terhad juga untukku menulis. Walaupun idea mencurah-curah dibenak fikiranku, tidak kesampaian jua untuk ku sebarkan disini.

Oh ya, memandangkan header blog saya agak biasa saja di mata orang ramai, dan agak tiada masa untuk merubahnya, mendesign'nya, mencorakkannya, menceriakannya, saya ingin mencari seorang pereka designer [dah macam cari designer baju wedding pulak] untuk mendesign header blog saya.
Ciri-ciri header mestilah islamik, ikut ayat header saya All About Life dan yang paling penting menarik perhatian saya la..hehehe.

Kalau ada sesiapa yang mahir dan bab-bab mereka header blog ini, sila inbox di laman facebook saya di Farhana Zin .

Untuk kos header design boleh dibincangkan nanti .

Please ye, harap-harap ada sudi lah yang buatkan header blog untuk saya.

Memilihku kerana Allah atau Nafsu ?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam Alaykum.




Bismillah

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Rabbal'alamin....


Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (surah an-nur-ayat 32)



  • Andai kau cari seorang wanita yang alim warak dan berpurdah sempurna .. aku hanya mujahiddah yg masih berusaha menyempurnakan agamaku.. :')
  • Andai kau cari seorang wanita yang cantik paras rupanya .. itu pastilah bukan AKU..
  • Andai kau cari seorang wanita yang kaya harta benda .. aku hanya wanita biasa namun aku bersyukur dengan nikmat Allah swt sentiasa ..

Aku ini hanya seorang wanita yang biasa , yang ingin dibimbing. Seorang teman untuk memimpin, dan menemani hari ku untuk menyempurnakan agama sebelum bertemu Illahi..dan mencari seseorang mujahid yang mampu menjadi IMAM untuk melengkapkan separuh dari agama ku. Dan ingin menjadi isteri kedua yang bermaksud isteri untuk dunia dan akhirat sehingga ke syurgaNya. Insha Allah. Isteri pertama bagi suami? Ialah PERJUANGAN!! 

Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw “Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.


Sekian, dari seorang yang merinduimu ,

Dua Ribu Tiga Belas | Tahun Penghijrahan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum


Syukur Alhamdulillah, Maha suci bagi Allah, Segala puji-pujian BagiNya.
Sesungguhnya, hidayah adalah milikNya, dan ia datang dariNya jua.

Tahun dua ribu tiga belas ini, satu cahaya buat diriku, yang mana cahaya itulah aku genggam erat
dan akan ku semai dalam hati. Ya Allah, sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang aku lalui.
Dengan kasih dan sayangMu, Kau permudahkan segala urusanku. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Benar apa kata hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, 
“Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka beruntunglah orang yang asing.”

Orang yang memandangku kini menganggapnya asing baginya, ada yang pelik, dan ada juga hairan dan ada juga mengata. Namun bagiku, aku biarkan sahaja apa yang mereka katakan atau tomahan kepadaku. pekakkan telinga adalah jalan yang baik. kan ?

Biasalah semua itu. Bukan aku seorang saja yang lalui malah ramai lagi perempuan-perempuan di luar sana mengalami nasib yang sama denganku. Tak kisah lah dari kata kejian, cacian, fitnah sana sini, namun mereka termasuk aku tetap tabah dan berdoa agar mereka faham kenapa kami berpakaian seperti itu.  




Alhamdulillah, akan aku istiqomah sampai bila-bila
Insya Allah .