Jualan Amal

بسم الله الرحمن الرحيم 





Salam 'alaykum


Jualan Amal | saya ada menjual produk barangan dari sebuah NGO Malaysia Life Line For Syria.




Harga untuk Tabung Syria = RM15
Kos postage                        = RM6

Harga untuk T SHIRT Lengan Pendek = RM15
Lengan Panjang           = RM 17
Saiz T SHIRT              = S to XXL
Kos postage                 = RM6
( Pertambahan kos postage berlaku melebihi 2 pcs )


Jika berminat, boleh PM saya di Facebook >> SINI <<
(Pertanyaan selain jualan produk tidak akan di layan)

Jika mahu mendermakan sumbangan ke NGO tersebut, boleh sumbangkan ke :


Nama Akaun : SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496 
Bank Islam : 12-113-01-005343-3 
CIMB : 86020-41215
Email : donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 0341416732 / 0132226057

*Untuk urusan resit pengecualian cukai, mohon emelkan kepada Malaysia Life Line For Syria butiran berikut :

1. Nama penuh
2. Alamat
3. No. telefon

Terima kasih.

'Demi Syria, Untuk Ummah!'






Semoga bermanfaat pada tulisan saya ini, Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahu'alam.

Tutorial | Lajukan Internet dengan Notepad Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم 




Salam 'Alaik


Kaifa Haluk? ( Apa kabo? ) , Sihat ke korang?

Tutorial | Lajukan Internet dengan Notepad Sahaja , Alhamdulillah, saya ada perkongsian yang mungkin menarik untuk di kongsikan pada awak yang membaca entri saya ni. Fedup kan kalau kita surf internet untuk cari sesuatu artikel, laman sosial ke, atau apa-apa web lah, dia punya loading lembab sangat. Jenuh nak menunggu yedak?

Takpe takpe, saya ada cara yang ohsem untuk fix kan masalah itu hanya menggunakan Notepad sajo.

Yaaa..

Notepad.

Caranya amat mudah sahaja, hanya 3 langkah untuk membuatkan internet anda menjadi laju.


Steps 1

Buka Notepad di komputer atau laptop korang dan taipkan code ini :  mystring=(80000000)






Steps 2

Kemudian, simpan sebagai save As fail Notepad ini dengan nama [ram.vbs] dan simpan di Desktop Komputer atau Laptop korang.




Steps 3

Klik 2x pada fail tadi.

jadikan komputer laju hanya dengan notepad

Okeh dah klik?  Now bukalah browser korang sama ada google chrome, opera atau mozilla, dan lihatlah kelajuannya. Ada beza tak sebelum dan selepasnya?

Kalau ada tu, Alhamdulillah.

Saya ni hanya nak membantu sajo, sebab saya sebelum ni pernah mengalami loading yang lembab macam siput kadburi. *koh koh*

Okeh lah itu sajo tutorial saya buat masa ini yo.


Semoga bermanfaat pada tulisan saya ini, Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahu'alam.

- - - - - - -

sumber

Tepung Beras | Jangan Salah Membeli

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 'Alaik.

Tepung Beras | Jangan Salah Membeli. Pernah tak korang bila nak buat kuih muih selalu je tak menjadi? Ini adalah kerana setiap tepung-tepung beras ini adalah tidak sama kandungannya.


Ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...Mungkin korang tak perasan sebab dia ada lambang gajah yang berbeza dan kita hanya perasan nama Tepung Beras saja, betul tak? Baiklah, di bawah ini saya jelaskan jenis-jenis tepung beras tersebut.




TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

*Sangat sesuai untuk menggoreng, seperti buat adunan untuk menggoreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

*Sangat sesuai membuat rempeyek dan kuih apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup


Jadi, dengan sedikit info yang diberi seperti diatas, tak de lah kita buat kuih asyik tak jadi sahaja, makin buat makin sedap dan laku saja. hehe.

Semoga Bermanfaat,
Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. Wallahu'alam.

Dua Ribu Lima Belas | Kehidupan yang Mencabar Iman

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam 'Alaikum.


Marhaban.

Dua Ribu Lima Belas | Kehidupan yang Mencabar Iman. Masih ingat saya lagi?. Gadis poyo dan agak cheerful sewaktu zaman tahun dua ribu sebelas dan dua ribu doblas dahulu. Kemeriahan zaman dahulu tidak akan sama ketika zaman betrukar zaman. Kalau dahulu boleh dikatakan 'kaki' blogging, Kini saya suka dipanggil 'kaki' dakwah. *koh koh*

Bukan mudah untuk membawa dakwah untuk manusia di akhir zaman ini, adakalanya dakwah ini tidak akan ramai yang suka, tidak ramai yang berlapang dada. Ada yang sindir, ada yang mencela, paling tidak memerli terhadap si pendakwah. Kerana apa, bagi mereka tidak perlu lah menegur apa yang mereka lakukan kerana kubur masing-masing. 

Ya Allah. saya hanya mampu beristighfar saja.

Memang mencabar keimanan ku untuk menyampaikan dakwah ini, Perlu ingat, ada sebab atau ada hikmah mengapa Allah SWT temukan kita dengan seseorang untuk menasihati kita, Allah SWT sudah lama melihat kita , melihat kelakuan kita, melihat cara kehidupan kita, melihat cara layanan kita pada saudara mara kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita, melihat amalan-amalan ibadah kita, ada diantaranya tidak mendapat keberkatan dari Allah SWT ( kemungkinan ). Kita berfikir lah sejenak, kita ni islam, nama dalam kad pengenalan pun bernamakan islam, tetapi bagaimana cara hidup kita? adakah mengikuti cara hidup islam? adakah aurat kita dijaga sempurna seperti syarie apabila berada di luar rumah? adakah solat kita cukup waktunya? adakah kita lazimkan diri kita berzikir setiap hari? adakah kita membaca atau mengaji Al-Quran setiap hari? paling tidak seminggu sekali? Jika ada beberapa perkara itu kamu tidak lakukan, maka hendaklah kamu bermuhasabah diri dan perbaiki akhlak kamu, akidah kamu serta pakaian kamu untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT. In Sha Allah.

Kita mahukan kesenangan dalam hidup, kita mahukan kekayaan dalam hidup, lalu kita rajin berdoa meminta agar Dia mengabulkan semua apa yang kita inginkan, tetapi adakah kamu sedar bahawa solat kamu separuh masa, solat kamu hanya ditimpa kesusahan, kamu berzikir, kamu beristighfar, kamu merintih pada Nya, namun apabila kamu sudah senang, sudah kaya, sudah ada segalanya, kamu lupakan Dia, kamu lupakan solat kamu, kamu lupakan Al-Quran, kamu lupa untuk berzikir, lupa untuk berterima kasih pada Allah SWT.

Masha Allah.

Jangan lupa, dunia ini hanya sementara, pinjaman dariNya, jika kita terlalu mengejar keduniaan maka akhirat akan meninggalkanmu di belakang, namun jika kita mengejar akhirat pasti keduniaan mengejar kita. Hendaklah kita seimbangkan ia. Belajar lah dan carilah ilmu akhirat. Ambil Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan hidup, In Sha Allah kamu tidak akan sesat di kemudian hari.

Semoga bermanfaat pada tulisan saya ini,
Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Wallahu'alam.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Terima Kasih Singgah,