بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Alaykum,
Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya. Kebiasaannya, Surah Kahfi ini diamalkan setiap hari Jumaat. Khamis malam jumaat juga sangat bagus dibaca menggantikan surah Yassin.
Pada kebiasannya juga orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)
Maka, marilah kita mengamalkan membaca Surah Kahfi pada setiap hari jumaat. Menghafalnya adalah sangat bagus kerana akan sentiasa bebas dari musibah yang bakal mendatang. :)
Subhanallah .
25 kaki komen
inshaAllah akan sentiasa amalkan lepas nie..hehe.. :)
perkongsian berguna. moga dapat dimanfaatkan bersama :)
Semalam baru Alia baru tau pasal kelebihan membaca surah al-kahfi pada malam Jumaat. Wuwuwuu lambat T_T
Betul juga, selama ni duk baca yasin sedangkan itu adat. Lepasni tukar kepada surah al-kahfi la :)
In Shaa Allah.. :D
salam kenal
Takbir!
Manfaat skali ya postingnya...=D
insyaAllah akan amalkan lepas ni...
perkongsian yang baik.. ^_^
salam singgah nana..
Saya kerap jugak amalkan surah ni ^^
ooo..nana datang dari blog Alia ya...
terima kasih sharing ilmu.. :)
ika slu anggp hari jummat baca yasiin,,
tapi ika akn tukr ke surah Al-Kahfi ,,
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir) <sy suka baca yg ni,,
InsyaAllah, semoga menjadi amalam kita semua..
singgah blog sahabat baik saya.. nana zin! wahh rindu entri2 anda... setelah sekian lama menghilangkan diri..
ha,a dear design sndri :)
My favourite surah :)
oo abang baru tau ni, tu la selalu amalan malam jumaat kan baca yasin.
apa2 pun terimas atas ilmu baru ni nana :) semoga nana diberkati :)
Salam..perkongsian yang bagus..In sha Allah, ilmu yang dikongsi akan terus bermanfaat :)
surah al kahfi.. cuba nk menghafalnya..
cuba nak istiqamah amalkan surah2 pilihan ikut hari..tp tu la....iman bertambah dan berkurang..kejap ingat nak baca..kejap x...allah, lemah btoi diri ni
nice sharing...lepas ni mmg lebih elok kita tukar...dari baca yassin kepada surah alkahfi pd mlm jumaat...
terima kasih ye nana sebab berkongsi :)
perkongsian yang sangat bermanfaat..mari sama2 kita amalkan..
baru tahu...thanks nana :)
assalamualaikum..
trime kasih atas ilmu ini
wasalam.. memang kebiasaan kita baca yassin malam jumaat. aida pun baru tahu jugak nie ha.. thankz nana. :)
Assalammualikum...
Terima terima kasih atas perkongsian nie...saya suka baca...sama2 menambah ilmu di dada...k
mselim3