Kempen Gambar Profile Coklat Telah Tamat

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum

Alhamdulillah, masih diberikan izinNya untuk menaip di entri ini.
Walaupun sibuk dengan kerja dunia demi untuk amal di akhirat, bolehlah ambil masa sedikit disini.

 



Mungkin ada yang dah tahu mengenai kempen DP (default profile) berwarna coklat di facebook. Gambar tersebut seperti  di entri >INI<. Bagi yang tidak tahu, saya akan terangkan serba sedikit mengenai kempen ini.

Rangkaian pembelaan banduan Palestin Eropah (UFree) menyatakan sokongan dan penyertaannya dalam hari mogok lapar sedunia bagi menunjukkan sokongan terhadap tahanan Palestin dalam penjara Israel.

UFree mengeluarkan kenyataan bagi menggesa masyarakat dunia supaya sama-sama menyokong rakyat Palestin, Samer Al-Issawi yang melancarkan mogok lapar dan banduan-banduan Palestin lain yang menuntut pembebasan.

Ia juga bertujuan untuk menamatkan dasar Israel yang sewenang-wenangnya menahan rakyat Palestin untuk dijadikan tahanan pentadbiran mereka.


Kempen 3 hari DP coklat telah pun berakhir. Walaupun tidak mencapai sasaran 500 sokongan, iaitu hanya 250+ sokongan sahaja yang berjaya dikumpul. Namun, saya rasa sangat berbesar hati kerana 250 orang ini sanggup menukar DP mereka selama 3 hari dan berikan sokongan walaupun  tidak mengenali di antara satu sama lain.

Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang prihatin terhadap warga palestin. Semoga Palestin mendapat kebebasan sepenuhnya dari kekejaman ISRAEL laknat itu..Aminn.

TIADA KATA #16 : FREE SAMER ISSAWI | FREE PALESTINE

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum





p/s I  : tukar DP di FB anda tanda anda sokong.
p/s II : untuk lelaki klik ------> SINI

Surah Kahfi | Elak Fitnah Dajjal

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

 Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya. Kebiasaannya, Surah Kahfi ini diamalkan setiap hari Jumaat. Khamis malam jumaat juga sangat bagus dibaca menggantikan surah Yassin.

Pada kebiasannya juga orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.




Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)

Maka, marilah kita mengamalkan membaca Surah Kahfi pada setiap hari jumaat. Menghafalnya adalah sangat bagus kerana akan sentiasa bebas dari musibah yang bakal mendatang.  :)

Subhanallah .

Mencari Designer Header Blog

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaykum

Segala puji Allah yang masih memberi peluang untukku menulis disini.
Alhamdulillah.

Agak lama juga menyepi dari menulis di blogspot.com ini.

Sibuk?

Mungkin ya. Disebabkan pekerjaanku sekarang  ini ahli sukarelawan sepenuh masa, agak terhad juga untukku menulis. Walaupun idea mencurah-curah dibenak fikiranku, tidak kesampaian jua untuk ku sebarkan disini.

Oh ya, memandangkan header blog saya agak biasa saja di mata orang ramai, dan agak tiada masa untuk merubahnya, mendesign'nya, mencorakkannya, menceriakannya, saya ingin mencari seorang pereka designer [dah macam cari designer baju wedding pulak] untuk mendesign header blog saya.
Ciri-ciri header mestilah islamik, ikut ayat header saya All About Life dan yang paling penting menarik perhatian saya la..hehehe.

Kalau ada sesiapa yang mahir dan bab-bab mereka header blog ini, sila inbox di laman facebook saya di Farhana Zin .

Untuk kos header design boleh dibincangkan nanti .

Please ye, harap-harap ada sudi lah yang buatkan header blog untuk saya.