Kafe Kucing | Japan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

Kebanyakkan kafe kat malaysia ni kita biasa akan nampak senarai minuman dan makanan seperti : air kopi, nescafe, mocha latte, cappuccino, hot chocolate ,  hot milo, ice milo, vanilla chocolate , hot milk , curry puff, chicken puff , mini pizza , spaghetti bolognise (entah betul ejaan aku) , lasagna , beef tomato pasta dan etc.

Tapi beza plak kat negara terbit matahari sana yakni Jepun.
Yang uniknya, selain menikmati makanan dan minuman dalam cafe mereka,
dorang akan serve dengan kucing. 

haaaa kat malaysia hado ?

Lantak la nak belai ke, nak kongsi makanan ke, nak main kejar-kejar ke, nak cakar-cakar ke ( kekekeh. jangan buat nanti kena saman tak pasal-pasal ) dipersilakan kerana ikut berdasarkan bayaran banyak mana. 

Ok, 
aku sediakan satu video di mana sebuah cafe tersebut menyimpan kucing-kucing berlainan baka untuk di hidangkan sebagai penghilang stress.. hoho.





amacam, rasa-rasa nak buat tak cafe cenggitu?
baru rare .



notahati : saya peminat kucing. kalau ada rezeki, nak je letak kucing sedozen dalam cafe sendiri.
hambik.  :v

Kempen Tukar DP Facebook | Save The Date

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Alaykum,

Dulu korang ingat tak kempen DP kaler coklat kat FB ?
Zaman dimana seorang warga Syria di tangkap dan di penjarakan.
[ KLIK SINI ]

Jadi aku mahu minta tolong pada korang untuk bantu kempen ni,
tak lama mana pun sampai 15 hb Mac 2014.

Ubah DP FB korang pada gambar di bawah ni.
Atau korang pi download gambar tu di >> SINI <<





Sejarah 15 hb Mac Syria.

15 march adalah tanda tahun ke empat konflik berdarah yang menyebabkan ratusan ribu nyawa di Syria yang tidak berdosa terbunuh, bayi dan juga kanak-kanak Syria di sembelih, si gadis di perkosa manakala si pemuda lelaki dibunuh, dibakar hidup-hidup dan di sembelih. 

Warga tua pula di tembak. Mereka disana ada yang kelaparan kerana bantuan makanan untuk mereka disekat oleh pihak rejim assad, tempat itu juga di kepung beratus hari lamanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 Mac 2014 menandakan tahun keempat kebangkitan rakyat Syria memperjuang maruah dan kebebasan yang bermula pada 15 Mac 2011. 

Ayuh! Bersama tunjukkan solidariti kita untuk Syria. 

Berikut adalah beberapa aktiviti yang sedang dirancang sepanjang hari dari pagi sehingga program kemuncak pidato keamanan pada waktu malam. 

Pidato keamanan, flash mob, gerai jualan dan pameran, derma darah, pameran autoshow (motor & kereta), hi-tea dan lelongan barang oleh artis-artis usrah fitrah, persembahan pentomen, aktiviti Kids for Syria, makan tengahari amal bersama anak-anak yatim dan anak-anak Syria, Basuh kereta amal dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. 

SAVE THE DATE!

"Demi Syria, Untuk Ummah"

#SYRIANEEDSYOU
#Stadium_malawati_shahalam
#15hbmac2014



Notahati :  hari-hari warga syria dizalim . Allahurabbi :'(

Dua Ribu Empat Belas

بسم الله الرحمن الرحيم

As'salam ,

Masuk blog, batuk-batuk.

sebab?

Habuk tebal. Tebal sangat. Sesak nafas.
Kononnya--

Alhamdulillah. Masih diberi keizinan olehNya untuk aku menulis/menaip/mencatat
apa-apa saja lah--
di dalam blog ni. Lama sangat kena tinggal. Agak-agak ada orang tak yang jagakan blog ni?

ceh. poyo je kan.

Sekarang sudah masuk ke tahun dua ribu empat belas (2014).
Tahun dimana meningkatnya umurku dan meningkat lah juga menuju kematian.
Kematian itu pasti. Itu sudah di takdirkan kepada hidupan-hidupan yang diciptakan oleh Allah SWT di atas muka  bumi ini. Tanah kita diciptakan, tanah jugalah akan kita ditanam nanti.
Allahurabbi .

Dua ribu empatbelas, hmm...cepat betul bertukar tahun, yang aku pula cepat betul nak tua.
tua la sangat..hehe--
Eh terfikir sejenak kisah-kisah lama,
suka duka masa pertama kali cipta blog ni dan seterusnya. Alahai kelakar pun ada. Malu juga pun ada.
Dulu kan jiwa budak hingusan, bermacam-macam rasa, emosi, fikiran bercampur. Dok merapu ja.
Dah macam diari rasanya segalanya nak luahkan, hehe. Jahil sungguh dulu.
dah la takmo cita lebih-lebih--
past is past--
bukak buku baru keh--


Alhamdulillah. Setelah kembali kepada fitrah islam ni, memori indah mula tercipta. Selain dapat sahabiah-sahabiah baru, dapat juga ilmu-ilmu akhirat yang dulu jarang sangat nak ambik peduli, sekarang ada je di mana-mana. Syukurlah. Selain ilmu, kuala lumpur dan lembah klang banyak juga program-program cinta nabi contohnya mengalunkan qasidah, memuji Allah dan berselawat. Subhanallah sangat teruja rasanya bila dapat hadirkan diri di program tersebut. Bagus kot jika program macam ni ada setiap bulan. Barulah semangat cintakan Allah dan rasul membuak-buak dalam hati. Mashaallah.

Tak rugi melibatkan diri masuk program-program macam tu. Selain dapat pahala, dapat juga ilmu.
Sekurang-kurangnya amalan untuk akhirat tetap ada. Bukan dunia saja harus ada amalannya.
Harus seimbang, kalau boleh lebihkanlah amalan akhirat. Jangka hidup kita belum tentu panjang.
kan?

Sekian. Wassalam.