R4BIA SYRIA | Lagu Terbaru dari Hafiz Hamidun

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip disini.





Hafiz Hamidun kini mengeluarkan lagu baru beliau yang bertajuk Rabia Syria.
Amat menyentuh hati ini mendengar lagunya..Subhanallah.

Di bawah ini saya sertakan sekali lirik lagunya.


   
Rabi'a...
Syria...
Ku kirim cinta

Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris 
Sebak di dada

Rabi'a...
Syria...
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi'a...
Syria...
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي
ياواسع الكرم

محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi'a...
Syria...
Ku kirim doa

Di hadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi'a...
Syria...
Hapuslah derita

Rabi'a...
Syria...
Hujungnya di syurga

--------------------------------------


R4bia Syria

Lagu terbaru Hafiz Hamidun 2013

Charity Single by Hafiz Hamidun

Composed, Arranged & Produced by Hafiz Hamidun
Malay Lyric by Fedtri Yahya


Mengapa Saya Bertudung Labuh ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaikum,

Mengapa saya bertudung labuh ?




Sekarang dah tahu?

Alhamdulillah.
Semoga wanita yang bergelar islam diluar sana juga faham kelebihan-kelebihan memakai tudung
yang labuh . :) Aminn .

Himpunan Aman Mengutuk Kekejaman Kudeta Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Alaikum Reader's ^_^


Khaifa haluuk ?
(Apa khabar) ?

Alhamdulillah.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kamu semua.Amin.

Sahabat, kamu tahu tak apa yang terjadi pada negeri Arab sekarang ? Ya Allah, sungguh besar dugaannya yang harus mereka tempuhi. Lepas satu , satu dugaan yang datang.

Pada mulanya, negara palestin di kecam, dizalim oleh tentera Israel laknatullah. Rakyat2 palestin di Gaza menderita, kehilangan ibu bapa, anak2, suami/isteri. Ekonomi disekat. Betapa daif kehidupan mereka.
Apabila palestin dah mulai reda sedikit, timbul pula kekejaman di Syria. Allah Allah Allahhh. T__T

Syria pula menjadi tragedi berdarah terhadap orang sunni, ahli sunnah waljamaah.
Kini terntera Basyar Al-Assad pula menculik dan membunuh para2 sunni di sana. Basyar ialah pengikut syiah yang sesat. Untuk ketahui lebih lanjut boleh rujuk Page Facebook Malaysia Life Line For Syria .

Terkini di Mesir pula menjadi mangsa kekejaman oleh tentera As-sisi....Allah,
sungguh sakit hati dan sebak mendengar dan melihat penderitaan mereka...

Wahai sahabatku yang budiman, marilah kita sama-sama berdoa dan disertakan dengan Qunut Nazilah,
Semoga saudara-saudara Islam di dunia ini selamat dari kekejaman dan kezaliman manusia jahat.
Amin Ya Rabbil 'Alaminn.  T___T

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama turun padang untuk menyokong Morsi.
Ayuh Semua.




Himpunan Aman di seluruh Negeri ( hanya beberapa Negeri)  selepas solat Jumaat ditempat-tempat berikut:-

Negeri : Kelantan
Lokasi : Dataran Stadium Muhammad IV
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pm

Negeri : Kelantan
Lokasi : Masjid Muhammadi KB
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Terengganu
Lokasi : Masjid Pengadang Baru K. Terengganu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pahang
Lokasi : Masjid Al-Fattah Kuantan.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Johor
Lokasi : Masjid Bandar Baru Uda, JB.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Melaka
Lokasi : Masjid Al-Azim
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Negeri Sembilan
Lokasi : Masjid Negeri Bandar Seremban.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Wilayah
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 17 Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 4.00 pm

Negeri : Selangor
Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perak
Lokasi : Masjid Negeri, Ipoh.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Pulau Pinang
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Kedah
Lokasi : Masjid Zahir Alor Setar
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Negeri : Perlis
Lokasi : MATIN
Tarikh : 15 Ogos 2013
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pm

Negeri : Sabah
Lokasi : Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu dan Masjid Al Kauthar Tawau
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 1.00 pm

Negeri : Sarawak
Lokasi : Masjid Assyakirin, Bintulu.
Tarikh : 16 Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Salam Aidilfitri 1434H Untuk Semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaikum,

Apa khabar diri dan iman semua? baik-2 belaka? Alhamdulillah.

So macam mana dengan Ramadhan tahun ini? makin kurus? makin naik berat? makin berubah?
Alhamdulillah, berkat ramadhan la korang jadi macam tu. Bulan-bulan lain hado? mihmih :D

Di kesempatan ini, nana ingin memohon sebillion kemaafan dari korang semua andai diri ini
ada buat jenayah hati kat korang. Maap la, nana bukan sengaja pon, kekadang sebagai manusia biasek ni
mesti ada jua rasa nak buat jenayah hati tu tanpa sedar.. kehkeh
#jenayah kunun?

Nana juga nak ucapkan Taqabbalallahu minna waminkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maap jahir bhatin ya ibuk-ibuk, bapak-bapak semuanya. Kisah yang lama, jangan dikenang-kenang deh.. Enggak elok. :D
Kad Raya tak sempat nak kasi, so sebagai penggantinya, nana nak kasi kad raya IT...
ha IT?  Hantam sajalah labuuu...




p/s : hati-hati memandu di jalan raya, ingat lah diri sendiri dan mak ayah anak atau bini


Kenyataan Mengenai seorang malaysia menyertai FSA Adalah tidak benar.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik,

Maaf untuk semua para blogger, disini saya mahu menyatakan sekeras-kerasnya bahawasanya
kenyataan dari seorang blogger infromasi.my adalah tidak benar!!

Saya sertakan sekali status Ketua misi Malaysia Life Line For Syria ini

"Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti yang dipaparkan di dalam laman web di bawah. 

http://www.informasi.my/pemuda-malaysia-pertama-jihad-di-bumi-syria/

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 

Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 

Sekian. Terima kasih. "


Sumber : FB


Jadi , sebelum mahu sebarkan sesuatu fakta, kaji dan selidik dulu artikel tersebut sebelum
kamu kongsi di mana-mana laman sosial mahupun blog, wordpress dan sebagainya.

Bertemu kerana Allah, Berpisah Kerana Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik,

Lama juga tidak menaip kat sini.  Agak2 ada orang tolong jagakan kan ?
huhu..poyo.

Alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk ketemu sama adik-adik usrati beberapa hari yang lepas,
sungguh indah rasa dapat berkenalan dengan mereka.

Dapat tau pun dari facebook, group #TeamHijrah, Admin dari group tu berhajat nak buat Iftar di Masjid Asy-Syakirin KLCC, waktu yang dijanjikan itu memang tiada halangan sebab kelapangan waktu itu.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. :)

Kami sempat juga berta'aruf, berusrah, solat jemaah sama-2, Subhanallah :')
Semoga hubungan ukhwah kerana Allah ini berkekalan hingga akhir hayat kami..
Aminn Ya Allah.


Sesi ta'ruf dan usrah , topik perbincangan = masalah pergaulan di fb :D



yang buat peace tu adik Nabila, kemaing ko dik..
akk je yg blur.haha



bergambar ngan adik korea..opss..haha..
adik bertudung peach ni nama die fara,
haa siap promote aku ni :d
kemaing aku :D



comel dak kek ni? haha silalah jeles ye ...
ni hadiah saye untuk group teamhijrah..
Alhamdulillah :)



Sebelum balik, kami sempat bergambo buat kenang-kenangan,
Ya Allah rindu dengan mereka semua..
bila la nak buat lagi camgitu ye..:(






Alhamdulillah, syukur kerana Dia permudahkan urusanku, mudah-mudahan
kami dapat berkumpul macam itu lagi. Seronok sangat tau usrah sama-sama:)
Dapat banyak jugak ilmu dari mereka. Alhamdulillah.

ok. sekian dari saye.
jumpe lagi.