Dua Ribu Empat Belas

بسم الله الرحمن الرحيم

As'salam ,

Masuk blog, batuk-batuk.

sebab?

Habuk tebal. Tebal sangat. Sesak nafas.
Kononnya--

Alhamdulillah. Masih diberi keizinan olehNya untuk aku menulis/menaip/mencatat
apa-apa saja lah--
di dalam blog ni. Lama sangat kena tinggal. Agak-agak ada orang tak yang jagakan blog ni?

ceh. poyo je kan.

Sekarang sudah masuk ke tahun dua ribu empat belas (2014).
Tahun dimana meningkatnya umurku dan meningkat lah juga menuju kematian.
Kematian itu pasti. Itu sudah di takdirkan kepada hidupan-hidupan yang diciptakan oleh Allah SWT di atas muka  bumi ini. Tanah kita diciptakan, tanah jugalah akan kita ditanam nanti.
Allahurabbi .

Dua ribu empatbelas, hmm...cepat betul bertukar tahun, yang aku pula cepat betul nak tua.
tua la sangat..hehe--
Eh terfikir sejenak kisah-kisah lama,
suka duka masa pertama kali cipta blog ni dan seterusnya. Alahai kelakar pun ada. Malu juga pun ada.
Dulu kan jiwa budak hingusan, bermacam-macam rasa, emosi, fikiran bercampur. Dok merapu ja.
Dah macam diari rasanya segalanya nak luahkan, hehe. Jahil sungguh dulu.
dah la takmo cita lebih-lebih--
past is past--
bukak buku baru keh--


Alhamdulillah. Setelah kembali kepada fitrah islam ni, memori indah mula tercipta. Selain dapat sahabiah-sahabiah baru, dapat juga ilmu-ilmu akhirat yang dulu jarang sangat nak ambik peduli, sekarang ada je di mana-mana. Syukurlah. Selain ilmu, kuala lumpur dan lembah klang banyak juga program-program cinta nabi contohnya mengalunkan qasidah, memuji Allah dan berselawat. Subhanallah sangat teruja rasanya bila dapat hadirkan diri di program tersebut. Bagus kot jika program macam ni ada setiap bulan. Barulah semangat cintakan Allah dan rasul membuak-buak dalam hati. Mashaallah.

Tak rugi melibatkan diri masuk program-program macam tu. Selain dapat pahala, dapat juga ilmu.
Sekurang-kurangnya amalan untuk akhirat tetap ada. Bukan dunia saja harus ada amalannya.
Harus seimbang, kalau boleh lebihkanlah amalan akhirat. Jangka hidup kita belum tentu panjang.
kan?

Sekian. Wassalam.

3 kaki komen

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum.. All About Life,

memang setuju entry nie.. semakin bertambah umur diri ini semakin kurang hayat hidup di dunia ini. Dunia ini memng sementara, cukup masa kita akan dipanggil mengadapNya pada bila2 masa kan.

mselim3

aisya said...

Alhamdulillah. mudah-mudahan sama2 kita perbaiki diri dan menjadi insan yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya. :)

Sylarius Yusof said...

Ada masanya, manusia leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Ada kalanya, perlu diingatkan selalu supaya tidak lekas hanyut dalam arus dunia yang penuh tipu daya.

Klik Sini Untuk Komen