Siapakah Saya?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh para pembaca .





SIAPA SAYA?

Nama diberi oleh ibu dan ayah ialah Farhana Binti Muhamad Zin. Erti nama Farhana yang membawa maksud yang menggembirakan. Gembirakah kah saya? haha. Alhamdulillah, sangat gembira.
Dilahirkan pada 2 Disember 1987 di hospital Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Menetap di pantai dalam, kuala lumpur  bersama ibu ayah dan adik-adik di sebuah apartment yang diberi nama Pantai Indah walaupun disana tiada lah ada pantai yang indah mana pon. kami semua dari keluarga yang sederhana saja. Anak Sulung dari 3 adik beradik, semua lelaki kira perempuan sorang je lah di kalangan adik beradik tu.
Dan pastinya seorang bakal jenazah dengan tarikh yang rahsia oleh Allah SWT. Mati itu pasti, Hidup pula tidak akan kekal abadi.

Seorang gadis melayu Islam biasa yang pemalu, pendiam, penakut, peramah (bergantung pada situasi) dan juga suka buat lawak yang tak power macam lawak korang. Suka melukis, mewarna, cipta pantun, cipta puisi tetapi tak hebat macam artis-artis seni yang lain, dorang hebat. Suka fotografi, edit gambar, design gambar tapi tak sehebat mana dan tak kreatif mana sangat. Idea malu-malu kucing nak keluar dari kepala.



PENDIDIKAN

>> Pra Sekolah di Tadika KEMAS Balai Polis, Pantai Bharu Kuala Lumpur,
>> Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur,
>> Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar Jalan Ma'arof 1, Kuala Lumpur,
>> Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor, Taman Tampoi Utama, Johor Baharu ( Sijil Seni Kulinari).



STATUS PEKERJAAN

>> Aktivis sepenuh masa
>> Suri rumah sambilan




STATUS DIRI

* Masih belum berumahtangga. Doakan saya agar saya ditemukan oleh orang yang soleh, baik agamanya dan baik juga akhlaknya. Setiap jodoh, rezeki ajal maut itu di tentukan oleh Nya, yakin dan berusaha perlu ada dalam diri agar dapat mengapai impian untuk membina sebuah keluarga sakinah, mawaddah warahmah yang diberkati oleh Allah SWT. Insha Allah .

( * ) : akan di update





Tulus Dari :
Nana Zin


Allahumma Solli'ala Muhammad 



p/s : ada soalan? sila lah komeng ^^

0 kaki komen

Klik Sini Untuk Komen