Kempen Gambar Profile Coklat Telah Tamat

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum

Alhamdulillah, masih diberikan izinNya untuk menaip di entri ini.
Walaupun sibuk dengan kerja dunia demi untuk amal di akhirat, bolehlah ambil masa sedikit disini.

 



Mungkin ada yang dah tahu mengenai kempen DP (default profile) berwarna coklat di facebook. Gambar tersebut seperti  di entri >INI<. Bagi yang tidak tahu, saya akan terangkan serba sedikit mengenai kempen ini.

Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.


Kempen 3 hari DP coklat telah pun berakhir. Walaupun tidak mencapai sasaran 500 sokongan, iaitu hanya 250+ sokongan sahaja yang berjaya dikumpul. Namun, saya rasa sangat berbesar hati kerana 250 orang ini sanggup menukar DP mereka selama 3 hari dan berikan sokongan walaupun  tidak mengenali di antara satu sama lain.

Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang prihatin terhadap warga palestin. Semoga Palestin mendapat kebebasan sepenuhnya dari kekejaman ISRAEL laknat itu..Aminn.

15 kaki komen

faraherda.razalan said...

Sy respek dgn smgt nana. Sama2 kite menyokong kempen palestin ni. Moga allah permudahkan segalanya.

Ratu Lissa said...

Tak tau apa-apa pun pasal ni.. huhu.. kalau tak boleh join, dapat bantu rakyat palestin :/

zulhilmi tempoyak said...

lets free palestin.

Khairul Zamri said...

ramai yg dah lupa tentang ini, terima kasih ingatkan kembali, jemput dtg selalu ke blog

Diari Si Froggie said...

Wasalam.. usaha yg kecil tapi besar kesannya.. kenapa aida boleh terlepas bab nie? :(

Run Away said...

sama2 kita menyokong..

Empayar Utama said...

Dulu ada ikut, lama juga dengan profil coklat tuh. Hujung bulan Jan tukar balik profil dan cam biasalah, jenis tak aktif berbelog selalu tertinggal jet...

boni kacak said...

la.. saya tak faham sebelum ni.. adeh... terlepas peluang..

afzalsukasuki said...

err dik apsal abang baru tau?macam tatau pon pasal benda ni?mungkin sebab abang tak online lately gamaknya kot?

waddah jannah said...

masih byk yg guna tu,,sekrg,,

Hafizah Mohamad said...

Salam Nana...salam kenal dr kak fiza...(^^,)

Maya said...

:)

syahirooAhmad said...

alamak.. saya terlepas pandang.. x perasan ada kempen ni..

dya bunga said...

dya baru tahu pasal ni.hmm..

tirahzairi said...

semoga semuanya kembali baik...aminnn

Klik Sini Untuk Komen