Memilihku kerana Allah atau Nafsu ?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam Alaykum.




Bismillah

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Rabbal'alamin....


Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (surah an-nur-ayat 32)



  • Andai kau cari seorang wanita yang alim warak dan berpurdah sempurna .. aku hanya mujahiddah yg masih berusaha menyempurnakan agamaku.. :')
  • Andai kau cari seorang wanita yang cantik paras rupanya .. itu pastilah bukan AKU..
  • Andai kau cari seorang wanita yang kaya harta benda .. aku hanya wanita biasa namun aku bersyukur dengan nikmat Allah swt sentiasa ..

Aku ini hanya seorang wanita yang biasa , yang ingin dibimbing. Seorang teman untuk memimpin, dan menemani hari ku untuk menyempurnakan agama sebelum bertemu Illahi..dan mencari seseorang mujahid yang mampu menjadi IMAM untuk melengkapkan separuh dari agama ku. Dan ingin menjadi isteri kedua yang bermaksud isteri untuk dunia dan akhirat sehingga ke syurgaNya. Insha Allah. Isteri pertama bagi suami? Ialah PERJUANGAN!! 

Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw “Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.


Sekian, dari seorang yang merinduimu ,

18 kaki komen

Cik Aya said...

Nice entri...dear..thanks 4 sharingS

boni kacak said...

saya amat yakin awak akan bertemu seorang lelaki yang mampu menjadi imam solat dan imam kehidupan awak satu hari nanti.. Saya doakan awak bertemu seorang lelaki yang benar-benar baik.. yang taat dan takut pada Allah...Amin..

Remy hazza said...

pilihlah kerana Allah...kerana Allah lebih mengetahui yg terbaik buat kita.....

My Life's Journey said...

Dear akan menemui lelaki yang menyintai dear dengan seadaanya ..amin2 .. Hari itu pasti akan tiba jua (^_^)

zila manaf said...

amin...moga nana dipertemukan imam yang dapat menyemurnakan hati na eh

afzalsukasuki said...

wooo adik.tersentuh abang baca

abang doakan adik dapat calon suami yang baik budi pekerti, perwatakannya dan mampu membimbing adik dan keluarga menuju Jannah ye

P/s : adik teka paling tepat, bak sini contact no :) inform gak either mxis/celcom@digi ye

Empayar Utama said...

Susah nak komen ni :)

Shida Radzuan said...

mncintainya kerana allah lebih hebat dr segala cinta ddunia :)

Cikgu Ma said...

nk kawen..hehe

moga kecintaan kpd Allah mengatasi cinta kpd makhlukNya...

salam maulidurrasul..Allahummasolli'ala muhammad

Aida Omar said...

Amin moga2 termakbul hendaknya.. sejuk baca entry nana nie, alangkah bahagianya jiga mempunyai seseorang yang sentiasa memimpin ke jalan Allah.. InsyaAllah jika kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah.. Allah tentu kurniakan seseorang yang juga menjaga hubungannya dengan Allah.. :) Aida doakan nana juga :)

AwieKashi said...

amin,moga dipertemukan

aiEz said...

moga dipertemukan nanti,aminn

Cikgu Fikri said...

TAHNIAH!!! Nana telah berjaya menerima anugerah cemerlang cikgu fiq.. ANugerah cemerlang bg subjek kimia! huhu :)

http://cikgufiq.blogspot.com/2013/02/top-10-penerima-hari-anugerah-cemerlang.html

Pondok Usang said...

Cintailah seseorang di atas pengertian cintamu pada Ilahi.. =)

C.T.K said...

in shaa allah..smoga dpt pasangan yang memuliakan allah :)

tirahzairi said...

suka entry nie....tacing pon ada

♥ Nana BamBam ♥ said...

Cik Aya : You're welcome dear

boni kacak: terima kasih boni atas doanya..aminnnn insya allah.

Remy hazza: Insya Allah :)

My Life's Journey: Aminnn, insya Allah dear, pasti akan ada jua :)

zila manaf: ye...aminnn, thanks zila :)

afzalsukasuki: terima kasih abang, mudah-mudahan la..aminnnn.. :')

Empayar Utama: heee..xpe

Shida Radzuan: betul :)

Cikgu Ma: hehe..insya Allah, ade jodoh cikgu pasti kawin gak..hehe

Aida Omar: Insya Allahhh, aminnn terima kasih ye aida atas doanya...mudah-mudaha..aminn

♥ Nana BamBam ♥ said...

AwieKashi: aminn

aiEz: aminnn, insya Allah

Pondok Usang: :)

C.T.K: AMinn, insya Allah..terima kasih :)

tirahzairi: thanks tirah :)

Klik Sini Untuk Komen