Jangan Jadi Murahan

بسم الله الرحمن الرحيم



Jangan Jadi Murahan | Megah berkata tak mencari jodoh di Facebook.
Tapi hari-hari berkomen di wall berlainan jantina,

Dah kenapa?

Murah sangatkah bagi mereka yang bertemu jodoh di Facebook? Tak bernilai langsungkah bagi mereka yang mencari jodoh di Facebook?

Atau mahal sangatkah bagi mereka yang mencari jodoh dan bertemu jodoh di alam realiti? Sebegitu dangkal kah pemikiran anda memperlekehkan niat murni orang lain?

Bahasa percakapan nampak mahal, tapi sebenarnya murah.



notahati : Ikhtilat memainkan peranan penting dalam ISLAM.

Khas Untuk Awak Yang Suka Upload Gambar Bajet Cute

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum.


Khas untuk awak yang suka upload gambar bajet cute | Nasihat Imam Muda Fattah pada mereka yang suka upload gambar yang bajet cute konon-kononnya. Semoga manfaat la ya.



Pipi tak kembung? : usah dikembungkan
Mulut tak muncung? : usah dimuncungkan
Mata tak bulat? : usah dibulatkan

Sampai harinya Allah bertanya, apakah motif kamu upload gambar
pipi kembung, mulut muncung, mata sepet mata bulat? Nak biar orang kata 'nice' ?
"Waalaweh!! Errr..mata cantik, nice pic" dan kamu dengan tawadhuknya berkata
"eh xdelah, kita tak comel, thanks" padahal dalam hati, "OH YEAH!!...That what i want!!"  ??

Kalau nak kata kat saya, heii!! Ustaz! Talk to my hand la! mind your own business la! Sume bende nak bangkang!, kolot! "
X DE MASALAH..
Cuma, di hadapan ALLAH SWT nanti, ingat...alasan tu tak sah dan valid..agak-agak nak jawap apa??

~~

-Imam Muda Fattah-

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais | Ramai orang kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.


Doa untuk MH370 #20 : SPONTANEOUS THURSDAY

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,


Doa untuk MH370



notahati : semoga mereka selamat dijumpai. amin.

Buat Kepala | Mat Luthfi Video

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat Kepala | Mat Luthfi Video. Memang thorrbaik si mat luthfi  ni. Mesej dalam video ini sangat berguna.
Jadi tonton video dia sambil kunyah popcorn, popchicken, poplamb, popbeef dan suka hati limpa korang lah.





notahati : don't create speculation orait ::)

"1st Giveaway by Bella Nabieyla"

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam,

1st Giveaway by Bella Nabieyla | Kali ni dengan ringan tulang rangkaku, nak join satu GA adik bella yang comey lagi cute jelita nim.


Nak joing? kilk jo banner adik cute atas ni. 


Syarat-Syarat Penyertaan.
--------------------------

1) Follow Blog Dia
2) Follow/Add Facebook Dia
4) Follow Twitter Dia
5) Like Page Sponsor
6) Follow Instagrem Dia (Jika ado)

Mudah dan senang je ye dok?

Nak tahu hadiah nya kene la kelik banner atah tuh. :v

Segmen ni berlangsung dari 17 March 2014 hingga 10 April 2014 tepat jam 12 a.m.

So, jom la joinggg... 

All the best yu'olls.  :)


notahati : nak tanaka...nak tanaka...haha

Amalan Solat Tidak Diterima 40 Hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,






Amalan Solat Tidak Diterima 40 Hari | Nak tahu kenapa tidak diterima amalan solat selama 40 hari? Bilamana kita sangat lah cerdik nak jumpa bomoh atau tukang tilik yang kengkononnya boleh tilik nasib, tilik rezeki. tilik jodoh kita. (sangattt)
Padahal yang tentukan semua tu adalah ALLAH Azzawajalla.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang datang kepada TUKANG TILIK, kemudian bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka TIDAK DITERIMA SOLATNYA selama 40 HARI".
(HR. Muslim)

Jadi, janganlah percaya (sangatt) pada bomoh-bomoh ni atau tukang-tukang tilik nih, takde paedah nya lah jemah oiii. Lebih bagus ko percaya pada tukang sapu sampah je, sebab depa menyapu memang clean and clear. Tabikk spring pada depa.


Wallahu a'lam.


notahati : jangan macam-macam, nanti kena tampar dengan buaya satgi  -_-'

Konpius VS Blur

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,


Seseorang manusia tidak maksum, kelakuan, percakapan, dan pergaulan mesti ada kekurangan salah satunya.
Jadi sebagai seorang Islam, Istighfarlah sebanyak mungkin agar dosa-dosa kita diampunkan olehNya,
Allahumma Amin.

= = = = = = = = = 

Haa, kemain intro aku.

Orait..oraitttt....

Straight to the point je la ek,
Aku sbenanya konpius dengan blospot ni, apepasal lah bloglist aku hilang tajuk / tittle nya ?
Memang ada masalah ke atau aku yang salah setting kat template. 
Blur aku sekejap mejah hoi. 

kenkorang punya?
sama macam aku ke camna?

komeng arr sikik . . . . 




notahati : doa untuk MH370 :')

Karnival #SyriaNeedsYou | Malaysia Life Line For Syria

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah,

Dengan rendah hati aku menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan Karnival #SyriaNeedsYou yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:



Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.30 pagi - 11.45 malam

Siapa pun anda, mari sama-sama berikan sokongan tanda kasih kita kepada Ummat yang sedang ditindas di Syria.

Rasulullah bersabda:
"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (HR Bukhari & Muslim) 

Ayuh! Sebarkan kebajikan sebanyak-banyaknya. Semoga ada saham kebaikan kita di akhirat kelak.

Viralkan #SyriaNeedsYou. Semoga Allah Redha.

Sumber 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kepada blogger yang ingin berkerjasama dengan Malaysia Life Line For Syria untuk karnival #syrianeedsyou dalam sudut hebahan program, Sila berikan nama anda, Nama blog dan No telefon kepada Sister Fiza Bahar di no tel  012-2409173.
Mereka juga akan mengadakan pelancaran karnival tersebut di sebuah event Hi Tea pada 9 mac 2014 di Hotel Laman Seri  di Seksyen 13, pada pukul 3 petang.



notahati : artis pun ada..nak gi la :)

Pesanan Buat Suami

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaik.

Aku ada terbaca satu artikel di facebook yang amat manfaat untuk di kongsikan berkenaan "Pesanan Buat Suami" .

Jadi tanpa rasa segan dan malu, aku nak kongsikan pada kengkorang yang dah bergelar suami, mana tahu lepas baca ada la sikit ilmu kan . Berguna juga artikel ni aku rasa. 
Yang bergelar isteri pun boleh je baca kalau nak. Nanti korang share pulak pada suami korang.

Okeh?

Orait, jom baca .

- - - - - - - - - - - - - 



1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah 
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan



notahati : Suami yang manis sentiasa buat sang isteri ceria.   .  .  .  .err

Silence Day Of Wednesday #4 - Keikhlasan

بسم الله الرحمن الرحيم





notahati : kalau betul ikhlas, napa sibuk fikir yang lain.

Kafe Kucing | Japan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

Kebanyakkan kafe kat malaysia ni kita biasa akan nampak senarai minuman dan makanan seperti : air kopi, nescafe, mocha latte, cappuccino, hot chocolate ,  hot milo, ice milo, vanilla chocolate , hot milk , curry puff, chicken puff , mini pizza , spaghetti bolognise (entah betul ejaan aku) , lasagna , beef tomato pasta dan etc.

Tapi beza plak kat negara terbit matahari sana yakni Jepun.
Yang uniknya, selain menikmati makanan dan minuman dalam cafe mereka,
dorang akan serve dengan kucing. 

haaaa kat malaysia hado ?

Lantak la nak belai ke, nak kongsi makanan ke, nak main kejar-kejar ke, nak cakar-cakar ke ( kekekeh. jangan buat nanti kena saman tak pasal-pasal ) dipersilakan kerana ikut berdasarkan bayaran banyak mana. 

Ok, 
aku sediakan satu video di mana sebuah cafe tersebut menyimpan kucing-kucing berlainan baka untuk di hidangkan sebagai penghilang stress.. hoho.





amacam, rasa-rasa nak buat tak cafe cenggitu?
baru rare .



notahati : saya peminat kucing. kalau ada rezeki, nak je letak kucing sedozen dalam cafe sendiri.
hambik.  :v

Kempen Tukar DP Facebook | Save The Date

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

Dulu korang ingat tak kempen DP kaler coklat kat FB ?
Zaman dimana seorang warga Syria di tangkap dan di penjarakan.
[ KLIK SINI ]

Jadi aku mahu minta tolong pada korang untuk bantu kempen ni,
tak lama mana pun sampai 15 hb Mac 2014.

Ubah DP FB korang pada gambar di bawah ni.
Atau korang pi download gambar tu di >> SINI <<





Sejarah 15 hb Mac Syria.

15 march adalah tanda tahun ke empat konflik berdarah yang menyebabkan ratusan ribu nyawa di Syria yang tidak berdosa terbunuh, bayi dan juga kanak-kanak Syria di sembelih, si gadis di perkosa manakala si pemuda lelaki dibunuh, dibakar hidup-hidup dan di sembelih. 

Warga tua pula di tembak. Mereka disana ada yang kelaparan kerana bantuan makanan untuk mereka disekat oleh pihak rejim assad, tempat itu juga di kepung beratus hari lamanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 Mac 2014 menandakan tahun keempat kebangkitan rakyat Syria memperjuang maruah dan kebebasan yang bermula pada 15 Mac 2011. 

Ayuh! Bersama tunjukkan solidariti kita untuk Syria. 

Berikut adalah beberapa aktiviti yang sedang dirancang sepanjang hari dari pagi sehingga program kemuncak pidato keamanan pada waktu malam. 

Pidato keamanan, flash mob, gerai jualan dan pameran, derma darah, pameran autoshow (motor & kereta), hi-tea dan lelongan barang oleh artis-artis usrah fitrah, persembahan pentomen, aktiviti Kids for Syria, makan tengahari amal bersama anak-anak yatim dan anak-anak Syria, Basuh kereta amal dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. 

SAVE THE DATE!

"Demi Syria, Untuk Ummah"

#SYRIANEEDSYOU
#Stadium_malawati_shahalam
#15hbmac2014



Notahati :  hari-hari warga syria dizalim . Allahurabbi :'(

Dua Ribu Empat Belas

بسم الله الرحمن الرحيم

As'salam ,

Masuk blog, batuk-batuk.

sebab?

Habuk tebal. Tebal sangat. Sesak nafas.
Kononnya--

Alhamdulillah. Masih diberi keizinan olehNya untuk aku menulis/menaip/mencatat
apa-apa saja lah--
di dalam blog ni. Lama sangat kena tinggal. Agak-agak ada orang tak yang jagakan blog ni?

ceh. poyo je kan.

Sekarang sudah masuk ke tahun dua ribu empat belas (2014).
Tahun dimana meningkatnya umurku dan meningkat lah juga menuju kematian.
Kematian itu pasti. Itu sudah di takdirkan kepada hidupan-hidupan yang diciptakan oleh Allah SWT di atas muka  bumi ini. Tanah kita diciptakan, tanah jugalah akan kita ditanam nanti.
Allahurabbi .

Dua ribu empatbelas, hmm...cepat betul bertukar tahun, yang aku pula cepat betul nak tua.
tua la sangat..hehe--
Eh terfikir sejenak kisah-kisah lama,
suka duka masa pertama kali cipta blog ni dan seterusnya. Alahai kelakar pun ada. Malu juga pun ada.
Dulu kan jiwa budak hingusan, bermacam-macam rasa, emosi, fikiran bercampur. Dok merapu ja.
Dah macam diari rasanya segalanya nak luahkan, hehe. Jahil sungguh dulu.
dah la takmo cita lebih-lebih--
past is past--
bukak buku baru keh--


Alhamdulillah. Setelah kembali kepada fitrah islam ni, memori indah mula tercipta. Selain dapat sahabiah-sahabiah baru, dapat juga ilmu-ilmu akhirat yang dulu jarang sangat nak ambik peduli, sekarang ada je di mana-mana. Syukurlah. Selain ilmu, kuala lumpur dan lembah klang banyak juga program-program cinta nabi contohnya mengalunkan qasidah, memuji Allah dan berselawat. Subhanallah sangat teruja rasanya bila dapat hadirkan diri di program tersebut. Bagus kot jika program macam ni ada setiap bulan. Barulah semangat cintakan Allah dan rasul membuak-buak dalam hati. Mashaallah.

Tak rugi melibatkan diri masuk program-program macam tu. Selain dapat pahala, dapat juga ilmu.
Sekurang-kurangnya amalan untuk akhirat tetap ada. Bukan dunia saja harus ada amalannya.
Harus seimbang, kalau boleh lebihkanlah amalan akhirat. Jangka hidup kita belum tentu panjang.
kan?

Sekian. Wassalam.