Kenyataan Mengenai seorang malaysia menyertai FSA Adalah tidak benar.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik,

Maaf untuk semua para blogger, disini saya mahu menyatakan sekeras-kerasnya bahawasanya
kenyataan dari seorang blogger infromasi.my adalah tidak benar!!

Saya sertakan sekali status Ketua misi Malaysia Life Line For Syria ini

"Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti yang dipaparkan di dalam laman web di bawah. 

http://www.informasi.my/pemuda-malaysia-pertama-jihad-di-bumi-syria/

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 

Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 

Sekian. Terima kasih. "


Sumber : FB


Jadi , sebelum mahu sebarkan sesuatu fakta, kaji dan selidik dulu artikel tersebut sebelum
kamu kongsi di mana-mana laman sosial mahupun blog, wordpress dan sebagainya.

4 kaki komen

♥ Nana BamBam ♥ said...

Blogger informasi.my sudah pun membuang entri tersebut.

Empayar Utama said...

@♥ Nana BamBam ♥

Iyala. Dah belog pasal retis, apa cerita pun nak dipaparkan. Bila tarik balikpun orang masih bercerita juga...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya

♥ Nana BamBam ♥ said...

@Empayar Utama x faham la ngan media..rosak hubungan sesama saudara islam =__=

Selamat Hari raya juga :)

baby comel said...

Buruk padahnya kalau kita sebarkan benda yg xbetul ni kan nana..

Klik Sini Untuk Komen